888 Review

Liebster Award ; Discover New Blogs!

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:52 AM Comments : 2 Labels :

Pada 5 purnama yang lalu ... aku dah pun dapat award ni. Now ... aku dapat lagi. Maknanya apa? Maknanya ... aku kena jawab soalan berjela 200 ela lagi la.


LIEBSTER AWARD ; discover new blogs!

Walaupun award ni dia kasi keutamaan kepada new blog, tapi sebab aku dah di tag oleh Nadhira so aku ambik je la walaupun blog aku ni dah agak lama la juga. Ada la dalam 2 3 tahun juga usia dia. Lagi pun ... added value pada Nadhira punya tag ni ialah dia kasi soalan simple dan tak panjang sampai ke Rusia sana. Short and sweet. Aku pun rasa gembira la nak menjawabnya cuma tak rasa gembira nak tag orang lain dan reka soalan kasi orang jawab huhuhu. Punya pemalasnya aku. Penat laaa.

1. Apa novel kesukaan saya?
Saya suka baca novel bergenre pelbagai tapi selalunya baca novel cinta yang tak kosong. Ada pengisian yang dia cuba sampaikan dan tak klise. Saya juga suka baca novel yang ayatnya begitu catchy, sangat mudah difahami dan menyentuh hati dan segala organ dalaman sekaligus boleh buat perut sampai jadi keras sebab gelak guling-guling dengan ayat slumber olahan novelisnya.

2. Siapakah penulis kesukaan saya?
Saya suka baca hasil karya Siti Rosmizah. Novel yang membuatkan saya kenal dia ialah ANDAI ITU TAKDIRNYA. Antara novel best seller ey tu. Selain dia, saya suka Melur Jelita. Saya suka cara olahan dia pasal Firman Ebrahim dan Iris dalam I LOVE YOU,STUPID and dalam MY PRECIOUS IRIS. Lagi pun cerita Melur Jelita nampak hidup. Tak klise and ada jiwa. Saya suka AREILA SAHIMI juga and RAMLI AWANG MURSHID.

3. Adakah saya minat tonton teater dan teater apa yang saya suka?
Minat tapi tengok teater pementasan Universiti sendiri. Tajuk dia ... AKU ADA WALI.

4. Tempat percutian paling menarik yang pernah pergi?
Dekat Paka, Terengganu kot. Ada homestay macam rumah banglo dekat situ. Ktorang 1 keluarga besar pergi sana and buat bakar-bakar and macam-macam lah. Best bila ingat semula. Moment kelakar pun ada dekat situ. Mmmm best best best. Kalau ingat nama tempatnya boleh suggest dekat korang an.

5. Negara yang ingin dilawati?
Nak sangat pergi Mekah Madinah. Harap Allah izinkan sampai sana. Selain tu nak pergi Constatinaple (betul ke ek ejaan aku)

Ok done. Taknak tag siapa-siapa dan taknak buat apa-apa soalan. Kbai.

2 comments: