888 Review

Aku, motor auto dan persahabatan

Penulis : nurinafarhana Masa : 9:27 AM Comments : 5 Labels :
Hope takde yang lupa pasal entry lepas yang tergantung tu. Pasal .... previously on Nurinafarhana.blogspot.com. Hahahaha. Kira ni macam part 2 bagi entry part 1 yang tak habis tu. Dalam entry lepas aku citer sampai ... ermmm chop! tak nampak macam cerita sangatkan dekat situ. Lebih kepada pemberitahuan yang bakal mengundang balingan magnum bertalu-talu. Riak gilos tang part cuma reti bawak Honda Wave dengan EX5 Dream. Tapi jangan risau, part tu akan berbunyi riak kalau korang baca dengan nada riak. Kalau baca dengan nada relax, bunyi dia macam hembusan angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kbye. Merepek.

Ok, kita sambung macam mana aku boleh terbawak skut (terbawak ey ayat aku) malam tu. Semuanya kerana satu wassap dari satu sahabat.

Dia : Fana,nak mintak tolong boleh?
Aku : Mintak tolong apa?
Dia : Tolong amik Ira dekat MC (orang Melaka tawu MC tu apa). Takde orang nak amik ni. Kak Nadia blabalabala pastu kereta Farah pulak lalalala. Nanad belum balik dari kampung lagi (panjang la conversation ktorang. Tak larat nak tulis semua).

Bila tahu takde siapa nak amik, aku jadi kesian la dekat dia. Kawan aku kot. Pompuan pulak tu. Dekat MC sorang-sorang. Waktu malam. Apa punya kejam la aku kalau tega (tolong careful, TEGA bukan TEGAR 'aku yang dulu bukan yang sekarang' tu) biarkan dia sorang-sorang di malam hari dekat MC sorang-sorang tanpa pembelaan. Tiba-tiba *ting* (aku tengah terfikir sesuatu la masa ni) macam mana la aku nak pergi amik budak sorang ni? Kenderaan takde. Nak kena iring dia sambil jalan kaki ke? Macam bang ang jugak kan kalau macam tu lah situasi malam tu akan terjadi. Lagi ngokngek dari aku bawak skut first time di malam hari dalam Bandar Melaka. Rupa-rupanya dia dah berjaya dapatkan motor dari lagi sorang member yang pun tak dapat amik dia sebab ada event BBQ dekat Klebang! Aku pun macam ... Motor? Motor apa weh yang kau berjaya pinjam nih? Aku dah start cuak. Selama duduk Melaka dah dekat setahun setengah ni, tak pernah lagi aku redah bandar dia guna motor. Dengan kereta ada la juga kengkadang. Cuak jugak la perasaannya masa tu. Motor? Motor? Punya la banyak questionmark pasal motor ketika tu. Baru je rasa nak give up tapi kan dah kata tadi, aku baik. Tak kejam. Demi sebuah bonding yang orang jowo panggil PERSAHABATAN, aku tepis dengan gagah perasaan negatif semua tu. Belum cuba takkan nak menyerah dulu. Buat malu keturunan pendekar mustar je. Hahaha suka melebih tau dak Patin ni. Then aku kata ok. Pastu *ting lagi sekali*.

Aku : Apis bawak motor apa hah? Bukan motor clash an? (aku memang gagal bawak motor clash)
Dia : Motor biasa je. EX5 tak silap.

EX5 aku lawa lagi dari ni. Kaler ijau matelik.

Nampak je perkataan EX5, aku tarik nafas lega walaupon member sorang ni tak sure motor apa yang bakal aku tunggang. Dan sebenarnya bukan EX5 yang aku dapat! Masa nak pergi amik motor tu la baru aku tahu aku bakal bawak skuter atau in specific, EGO S. Nak pengsan rasa. Over react an tapi nak buat macam mana, aku memang dramatik. Berbakul-bakul doa aku panjatkan kehadrat Ilahi dalam perjalanan ke destinasi malam tu demi seorang sahabat yang tersadai di MC. MC waktu malam macam monster yang sangat besar yang nak menelan orang ey. Cuak! Sumpah cuak! (Tu pendapat aku la. Jangan la bash Atin ye kalau pendapat kita ada jurang yang besar). Dengan mat-mat motor landing dekat situ. Tambah pulak tempat tu romantik je dengan limpahan cahaya macam orang yang menikmati candle light dinner. Tak memberangsangkan betul pencahayaan macam tu. Menyesakkan dada saja lah. Tapi yeayyyy aku berjaya! I'm did it! Hepi betul berjaya ke MC, meredah Bandar Melaka di malam hari dalam rinai hujan untuk amik seorang sahabat. Feel-feel cerita MY HEART sangat. Dalam rinai hujan kau. Kau ado? Ok lah, tak nak merepek panjang-panjang pasal cerita yang dah setel nih. Misteri dah terungkai. Korang pun dah tahu dah sebab-musabab aku kena bawak motor auto malam tu.


Kesimpulannya, memandangkan kisah ni more tu kisah persahabatan kita simpulkan dengan perkara yang berkaitan sahabat-sahabat jugak. Terimalah pesanan Imam Al-Ghazali tentang KAWAN.



Terima kasih luangkan masa baca entry ni :)

Pengalaman Pertama Bawak Skuter

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:28 PM Comments : 9 Labels :
Malam tu angin sangat kencang tapi takde nampak tanda-tanda nak hujan. Hmmm maybe angin dekat Selat memang macam tu kot. Kuat ala-ala puting beliung tak jadi. Nak heran apa kan. Orang Melaka mesti dah lali dah dengan angin yang kuat lagi kencang ni.

Tapi ini bukan kisah angin kencang serupa puting beliung tak jadi mahupun cerita mengenai tanda-tanda nak hujan dan sebagainya yang tak bersangkutan langsung. Ini kisah mengenai aku. Mengenai aku yang malam-semalam pecah rekod bawak motor skut. Ye ... tak payah buat pandangan sinis dekat skrin ni bila baca bait ayat tu. Aku tahu korang semua pro bawak skut. Aku ni tak reti bawak skut. Yang aku reti, bawak Honda Wave, EX5 Dream. Tu aku pandai la. Skut? Memang aku angkat bendera putih sambil makan aiskrim magnum. Jadi macam mana yang aku boleh bawak skut semalam? Apa peristiwa disebaliknya tu?


Ego S. Ni a yang aku bawak semalam.


p/s : to be continued ....

Sambungan cerita disini, Aku, motor auto dan Persahabatan

Spot Check!

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:55 PM Comments : 8 Labels :
Spot check ni satu perkataan yang sangat budak-budak asrama anti. Infact, budak-budak bukan duduk asrama pun alergik dengan perkataan yang satu tu. Dia punya alergik tu tahap gelabah berpeluh-peluh tak ingat dunia. Mengalahkan orang yang ada penyakit perpeluhan yang melampau. Kalau dekat sekolah dulu, cikgu-cikgu dan pengawas-pengawas akan spot check samada ada tak yang bawa barang-barang terlarang. Masa tu ... tandas jadi port utama tempat penyimpanan barang terlarang macam pisau, liquid paper, majalah ntah hape-hape and handphone and i-pad and semua yang terlarang dan yang dilarang lah.

Aku ingat, bila dah masuk universiti dah takkan face benda-benda macam ni. Nyata aku silap! Budak-budak universiti macam aku yang duduk dalam asrama ni pun kena menghadap perkara yang di panggil spot check ni. What the .... la weh! Terasa diri ni macam budak bawah umur sangat nak kena di spot dan check bagai! AKU! TAK! SUKA!

Kali ni spot check berbayar pula tu. Setiap satu barang elektrik bersamaan 10 ringgit. Kalau aku dah bawak 3 barang elektrik, memang 30 ringgit la yang terbang citer dia jap lagi. Aku macam dah ternampak-nampak je duit aku terbang jauh di tiup angin. Hmmm memang senang nak cari duit di zaman sekarang ni kan. Hai duit, kenapa la kau selalu hilang-hilang dari aku. Akhir-akhir sem macam ni aku sangat perlukan kau. Nampak gayanya malam ni makan megi la aku. sobsob :'(

Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:54 PM Comments : 3 Labels :


Dalam entry kali ni aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Ke-3 kepada blog Lyssa Faizureen. Hei awak, dah lamakan awak tak update. Busy ey? Sama la kita. Haha :) Kalau dah namanya student, memang busy memanjang. Kadang makan pun tak sempat, kan? Apa-apa pun ALL THE BEST la untuk awak :D 

Ermmm pasal 'baby' saya ni pulak ... umo dia baru setahun 2 bulan. Pangkat adik-adik je dengan blog awak. Blog awak macam akak-akak la kepada blog saya ni. Hehe. Kalau diukur umo blog ni dengan umo baby yang betul-betul baby tu, usia setahun 2 bulan ni dalam peringkat nak petah bercakap, kenal-kenal orang, rapat-rapat dengan orang dannn haaa peringkat nak stabilkan pergerakan supaya lebih mantop dan takkan jatuh-jatuh lagi. Keep moving higher and higher. Same goes to blog ni... Tu je la :)

Saya boleh berkenalan dengan blog awak dulu sebab nak cari tutorial pasal blog. Ramai kawan-kawan blogger suggest saya pergi berguru dekat blog awak andddd kalau google pasal tutorial blog pun mesti blog awak antara yang tersenarai lah. Ada one time tu saya guna template yang awak buat untuk newbie. Sebab masa tu saya newbie, baru nak berjinak-jinak dengan diari alam maya ni, so saya pun guna laaa. Sangat cantik ey template tu. Well Done! Good Job sangat :) but when i realized that template tu ramai sangat yang guna sampai dah tak nampak kelainan pun antara blog saya dengan blog yang saya kunjungi tu, saya terpaksa tukar. Jadi saya pun buat tempahan template. Now saya dah berjaya ada template sendiri dah :D Baru terasa ada keunikan dan kelaianan antara blog saya dengan blog orang :) Anyway, thanks untuk blog awak yang banyak berjasa pada blog saya yang masih muda belia ni. Thank you so much :)

Tag 1 , 2 , 3

KEEP WRITING YE. MASIH RAMAI YANG PERLUKAN INSPIRASI DARI AWAK :)