888 Review

" Kau anak first? " mereka tak percaya

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:57 PM Comments : 2 Labels :

Hai, aku Farhanah


Fatin Farhanah.

Baru je 24 tahun seminggu lebih yang lepas.

Aku anak first dari 6 orang adik beradik


Tadaaa. Here they are. Sayang ketat-ketat (emotikon bahagia)

Tapi ramai tak caya aku ni kak long. Anak sulung.

Siap kata aku tipu lagi!

Ye ... aku tahu la aku ni kadang-kadang tak jujur tapi bukan 24/7 menipu je kerja aku.

Tak terfikir lagi nak jadikan tipu tipu tu as a kerjaya profesional aku.

Belum terfikir. Hahahahha ( macam ada niat nak buat kerja penipuan je )

Sampai sekarang aku cannot hadam kenapa orang tak caya.

Sebab aku nampak macam tak matang ke?

Sebab aku nampak terlalu comel untuk jadi seorang kak long kah? ( Kahkahkah )

Hmm i just don't know.

Apa yang aku tahu hari ni birthday my super hensem hero ...

My ABAH !

Selamat ulang tahun abah yang ke forever 30 ( hihihi )


Archery, sukan memanah

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:08 AM Comments : 2 Labels :

Aku start terjebak dengan aktiviti memanah ni dari bulan sebelum puasa lagi (hahah). Dalam bulan 4 atau 5 gitu. Tu pun gara-gara ada booth memanah kat pameran pendidikan. Masa tu pameran pendidikan buat kat MITC, Melaka.


Mula-mula macam takut-takut juga nak try. Aku perhati dari jauh je. Tapi bila tengok orang-orang yang singgah kat situ main shoot shoot kat gabus yang diorang sediakan untuk try memanah, aku jadi eager nak buat. Start dari situ setapak setapak kaki aku melangkah ke booth tu. Tahu tahu ... eh! dekat dah (hahahah). Aku ni kira malu tapi mahu la (uhuk bweek).



Sampai dekat situ, ada one guy yang comel + hensem la juga and ada dimple entertain aku. " Nak try ke? " dia tanya. Aku angguk la. Dah memang aku geram nak buat macam tu dari tadi. Dia pun pass bow and arrow kat aku. Aku try yang tradisional punya. Bow ni ada berjenis-jenis. Tu kita cerita kemudian lah memandangkan aku takde niat nak compactkan cerita. Cuma nak bagitahu yang bow ada macam-macam jenis. Yang dalam hunger game jenis lain. Yang atlit bawa pergi pertandingan jenis lain. Yang pemburu bawa masuk hutan jenis lain. Yang aku first try guna untuk jinak jinak dalam aktviti archery pun jenis lain. Jenis tradisional. Takde sokongan teknologi. And lagi satu ... bow ni pun ada berat-berat dia. Makin berat makin kuat and dalam daya tujahan dia. Makin laju dan makin bagi kesan yang teruk kat anggota badan kita kalau tak kendali dengan betul.



Panjang lebar pulak penerangannya. Boleh jadi instructor nih. Kikiki. Ok berbalik kepada kisah tadi. Tapi sebenarnya cerita sebenar belum bermula. Aish! lambatnya perjalanan kisah memanah aku bergerak. Patut la orang bosan nak dengar kengkadang cerita aku bila aku nak berkisah. Huhu



Ok. Ok. Lepas di offer memanah, aku pun try. Dia tanya dulu aku pernah memanah tak sebelum ni. Memang tak la jawabnya. So that hensem cute guy with dimple tu pun ajar aku step by step teknik memanah. Dari cara pegang ke cara berdiri hingga la ke cara nak memanah. Nak tarik string bow tu pun ada teknik. Bukan suka-suka tarik macam lastik cicak guna gelung getah tu. Bukan. Salah tarik and salah pegang, lengan engko lah galang gantinya. Muscle boleh terkoyak atau lengan engko boleh lebam kena libas dengan string bow tu. Creepy kan?



Dari kejadian tu jugak lah aku dah start ada bow sendiri and arrow sendiri. Actually that hensem cute guy with dimple tu adalah owner kepada salah satu pusat archery yang besar dalam Melaka. Berbunga-bunga hatiku bila dapat tahu kenyataan itu. Hoi! bos dia hoi entertain aku. Tak gembira dan berbunga-bunga hati engko kalau engko jadi aku?



Ada bow and arrow sendiri tu adalah suggestion dari encik bos tu lah. Dia kata seeloknya ada sendiri punya. Sebab apa ... at least boleh nak main kat mana-mana ko nak main. Tak perlu la nak sewa bagai semua. Melibatkan kos semua tu. Lagi pun ... if ada sendiri punya ... kita lebih selesa nak main sebab kita dah biasa dengan bow tu and bow tu pun dah 'kenal' kita as owner dia. So kami akan bekerjasama dengan baiklah. Gitu. So i got one. Bila dah makin teror nanti ... beli arrow yang lebih canggih lagi. Yang ada teknologi punya and lagi berat. Baru lagi manthop! Gitu. For the beginning just try yang tradisional dulu. Susah susah dulu. Takde la nanti bila susah jadi beban kat kepala otak. Macam sorang kawan aku tu, dia dah biasa dengan bow yang ada teknologi, ada pelaras, serba serbi lengkap lah. Bila kena main yang tradisional punya, dia rasa beban. Sebab tak biasa susah. Dia ibarat anak orang ada-ada yang dipaksa dan terpaksa hidup gaya anak orang sederhana. Menggelatat kejap. Dah menggelatat tu ... memang string bow makan lengan dia la. Tak pasal-pasal dapat hadiah berupa lebam. Kesian. Kesimpulannya, aku suggest beli yang tradisional dulu for the beginner.



Ini cerita sebenar. Yang panjang lebar tu cerita sampingan. Biar video yang berbicara

Sukan memanah ni pun merupakan sukan sunnah selepas berkuda dan berenang. Bila sukan sunnah maknanya ada banyak la hikmahnya. Antara hikmahnya ialah ajar kita jadi lebih fokus dan berdisiplin. Tajamkan minda dan boleh betulkan postur badan. Sungguh. Kalau tak caya pergi a try memanah. Tapi awas! Memanah ni dia macam dadah. Dah try sekali taknak berhenti main. Addicted.

Camera roll ... action!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:58 AM Comments : 1 Labels :
Last aku berlakon dan lakonan aku direkodkan masa kelas mandarin dulu. Mungkin dah 3 tahun berlalu. If i'm not mistaken.

Hari ni aku berlakon lagi! Hahahahah. Sebab ada kena buat aktiviti lakonan dalam kelas managing conflict. Kena cakap dalam bahasa inggeris.

Basically, speak in english way more easier than mandarin but if ko selama ni pun bergulung lidah bila speaking and cuma boleh dengar ko kecek Amareka time kelas inggeris je tu pun grammar banyak ke laut. Mati. Fikirkan lah macammana ko nak berlakon spontan dalam drama sebabak Amareka?

Disebabkan aku tahu dan sedar akan masalah aku itu so aku dah tulis skrip siap-siap. Dengan penuh emosi dan kemarahan aku buat. Penuh penghayatan dan jiwa skrip aku itu. Aku kena bawa watak Alice (versi bertudung) yang tengah marah dan bengang dengan team leader dia jadi patut la aku tulis skrip tu dalam keadaan macam tu. Penulisan dari hati gitu. Hihihi

And the kelakar part is ... aku tak bercakap sepatah haram pun lepas tu. Eh silap. Ada la beberapa patah haram yang aku sebut seperti yes dan ok (ahak ahak). Hahahah. Kira skrip aku lebur begitu sahaja. Cuma muka jela yang mainkan peranan lebih. Akukan pakar dalam bab-bab buat muka ni hinggakan pengajar kami suka dengan ekspresi muka aku. Hahahahah. Bangga kejap.

27? Nay!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:18 AM Comments : 0 Labels :
Pagi tadi. Selepas subuh. Dalam pukul 7. Lebih sikit. Sebelum waktu selalunya adik-adik aku pergi sekolah, aku dapat call.

" HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU ... HAPPY BIRTHDAY TO KAK LONG ... HAPPY BIRTHDAY TO YOU... " suara di corong sebelah sana menyanyi riang. Aku sekadar tersenyum. Manis campur kelat kalau dapat rasa. Hahahahah

Kenapa wish birthday masa 27hb? Birthday saya 22hb Julai. Macam tu la lebih kurang ayat aku kat orang itu. Orang tu makcik aku :)

Katanya dia tersilap set reminder (emotikon gelak sampai kua air mata) and aku pun redha jelah. Takpe lah, pasal birthday je pun. Benda kecik. Takkan nak kecik hati mudah sangat? Come on!

Tapi seronok jugak kalau hari-hari jadi macam ni. Bangun pagi je ada yang wish birthday (bhahahah). Terasa seperti tiap hari sayang. Terasa hari-hari hari lahir aku. Huhuhu