888 Review

Aku yang gelisah

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:08 AM Comments : 3 Labels :

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging ni ... hakak kembali dengan tajuk ala-ala tajuk novel gitu. Macam tajuk lagu pun ado muahaha.

Hakak ni bukan apa dik ... bukan saja-saja nak rasa gelisah tak tentu hala ni tapi tu lah. Hakak tengah pikir ni. Hakak ni kan ... tiap kali dapat undangan walimatul urus dari member-member 'jauh', hakak selalu tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi tiap kali tu mesti akan ada aral melintang. Kelas tambahan la. Famili dah booking nak bawak pergi bercuti lah, itu pasal la akak selalu terpaksa tekan butang MAYBE bila undangan tu dihantar melalui FB. Maklum lah zaman serba canggih ... undangan pun nak melalui saluran yang canggih-canggih jugak.

Dan sekarang ni, bila hakak duduk diam-diam di malam yang hening lagi sunyi waima satu suara unggas berkokok eh berbunyi pun takde sambil skrol-skrol gambar wedding member, hakak jadi tertanya-tanya, "bila aku buat majlis nanti derang nak datang ke tak ek? Wedding derang pun aku tak datang". Terus hakak jadi gelisah dik. Hakak takut dikatakan anti sosial nanti sebab takde satu member pun yang datang padahal dalam kalangan member-member, hakak la yang paling pandai bersosial. Sampai member-member cop hakak ni SUPER RAMAH. Bayangkanlah teror tak teror hakak make it frenz dengan orang-orang. Tetiba ayat hakak ni berbaur riak. Perasan tak hadik? *tercekik*.

Pastu ni ada lagi satu hal yang membuatkan hakak gelisah. Cenggini cerita dia. Kan hakak kan ada la kan post kan pasal YES tu kan. Kan? Kan? (virus KAN menyerang diri penawarnya tampar diri sendiri. Biasa dia tu) Pastu kan terus la ramai yang tanya pasal YES dekat hakak ni haaa. Tu takpe lagi sebab hakak memang suka share info dengan orang-orang. Kan hakak pandai bergaul. Dah kata tadi kan uhukuhuk. Batuk sebab macam takde kaitan.

Ok, ok sambung semula. Masalahnya sekarang niiii bila dah ramai duk tanya-tanya ... hakak jadi gelabah. Gelisah pun ada jugak. Hakak bukan salah sorang kakitangan YES dikkk. BUkannnnn. Macam mana hakak nak selesaikan masalah sorang-sorang kalau dah sorang-sorang tanya info dekat orang yang tak berapa nak berinformasi. Setakat info dipermukaan boleh la hakak kongsi dan bertukar pandangan serta pendapat tapi kalau dah sampai kasi soalan macam hakak ni teror serba-serbi pasal YES, terus rasa nak pengsan adik weyyy.

Sekarang ni hakak cuma ada satu solusi je dekat hadik-hadik yang duk inquery sangat pasal YES tu. Solusi ni kompem sangat membantu, padu lagi jitu. Errrr apa kata hadik pergi semula ke kaunter YES dan tanya sebanyak-banyaknya soalan yang nak ditanya sebab derang lagi pakar dan lagi tahu kalau nak dibandingkan dengan hakak ni. Tanya jela apa je, in sya allah derang ada jawapannya. Hakak pun kengkadang tanya macam-macam dekat derang tu sampai kadang-kadang nak ke tahap bertekak jugak la. Nasib baik kesabaran hakak tebal sikit dari kulit bawang. So semua undercontrol. Kalau takkkk mahu terjadinya tragedi Oktober disitu.

So hadik, rajin-rajinkan la diri tu pergi kaunter YES. Tau?

Amboi! jadi kaunter pertanyaan pulak aku ni.

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:59 PM Comments : 1 Labels :

Assalamualaikum

Aku sangat suka berkongsi input dengan orang. Bila orang-orang dapat input baru dari aku dengan jayanya, aku akan rasa sangat bahagia.

Yela, aku pun pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Oleh itu, tak dapat jadi cikgu di sekolah, dapat jadi cikgu kepada #villagepeople dalam blog aku ni pun jadi lah.

Tapi sejak-sejak asek berkongsi info niiii aku dah macam kaunter pertanyaan. Ada kemusykilan mengenai sesuatu je orang refer aku.

Hmmmm nampaknya aku kena makan dengan buku, tido dengan buku, membuang dengan buku. Pendek kata, hidup dan mati aku kerana buku.

Okey, nak sambung menelaah demi memudahkan sesi soal jawab dengan 'anak murid' di dalam kemusykilan.

Wassalam.

Belajar pakai mask ini malam

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:48 PM Comments : 2 Labels :

Assalamualaikum

Since 2 3 4 menjak ni aku batuk non stop sampai tahap member-member pun asal nampak aku je nak lari. Asal derang lari je mesti sebab nampak aku and since aku tiap kali batuk je mesti sampai tahap menegeluarkan isi perutttt ....

SO

Aku ambik keputusan beli mask. Lagi pun ada satu member aku ni, dia punya tahap bengang dengan aku punya batuk sampai dia kata "Eh! Fana niiii aku bagi mask juga karang dekat budak ni". Tak cukup dengan itu, derang pergi main-mainkan gaya batuk aku. Dengan over nya. Gaya derang ajuk batuk aku macam gaya orang tercekik something yang tak mampu nak dikeluarkan lalu mati ditempat kejadian. Aku ni dah la hati selembut kulit bayi. Dahhhh tersentap-sentap patpuluhnakribukali hati mak ni nak. Huuuuu T.T

Dahhhh beli mask, aku ada masalah nak pakai. Bukan nak pakai yang sangkut dekat telinga dan siap tapi yang ... bahagian yang putih ke dalam ke yang biru yang patut aku pakai bahagian dalam.


Taknak terjebak dalam peribahasa malu bertanya sesat jalan jadi aku tanya la cara pemakaian mask yang betul. Ada member yang baik hati ni pun terangkan dekat aku macam ni " Kalau kita yang si pembawa penyakit, pakai mask dengan bahagian biru pekat dekat dalam tapi kalau kita taknak terjangkit pakai mask dengan bahagian biru pekat dekat luar".

Member lagi satu pulak kasi input dekat aku dengan mengatakan bahawa kebanyakan orang kalau pakai mask. derang akan letak bahagian biru pekat tu dekat luar.

So, malam ni saya dapat ilmu baru. Awak pula bagaimana?


Biodata Pelakon Setitis Kasih Darmia

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:48 PM Comments : 0 Labels :

Assalamulaikum

Lately aku syok sungguh dok melayan cerita adaptasi novel (again) SETITIS KASIH DARMIA. Sebelum aku continue pasal biodata hero dan heroin cerita ni, aku nak bagi tahu yang aku dah break my own promise yang kengkononnya dah taknak dah buka TONTON.COM.MY untuk tengok cerita-cerita. Last aku buka tonton masa cerita K.T.A.R. Ingat lagi kan cerita tu. Jadi fenomena sekejap kottt. Abang Zain. Indah. Geram. Sampai rasa nak laga-lagakan je dahi derang (ek eh! boleh tahan psiko jugak aku nih).

Oh! dah start ke laut dah cerita aku. Dekat mana kita tadi? Haaa ... dekat aku break janji aku sendiri an. Namun, gara-gara S.K.D yang ke udara tiap-tiap Selasa dan Rabu jam 8.30pm (kalau tak silap. Kan aku tonton TONTON bukan tonton TV) di tv9 aku break janji aku (excuse me! Berapa kali nak ulang ayat tula?). Cerita ni serius best. Serius ke best ke? Errr maksud aku betul-betul best la. Nak tahu? Pergi tonton tv.

Ok village people, let's cekidaud hero dan heroin yang korang gerenti teruja tengok gandingan derang. Jangan tipu dengan berkata bahawa korang tak berkenan dengan gandingan derang dalam drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA sebab lepas drama tu... ramai duk kenen-kenenkan derang berdua. Berlagak matchmaker.

Haaa ... dah boleh agak an siapa????

Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose lerwww.


Nama sebenar Sharnaaz Ahmad adalah Sharnaaz Ahmad. Itulah nama dalam surat beranak dia dan itulah jugak nama pentas dia. Dia takde nama komersial lain sebab nama asal dia dah cukup komersial. Start terkenal sebab watak Lan Todak (baca dengan gaya sebutan sebenar) dan sebab watak Jebat Foo (foooyoooo). Sharnaaz ni anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang dan merupakan kenalan rapat kepada keluarga P Ramlee. Sharnaaz ni bekas budak akaun tahun 2008 di salah sebuah Polytech MARA yang tak diketahui lokasinya dalam Malaysia ni dimana. Cuma dia alumni Polytech MARA jurusan perakaunan perniagaan (?????) menurut sumber wikipedia ni la yang telah berjaya buat kepala aku pusing sikit dengan fakta-fakta yang dia sediakan. Siapa yang lahir pada 30/8, tarikh lahir dia sama dengan Sharnaaz. Dah!takyah nak yeay sangat.

Ok done cerita si hero. Kita beralih kepada cerita si heroin pulak ye?

Asalnya ... nama Nelydia Senrose adalah Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen tapi mungkin sebab terlalu panjang untuk orang-orang panggil, so dia guna nama Nelydia Senrose atau pendek lagi panggil Nely untuk nama pentas dia. Juga as her commercial name. Lahir pada tahun 1994 bertarikh 30/7. Start popular dalam drama Setia Hujung Nyawa, pegang watak Ersalina Imani padahal sebelum tu dah berlakon dalam 2 sequel Spa Q. Mungkin Spa Q tak beri impak sangat kot. Sebab tu lah ... hehe. Rasanya ramai dah tahu yang Nely adalah adik Uqasha Senrose. Tapi ramai sampai sekarang dok confius mana satu akak mana satu adik when they took photo together,right? Muka 'ctrl c' 'ctrl v' sangat.

This is NIK ZARIS UQASHA SENROSE NIK SEN

Asal Kelantan and now further study in psychology at SEGI College. Ada darah kacuk. Siam. Melayu.

Orite village people, so far from me... Until we meet again :)




What does BAE mean?

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:35 AM Comments : 9 Labels :

Assalamualaikum

Hari niiii meh kita sekali lagi story mory about one word yang mula jadi viral dalam kehidupan seharian kita.

B-A-E

Yes! It is BAE word...

Kalau dulu ALE UTO word and CHOI word.

Okeyh village people ... have u ever heard 'bout this word? Ntah-ntah korang dah guna pakai pun. Kheeennn.

Tapi dalam duk syok guna tuuuu tahu tak what in the world does it mean, anyway?

Haaa ... tahu ke tak tahu ke?

Kalau tak tahu ... meh sini I nak share dengan all of u who are my beloved village people.

Menurut kamus urban yang aku jumpa hasil enjin carian Google, BAE tu maksudnya baby o sweetie o boo o babe o else yang hampir atau sama maksud dengannya (la).

Yela, zaman pun dah millenium, so perkataan pun nak millenium juga. Baby jadi BAE. Tak keterlaluan juga kalau aku kata yang kita ni hidup dalam dunia yang serba-serbi malas. Nak sebut BABY penuh-penuh pun payah sampai kena tukar jadi BAE. Padahal bukan sepanjang jarak dari Johor nak ke Perlis pun nak sebut perkataan Baby tu. Aish! emang dasar. 

Tapi tu adalah maksud yang orang-orang dekat internet pikir.

Kalau menurut orang Denmark pulaaa BAE tu maksudnya POOP atau kita orang Malaysia panggil ... T-A-H-I. TAHI o najis. Kasi nama manja sikit.

Tapi kan orang Malaysia kan suka think positif untuk benda-benda macam ni. So possibly mereka akan kata "Ala, tahi tu orang Denmark je yang pikir. Kita orang Malaysia pikir tu saiyangggg. Kan apa yang kita pikir itu yang akan jadi" 

Hmmmm nonsense semua tu.

Kalau dah tahi tu tahi juga. Masa bilanya boleh bertukar jadi saiyangggg?

Haaa tahu! masa korang dah tak sayang dia tapi nak tunjuk kengkonon masih sayang. Tahi kan ... mana ada orang sayang lama-lama. Akhirnya kena flush juga.

Apa-apa pun it is all about slang. Kalau rasa nak guna, gunalah. Semua dah besar, boleh pikir,kan.

Oh! BAE tu juga dikatakan sebagai akronim bagi BEFORE ANYONE ELSE.


When cool gets old, there is coo. When crazy gets tiresome, there is cray. You could do me a solid, or just do me a sol.

psss ... rasanya perkara ni patut dikongsi. Klik g+ dekat bawah tu. Share dalam google.

Kenangan lama mengusik jiwa

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:28 AM Comments : 3 Labels :

Assalamulaikum

It is been many years aku tinggalkan zaman persekolahan. Maknanya dah lama juga la tak jumpa kawan-kawan lama yang dah buka langkah sendiri dan bawa haluan masing-masing (termasuk lah aku sekali).

Namun begitu, kewujudan FB sentiasa membuatkan kami keep in touch. Dapat tahu perkembangan semasa masing-masing samada dah berkembang dalam erti kata benar-benar berkembang. Badannya (hehehe) mahupun telah mengembangkan legasi keluarga masing-masing dengan menambah keturunan aka dah kawin la tu.

Paling koman pun jadi silent reader jela.

Selalunya ... punca yang boleh buat aku dan member-member kembali bertukar cerita dan berkongsi rasa bila ... aku komen gambar derang/status derang atau derang komen gambar aku/status aku atau bila aku wish HAPPY BIRTHDAY dekat derang mahupun masa derang wish HAPPY BIRTHDAY dekat aku.

Masa tu la masing-masing akan ambik tahu pasal satu sama lain. Contohnya ... Eh! ko buat apa sekarang? Belajar dekat mana? Bila habis belajar? Oooo ... dah kerja. Kerja apa?

Macam retis yang kena interbiu dengan wartawan dah fefelingnya masa tu. Tapi masa tu jela. Masa-masa lain dimana masing-masing dengan dunia masing-masing, semuanya keluarkan bunyi cengkerik. Krikkrik. Krikkrik.

Pada ketika ini, grup kelas yang diwujudkan dalam FB pun dah tak function dah. Macam melukut di tepian gantang (ntah kena ntahkan tidak peribahasa aku dengan situasi cerita aku ni). Tapi ... bila dah start functionnnn memang notification aku pasal grup kelas je. Naik loteh juga nak membaca dan nak layankan otak gila-gila masing-masing.

Ibarat sambil menyelam minum air, makanya ... aku pun sambil berbalas-balas mesej sambil mengimbau kenangan lalu.

Kenangan lama memang mengusik jiwa :)



Perempuan memang complicated!

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 4:33 PM Comments : 9 Labels :

Assalamualaikum

Its been for ages i do not visit even writing any story at here. I've been busy lately. Busy sungguh. Asek mengadap assigment 24/7 macam takde life. Ya Allah. Mintak nyawa.

Mata niii. Mata ni dah naik berpinar asek nak kena baca jurnal yang aku print 4 pages transform jadi 1. Memang sengaja cari penyakit rabun baca tulisan kecik-kecik dalam pencahayaan yang kurang. Aku suka baca jurnal di malam yang suram berbekalkan lampu yang ada di laluan tengah bilik. Yang sipi-sipi je menjengahkan cahaya masuk dalam bilik aku. Sendiri buat hal.

Dah lepas baca jurnal, kena buat repot pulak pasal jurnal tu. Tak mudah rupanya nak buat repot ni. Kalau mudah ... takde la aku diminta untuk buat lagi sekali kerana tak dapat kelulusan 'SIRIM' dari lecturer aku. Unless ... aku meredhakan carry mark aku ibarat ayam kena sembelih. Lemah tak bermaya dan tak dapat membantu langsung final exam punya markah nanti.

Bukan nak merungut cuma luahan perasaan. huhuhu

Bila masuk je part buat repot, kau tahu apa yang paling aku bengang? Aku paling bengang part ni ....


Part nak pastikan garisan putus-putus tu sama dan sekata je dari nombor 1 sampai 10. Sampai satu tahap, rasa nak je pergi ambik pembaris yang sedang enak landing dalam pencil case tu untuk aku ukur kesamarataan dotdot line tu.

Tapi tu lah, jap lagi free free je kena BANGANG dengan kawan aku.

Ko pikir ko tengah buat repot tu atas kertas sampai nak kena guna pembaris bagai???!!

Perempuan memang complicated!


Edisi Kasihnya Ibu ... Kasihnya ayah ... "Sweetnya ibu"

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:00 PM Comments : 5 Labels :


Aku baru je balik dari majlis solat hajat sebab minggu depan budak-budak IB atau fullnya International Business (bagi yang tak tahu) akan fly ke negara-negara yang derang dah choose untuk buat academic trip.

Kelas aku pilih negara Indonesia. Lokasinya di Bandung dan Yogyakarta. Dijangkakan kami akan menjejakkan kaki ke tempat pengambaran KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN. Ada yang jeles ke? hehehe.

Sebab kami pilih Indonesia adalah kerana pembelajaran Universiti dekat sana tak berorientasikan final exam tapi berorientasikan paper work. Dimana paper work tu kalau korang ada idea bombastik bom kedebabommm ... benda alah tu boleh jual. Tu baru betul-betul budak bisnis weh. Bukan exam je. Sikit-sikit exam. Asek-asek exam tapi paper work pun tak reti-reti juga nak buat.

Selain tu ... kami pilih Indon kerana currencynya murah. Muahahaha. Of coz murah jadi benchmark juga untuk student-student yang tak berapa nak berwang seperti kami selain kengkonon nak berjimat. (Takde maknanya nak berjimat dekat Indon. Tengok jela nanti. Pergi 2 beg,balik berbeg-beg).

Sebenarnya aku nak cerita pasal mak aku yang super sweet dan abah aku yang double super sweet. Memandangkan cerita Bandung-Yogya ni ada kaitan walaupun tak langsung, itu pasal la aku berceloteh pasal ni sekali.

Tadi aku mulakan cerita dengan aku baru je balik dari majlis solat hajat kan sebelum terbabas bercerita pasal Bandung-Yogya. Jadi izinkan aku sambung cerita dengan ...

-
-
-
-
-

Sampai je rumah, aku terus check fon. Aku turun surau tak bawa fon coz nak solat kan ... mana sempat nak wasep atau wechat, viber semua tu. Lagi pun bateri kong, so tinggal je la dalam bilik sambil cas.

Check check je, aku tengok ada mesej,1. Wasep ada 3 dari individu berbeza and one missed call from mommy.

Masa dekat surau tadi hati aku terdetik yang macam mommy akan call aku je nanti, tuptup! betullll. Kuat sungguh telepati kami. Selalu macam tu :')

Dah tahu mizz kol tu dari siapa, aku buka pula mesej. Baca je mesej tu, rasa macam nak menitik air mata. tsssk! tssk!

"Long, ibu masukkan duit RM blabla dalam akaun. Kalau tak cukup bagi tahu ye"

Allah. Sweetnya ibu. Sobsob. Padahal takde pun telefon dia merengek-rengek minta duit, tahu tahu je dia dah bank in. Allah. Baiknya :')

Abah lagi la super duper sweet. Walaupun ibu yang pergi bank in kan duit tapi duit tu sumbernya dari abah. Walaupun abah tak mesej kata duit dah masuk tapi dia dah wakilkan ibu untuk maklumkan mengenai itu. Sedih dalam gembira perasaan malam ni. Rasa bersemangat sangat nak buat revision untuk test esok.

Wish me luck sahabat :)



3 jenis bunga yang menyerupai sesuatu objek atau haiwan

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:30 AM Comments : 2 Labels :

Dunia ni memang banyak OOOOO nya. Biasanya bunyi OOOOO tu akan keluar bila manusia dapat tahu sesuatu fakta yang baru. Jadi, tahukah anda bahawa ada bunga-bungaan yang menyerupai objek atau haiwan dalam dunia ni?


Siapa yang tak baca infiniti, tak tahu la pasal ni.

Aku ni pun kalau tak belek majalah Infiniti Oktober 2014, harom nak tahu pasal ni. Tapi ... dah alang-alang tahu tu ... i willing to share this dengan engkorang la biar sama-sama terpegun dan membentuk huruf OOOO di bibir mungil.

1. 

Bunga ni namanya orkid Dracula Simia. Menyerupai seekor monkey. Maksud Dracula Simia ialah Naga Monyet Kecil. Hanya terdapat di Peru dan kawasan hutan tenggara Ekuador.


Nak sama ke tak muka monyet ni dengan 'muka' orkid tu?


2. 

Yang ni pun spesis orkid juga. Namanya Caleana Major. Aku syak yang semua spesis orkid ni memang baka alien. Kacuk dengan apa-apa ntah sampai boleh wujud rupa seekor itik yang sedang terbang. Bunga ni korang boleh jumpa dekat kawasan timur and barat Australia SAHAJA tau.


Kuwek! Kuwek! sama tak den dengan bunga dekat atas tu? Kuwek! Kuwek!



3. 

Bunga yang cuba nak jadi pesaing Kilafairy dan Angelina Jolie. Nama saintifiknya Psychotria Elata. Bunga ni takde dekat Malaysia. Kalau nak pergi jumpa dengan bunga ni, kena book flight ke Colombia atau Costa Rica atau Panama atau (berapa banyak ATAU aku daaa) Ecuador.

Ayuh kita cuba bawa bibir seksi Kilafairy atau Angelina Jolie ke sini. Kita tengok mana yang paling memukau.


So? yang mana paling menarik mata untuk memandang?