888 Review

How to pack Luggage?

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:38 PM Comments : 6 Labels :

I love to share this. HoW To pacK LUGGAGE. How? Siapa tahu how? Macam mana? Hahaha masalah student zaman sekarang. Orang tanya how dia pergi translate ke BM jadi Macam mana. Nampak gayanya perbualan akan berkisar pasal HOW dan MACAM MANA je la sampai ke sudah. Orang tu cakap how, orang ni balas macam mana. Boleh imagine?

Banyak pula bebelnya. 

Well ... Kita dalam perkongsian MACAM MANA NAK PACK LUGGAGE sekarang. Bila sebut nak pack luggage je .. ada 2 kemungkinan dekat sini. Either go to travel or back to university. Tapi dalam dua-dua bag packing ni ... packing yang ke-2 tu la packing yang paling lambat orang buat. Selalu buat last minute. At last main peruk-peruk je dalam luggage. "Ala ... balik U je pun ... nak packing lawa-lawa buat apa?" Hmmm pulak. Tapi aku tak buat macam ni la sebab pertama, aku dah biasa prepare semua benda awal-awal takut tertinggal. Ke-2, sebab barang yang aku nak bawa biasanya banyak (selalunya nampak macam dah siap tapi bila tengah sedap baring-baring ... akan timbul lampu idea bawa benda tu la ... benda ni la... Banyak!). So tak boleh peruk-peruk. Nanti tak muat.

Namun begitu ... yang sedihnya ... ruang luggage aku sentiasa tak mencukupi untuk semua barang-barang. Mesti lepas tu akan berbondong-bondong beg-beg lain beranak-pinak sebelah luggage. Hmmm aku ternyata bukan penyusun barang dalam luggage yang TERBAIK.

But nowwww I have the solution for me and also for those yang mengalami kesukaran yang sama macam aku. Tak pandai susun barang dalam luggage. Susun-susun barang dalam luggage bagai nak rak tapi ruang tak cukup sebab tak pandai bajet. Padahal rasa macam dah buat susunan yang betul. Pastu rasa macam dah lipat sekecil yang boleh dah, eh, tetap juga ada yang terpaksa ke beg lain. Luggage dah beli yang paling besar padahal. Kesian betul.

Takpe, takpe. kita belajar sekarang cara nak packing barang dalam luggage. Step by step.
Dah ready kan????????? Ok, kelas bermula. Ikuti 9 langkah mudah ini. Ada gaya iklan-iklan tak? hikhik

-
-
-
-
-
-


 HOW TO PACK LUGGAGE


Mula-mula ... segala t-shirt sila gulung gulung gulung macam london choco roll. Kemudian, segala sweater, baju sejuk, baju panas, or cardigan, lipat separuh ( sila rujuk gambar di atas). Mana-mana baju yang panjang macam cardigan misalannya ... lipat half lagi biar sama panjang dengan saiz sweater (rujuk gambar atas).



Kedua ... step ni khas untuk ze Divas yang pakai baju kecil yang ada kancing atas belakang badan. Caranya nak simpan baju kecil yang tak kurang hebatnya kepentingannya kepada ze Divas sekalian ialah ... lipat secomel yang boleh seluar kecil anda then letak leklok dalam baju kecil yang berkancing atas belakang badan tu. Kedua-dua pakaian ni simpan dalam ruangan yang lain dalam luggage. Senang sikit nak ambik kalau berlaku kecemasan macam dotdotdot. Takde la terpaksa buka ruangan besar yang sarat dengan baju-baju lain. Rajin ke nak ulang dari step pertama sampai last semula?



Ketiga ... buka luggage. Tak buka luggage bukan setakat t-shirt je yang takkan masuk, korang pun takkan kemana-mana. Takde baju nak pakai nanti. Melainkan kalau nak beli baru.
Macam Mak Jemah an aku membebel? Ok sambung!

T-shirt yang dah digulung macam london choco roll tadi tu ... korang masukkan dulu dalam luggage. Penuhkan dasar luggage tu dengan t-shirt. Mulakan dengan 1 layer dulu. Nampaknya london choco roll akan bertukar menjadi kuih lapis pula lepas ni. Faham tak joke aku? Tolong la kata paham. Takde la aku terasa tolol di sini huhu. Nak nangis rasa.


Keempat ... ambil seluar panjang korang dalam 4 helai. Tak kesah la dari jenis jeans ke slack ke gabungan kedua-duanya sekali ke ... tak kesah. Tak. Kesah. Ambil je. Ambil dan lipat 2. Temukan kaki seluar dengan kaki seluar dan hamparkan atas t-shirt tadi (sila rujuk gambar di atas untuk gambaran yang lebih jelas).


Kemudian ... masukkan t-shirt roll korang yang masih berbaki dekat luar luggage tu yang dah bersedia untuk disusun tu ... Lokasi letakkannya adalah di atas seluar panjang-seluar panjang 4 helai tadi. Part ni la yang aku kata choco roll bertukar jadi kuih lapis tu. Berlapis-lapiskan letakkan dia. Tengok gambar je la kalau malas nak baca apa yang aku tulis. Panjang sangat an. Bosan katanya. Amboi! poyonya.


Seterusnya ... ambil segala sweater, cardigan, baju sejuk, baju panas korang ... letak atas lapisan t-shirt kedua. Maka jadilah seperti gambar di atas nanti keadaannya ... Boleh nampak? Good!


Langkah seterusnya ialah ... balut balut balut baju luar tadi tu dengan seluar panjang sama macam gambar tunjuk.



Langkah last sebelum nak tutup zip luggage sebelum nak di buka pada waktu yang dikehendaki nanti ialah masukkan la segala mak nenek kecil-kecil yang lain macam charger phone, kasut, stokin and what not dekat tepi-tepi yang ada ruang sikit-sikit tu. Nak lagi jimat ruang ... masukkan terlebih dahulu stokin dalam kasut. Get it?

Boleh tarik nafas lega sekarang. You know what ... perlakuan kartun ni sangat-sangat real. I mean ... apa yang kartun ni buat, aku pun buat lepas dah berjaya menyusun barang dalam luggage ikut cara aku. Lepas ni aku nak try susun barang ikut cara kartun ni pula. Mesti labih release.

Harap perkongsian ni membantu manusia senasib aku yang tak gheti susun barang dalam luggage walaupun umur dah layak jadi mak-mak orang pun. Tetiba rasa macam bleh bleh bleh je.

Aku sedar sekarang. Pendidikan di tahap degree tak menjamin seseorang tu pandai simpan baju dalam luggage pun. Buat malu je. Macam mana nak further study ke overseas ni kalau macam ni? Simpan baju dalam luggage pun gagal. Bleh bleh bleh.


6 comments:

  1. good info sharing lah...lepas ni boleh guna cara ni..nampak macam sgt berguna..
    jom bw www.bazliaamoza.com

    ReplyDelete
  2. suka the last pic hehe legaaaa kata katun tu

    ReplyDelete
  3. Dulu mase zaman asrama ana lipatlah camni. Hoho. Gulung2 je. ^_^

    ReplyDelete
  4. Kalau guna back pack pulak mcm mana? Sy dah try gulung tapi still tak muat. Ada cara lipat yg lain or kena minimize kan baju kr mcm mana.

    ReplyDelete
  5. Kalau nk travel memang masalah betul nk packing brg.. hehe. Tu belum time nak balik,lg haruuu πŸ˜‚πŸ˜‚ tq sudi share tips😊

    ReplyDelete