888 Review

Sepupu aku sooo suweeet

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:35 PM Comments : 11 Labels :

Semalam pergi USS atau nama panjang dia Universal Studio Singapore. Aku tak prepare apa sangat pun nak pi sana selain 1 passport dan bagpack yang ada telekung. Aku cuma kata nak ikut je bila aunty aku ajak pergi. Macam USS tu jarak dia 10 langkah di halaman belakang umah aku je tanpa perlu perbelanjaan yang banyak. Terasa gamble kehidupan aku. Tapi gamble tu apa? Aku main petik je sebab makcik aku selalu sebut macam tu bila dia nak buat apa-apa tanpa perancangan yang rapi. Mungkin gamble tu macam REDAH JE (kot). It seems like I need help from a dictionary. I will search for this word later on. Sebab ... main ikut-ikut ni bahaya. Nanti jadi macam kes ni. Haru. 

Oh! And ... semalam aku terserempak adik Elfira Loy yang lelaki di mana nama adik dia tu aku tak ingat. Dia pergi dengan member dia. Aku rasa berdua je kot sebab dari awal sampai ke akhir nampak dia berdua je dengan member tu tanpa kehadiran member-member lain. Kaki stalk orang juga rupanya aku ni.



Macam dah mula nak ke laut dalam dah ni penceritaan aku. Aku nak cerita pasal sepupu aku yang sweet sangat tu je sebenarnya. Mana datang cerita pasal adik si Elfira ni pulak? Hmmm anggap je la seperti sebuah iklan ye.


Kalau pergi tempat-tempat canggih manggih ni ... tak amik gambar memang tak sah. Setakat masuk jamban Aeon Melaka pun boleh snap berpuluh keping gambar dengan pelbagai posing (bukan aku, orang lain) ... takkan la masuk USS taknak ambik gambar kot. Boleh keras kejung segala sendi dan urat. Nak nak pula zaman selpie melpie ni. Memang nampak membongak sangat la kalau 10 kali sekejap tak take a picha.


Sampai dekat permainan cawan bodoh ni (sepupu aku yang panggil macam tu sebab dia kata dekat fun fair pun ada. So maksud dia sekarang adalah ... what the heck dooo permainan macam ni boleh ada dekat tempat canggih macam USS ni?) ... aku and the rest four iaitu adik aku and sepupu-sepupu aku masih galak ber-selfie. Henpon canggih canggih an semua ... nampak loser a kalau tak boleh nak tangkap gambar. And henpon yang loser tu henpon aku la. Ada camera. Camera kualiti terbaik tapi memory card penuh. Pulak. *krikkrik

Tengah tangkap-tangkap gambar pastu sepupu aku cakap dekat aku "Lepas ni kau boleh la cerita pasal trip kita ke USS pula." 

Sepupu lagi satu yang baya aku mencelah sambil berkata "Kau layan juga ke blog dia?" sambil sengih. Sengih kerang ke sengih kambing ke sengih ikhlas atau sengih tak sangka pun aku tak tahu la kategori apa sengihan dia tu. Masalahnya bila nampak dia sengih, aku pun tersengih sama walaupun aku confuse untuk tujuan apa pula la aku tersengih. Sengih teruja kot sebab sepupu-sepupu sendiri support hasil tulisan yang dalam golongan ntah hape-hape ni.

Sepupu tu pun balas ... "Kalau aku bosan-bosan tak tahu nak buat apa, aku tahu dah apa yang aku akan buat. Aku akan baca blog dia. Aku sentiasa support sepupu-sepupu aku ...," dia berhenti bercakap kejap. Hati aku dah kembang-kempis kembang-kempis dah dek teruja sangat dengar jawapan dia. Ya Allah! kenapa sweet sangat sepupu aku ni? Terharu pun ya juga. Yela, darah daging sendiri kot support aku. Kalau bukan derang yang nak support aku, aku nak harapkan siapa lagi,kan?

Pastu dia sambung balik ayat yang dia kira tak lengkap tadi tu. "Walaupon makin aku baca blog dia makin aku rasa bosan." Bacaan excited aku hampir jatuh mendadak. Kuajaq punya sepupu. Rasa nak ong bak halkum dia masa tu juga.

Psss ... aku akan perkasakan lagi hasil tulisan aku supaya ebergreen dan tak membosankan. TQ untuk komen yang spontan dan menyedarkan aku bro (walaupon komen tu buat aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka kau LOL). Kau memang sepupu aku yang paling Suweeet sangat *tangan letak dekat dada, mata pandang atas.


11 comments:

  1. http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    ReplyDelete
  2. terpulang pada orang nak nilai blog kita camne..mana gambo g USS?ish..tak aci la takde gambo dia..

    ReplyDelete
  3. salam....salam perkenalan..singgah dan follow sini
    best entry awk...kalau free jom singgah blog sy..hehe
    ada banyak entry insyaAllah bermanfaat :)

    www.ekinhoza.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Singgah dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html ;)

    ReplyDelete
  5. hye..singgah n follow dari fb KBBA
    khaty pon dah pernah smpi s'pore
    Jom singgah http://khatyaiman.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. singgah dan follow
    yatt dah join http://mimpicoklat.blogspot.com/2014/09/giveaway-2014-mialianacom.html

    ReplyDelete
  7. bestnya klau ada sepupu yg mcmnie..

    ReplyDelete