888 Review

Nak join Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:49 PM Comments : 4 Labels :

Bila dah lama tak berblog, blog pun jadi terabai. Stat pun jadi berkurang. Bertukarlah jadi blog berhantu blog aku ni. Tapi tu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang ... semua cerita yang nak di-share dah macam basi. Maleh nak share dah. Basi an. Nak share buat apa (lagipun aku dah tak ingat nak cerita pasal apa hehe). Di tambah pulak keypad huruf M ni nak bermasalah pulak. Buat aku jadi baran je. Nak kena tekan sesungguh hati baru huruf M nak memunculkan diri. Orang tekan dengan lemah lembut tak nak muncul-muncul. Buat aku takde mood nak menaip. Kau bayangkan jela tiap kali nak eja apa-apa perkataan yang memperuntukkan penggunaan huruf M tapi tak kua huruf M, maka maksud pun jadi lain. Sebagai contoh, nak eja makan tapi tak kua M, so dah tak dibaca dengan sebutan MAKAN dah la. Jadi AKAN la pulak. Kan jauh bezanya tu MAKAN dengan AKAN! Tapi takpe lah, dugaan kecil-kecilan kata orang. Sabar jelah.

Walaupun begitu, aku tetap juga tak nak kasi blog ni tak ber-update dalam masa yang lama eventhought masalah kemunculan huruf M di skrin lappy belum dapat diselesaikan lagi sekaligus mengakibatkan baran aku bakal bertukar menjadi amukan ablasa.

So the result is ... aku nak join cabaran 30 hari kelab blogger Ben Ashaari yang dah masuk hari ke-5. Takpe lah lambat sikit pun kasi respon dekat cabaran ni. Dalam keadaan tak berapa nak ada idea nak berkisahkan mengenai apa, cabaran-cabaran macam ni boleh dikategorikan sebagai Marvels Hero. Membuatkan aku sentiasa ada punca untuk bercerita.


4 comments:

  1. macam mana nak join ni..rasa macam nak join jugak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join kelab blogger Ben Ashaari dekat FB and buat entry Mengenai task yang diminta. setiap satu hari ada task dia.

      Delete
  2. Smoge berjaya setelah lama tak muncul. :)

    ReplyDelete