888 Review

Anugerah Blogger Serba Boleh

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:04 PM Comments : 6 Labels :
Syarat :

Thank the person who nominated you.
Provide a link to the person's blog.
Write 7 facts about yourself.
Nominate 15 bloggers of your own and tell them.



Thank to Siti Nurzafirah for nominate my name. I really appreciate this. Ok i am done syarat pertama dan kedua.

Honestly, walaupun aku rasa tersangatlah terkejut, happy campur tetanya-tanya ... seorang blogger versatile kah aku sampai orang anugerahkan award ni? Atau dia sekadar petik je url blog aku demi mencapaikan matlamat nominate 15 blogger yang lain? Kalau alasan dia adalah alasan ke-2, aku tetap tak nak sedih sebab aku pun pernah buat macam tu Agagaga. Petik je mana-mana url yang senang untuk dipetik demi memenuhkan syarat. Bhahahaha. Ni la yang omputih selalu kata WHAT U GIVE U GET BACK. Well, Let it be.

Ok ... kita tak nak bebel panjang pasal benda yang lagho (macam la dari tadi aku bercakap benda yang penting sangat) so kita terus je la ke 7 FACTS ABOUT MYSELF.


  1. Maksud nama aku ialah si CANTIK yang KEGIRANGAN. It is comes from FATIN FARHANAH. And when i told to my teacher ... a man teacher about the meaning of my name satu ketika dulu after he asked me ... dia terus perli I dengan ayat "awak ingat awak cantik sangat ke." I feel like nak cekik-cekik je cikgu tu dulu tapi I sabarkan hati. Hmmm boleh tahan sabar juga I ni *muntah pelangi*. Then I replied to him macam ni, "cikgu, tadi cikgu tanya maksud nama saya. Lepas saya bagi tahu, cikgu cakap macam ni pula. Lain kali, cikgu tak yah tanya. Pergi je terus belek buku maksud nama anak dalam islam," aku pun berlalu ke meja sendiri. Bila dah duduk, I was like ... betul ke aku yang cakap macam tu tadi haha.
  2. Aku seorang kakak dan takde satu kuasa pun yang boleh mengubah aku menjadi seorang adik sebab Allah dah tetapkan macam tu. Weeee~~~
  3. I am Johorien keturunan jawa + Kelantanise. Pasal ni pun ada kisah tragis dia juga. Ada member-member yang seem like tak puas hati bila aku kata aku orang Kelantan. Sampai aku jadi tak paham kenapa everything yang aku bagitahu semua orang nak bangkang sungguh-sungguh. Contohnya macam kisah nombor satu tadi dan diikuti dengan kisah nombor tiga ni. Member aku punya tak puas hati tu sampai telah mendorong dia cakap "Kalau kau cuma lahir dekat Kelantan je ... tak yah ngaku kau orang Kelantan." Aku jadi menyirap. Mak aku memang orang Kelantan kot and aku memang ada sepupu sepapat sepapan se-plywood dekat Pantai Timur sana tu. Apa yang nak marah sangat bila aku memang orang Kelantan? (Nak kata aku Kelantan murtad? Kelantan murtad pun Kelantan murtad lahh sebab aku dah bercampur dengan Johor jawa. Yang penting memang ada darah orang Kelantan dalam badan aku. NO more arguing!).
  4. Aku gila supplement. Kebanyakan jenis supplement di pasaran aku dah cuba. Aura White, Maixara, Radience, Soy Collegen,VCO emmm banyak lah lagi aku dah try. Ada yang berkesan. Ada yang membuatkan aku rasa membazir duit beli dia. Disebabkan kegilaan aku ni ... member-member kata ... maintenance aku tinggi haha.
  5. Pengguna minyak cap kapak yang tegar. Padahal dulu aku yang paling benci segala jenis minyak yang berangin dan rasa pedas bila letak dekat mana-mana anggota badan. Sebab tu orang kata kalau tak suka dekat sesuatu tu biar pada-pada. Takut jadi macam ni lah. Tengok macam sekarang, bila takde minyak cap kapak je, start la aku jadi pening.
  6. I love to write and ada menyimpan cita-cita nak jadi seorang novelis yang berbakat, disenangi, disegani and nak jadi novelis yang hasil tulisannya di filemkan atau di dramakan. Hope termakbul. amin. In process now. Please support me ya :)
  7. Sanggup bersengkang mata untuk habiskan pembacaan novel misalnya I LOVE YOU, STUPID! tapi cepat lentok kalau baca buku marketing. Ada ubat tido dalam buku tu aku syak. zzZZzz.
tag to adik akuNienaIsmi AnaFaeytynnNadhira.

psss nak tag dekat 5 orang je boleh an?

6 comments:

  1. Minyak cap kapak tak baik laa utk kesihatan. Ana dulu pun pengguna tegar cap kapak. Tapi doktor yang cakap dgn ana, jangan ketagih sgt dengan minyak cap kapak. Btw thanks tag ana. :)

    ReplyDelete
  2. Baru sempat baca award ni tentang apa.. hahaha. OK.. nnt sis buat satu entry k.. haha.. thanks la sebab tag.. susah susah je.. haha :P

    ReplyDelete
  3. Gila supplement tak salah tp elok cari yg terbukti secara klinikal dan semulajadi... insyaAllah tak merosakkan diri.. BUY 6 FREE 1 COLLAGEN bulan nih... jom layan blog saya http://kakngahsihat.wordpress.com. :-) salam kenal...

    ReplyDelete