888 Review

Lawan pemadam, antara permainan legend

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:17 AM Comments : 6 Labels :

Mengimbau kenangan lalu ni kadang-kadang seronok juga. Tu pun kalau yang cuba diimbau tu sesuatu yang best la. Mana ada imbau benda tak best tapi feeling best. Tu membongak namanya.








Seronok kan baca sketsa sebabak persembahan daku untukmu hasil cilok dari google.

Ok!


Lawan pemadam niii last aku main secara profesional masa darjah 6 dengan goal mengumpul pemadam terbanyak. (Orang-orang yang lahir tahun 90-an jangan kata tak pernah addicted ey dengan permainan ni. Kerat lidah). Last main suka-suka ... tadi lah. Sebelum kelas yang panjang di pagi hari bermula.

Pemadam jenama Exam gred vs pemadam jenama student.

Game yang agak sekufu dan langsung tidak berat sebelah seperti gambar di atas. (Jangan ingat budak Universiti tu sangat matang dan takkan kebudak-budakkan. We're prove it). Ada ke patut pemadam sebesar gajah lawan dengan pemadam yang besar macam semut. INI. TIDAK. ADIL. Sangat tak adil but once pemadam kecik tu menang ... rasa adil la. Rasa macam nak gelak kuat-kuat je dekat tuan punya pemadam besar tu. Padan muka! wek wek wek. Cepat say babai dekat pemadam gedabak hang!


Ok~~

Dulu-dulu kala ... stok pemadam dekat umah aku tak pernah habis. Asek ada je. Macam-macam bentuk dan kaler pula tu. Cakap je nak yang macam mana. Dengan bangganya aku bawa keluar botol air bersaiz 5 liter yang penuh dengan pemadam.

Part yang tak boleh tahan ialah ... ada pula tu pemadam yang kengkonon bawa luck. Asal nak lawan pemadam je mesti guna pemadam yang good luck tu. Tambah-tambah kalau masa tu pemadam gu lawan cantik nak mati. Kena la guna senjata rahsia. Baru lah kemenangan di pihak kita. Ke macam mana? kikiki. 

Tapi ... semua tu bergantung kepada nasib juga. Kalau nasib baik, dapat pemadam baru. Kalau nasib tak baik, hilang pemadam lama. Tambah sadis bila pemadam yang kengkonon lucky yang terlepas ke tangan pihak lawan. Nak menangis rasa. Terus merajuk tak nak lawan pemadam seminggu. 


6 comments:

  1. Tringat zmn skolah rendah..
    Lawan pemadam tgh femes ms tu..
    Mn2 je bwk pemadam dlm poket bajukurung skolah..
    Spe kalah abislah pemadam kena rembat..
    Salam perkenalan..
    tellingstory11.blogspot.com
    Follow.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Fatin! Datang singgah sini dari #KBBA.. Sorry lambat terjah.. Hehe..
    Memang legend betul permainan lawan pemadam ni.. Lama dah tak main.. Budak2 sekarang mana tau permainan2 legend cani.. Hehe
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. stapler pemadan sebab nak kasi dia spin. fuhhh power la tu

    ReplyDelete
  4. Salam..kenal..jemput datang blog bella yer..

    http://isabellaidura.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. salam, done following..jemput jenguk ke http://syahirbasharuddin.blogspot.com/ yer :)

    ReplyDelete
  6. Zaman saya sedikit kreatif bentuk pemadam menjadi kenderaan Thundercat. :-)

    ReplyDelete