Sedang orang duk scrool twitter dalam misi nak siapkan cabaran hari ke-5 yang sekarang ni patutnya orang dah buka cerita cabaran hari ke-7 seiring blogger-blogger lain, hmm banyaknya twit-twit panas, nakal dan menyentapkan tangkai hati dituju khas buat seseorang yang dah jadi 'bekas' dalam hidup siapa-siapa je. Lawak tahap gelak golek-golek tak sampai tergolek jatuh katil pun ada.
- "Tu ex engko kan?" "Tak, itu kesalahan paling bangang aku pernah buat dalam hidup aku"
- "Kalau ex yang baik takkan tinggalkan kau.. Dah tak dipanggil ex la pulak. Adolai kau niiii" *senyap*
- Selain EX, jerawat juga merupakan satu makhluk yang tak guna.
- Masa couple: "Jangan ambil GF/BF aku, dia aku punya!" Lepas Clash:"Seseorang, tolong jauhkan babi ni dari hidup aku. Meluat tengok dia!"
Macam macam persepsi dan definisi serta pemahaman pasal EX ni. Ada yang kata EX tu level level jerawat. Patut dihapuskan. Tak dibenarkan mendominasi wajah. Cepat-cepat pergi beli OXY. Ada yang sama tarafkan 'bekas' dia dengan binatang paling harom atas muka bumi. Astaga. Gelak-gelak aku baca. Menganga kejap mulut pun ada juga. Macam tak sangka ada yang sanggup cakap macam tu dekat EX dia. Kauuu masa bercinta ... takde pun nak mengkhinzirkan atau menjerawatkan 'bekas' kau. Dah clash dan selayaknya campak dalam laut paling dalam, mula la nak mengata bukan-bukan. What iz zrong wit you mann??? Aigo!
Tu adalah contoh kata-kata orang lain untuk ex dia. Apa yang orang nak kata dekat ex orang pulak ...
-
-
-
-
-
Dear ex,
Meskipun ayat-ayat tu semua adalah ayat ceduk dari page orang lain, tapi ketahuilah dikau bahawa itu juga la yang aku fikir dan ingin katakan kepada kau (terasa skema sungguh ayat aku). Akhir kata EX, terima kasih sebab dah banyak sangat ajar aku pasal couple bongok tu. Ntah apa-apa je kan EX couple tu. Eh Ex, kau tahu tak siapa pengasas couple-couple ni semua? Kau tunjuk dekat aku! Nak pergi sesah pengasas perkara-perkara lagho ni. Menghabis hey borah yo. Bazir masa. Tapi at least kan ex, lepas ni aku takde la bangang sangat nak percaya bulat-bulat dengan ayat manis guy yang suka tanam tebu tepi bibir. Heiii nak je aku lunyai-lunyaikan bibir yang super sweet tu. Sweet sweet sangat pun tak boleh. Kena cancer hati nanti.
K Ex, kita sudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.
lumrah bercouple mmng gitu kan? hahaha lagi bhagia hidup klau tak bercouple bagai ni
ReplyDeletebetul
DeleteSalam singgah dn follow sini..:)
ReplyDeleteInsyaAllah saudari akan bertemu dengan yg lebih menghargai saudari. .janji Allah itu pasti =)
ReplyDelete