888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 3 : Sesuatu menguatkan aku

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 9:33 AM Comments : 2 Labels :

Aku jadi berfikir sejenak. Hmmm apa ye yang menguatkan aku? Milo kot. Minum milo kan anda jadi sihat dan kuat :) Tu apa yang iklan tibi selalu uar-uarkan. Bukan aku saja-saja reka. Kalau korang minum milo jadi makin lemau ... it is not orang lain punya silap. Mungkin korang exhausted sangat. Tu pasal la makan apa jenis makanan or minuman tenaga pun still dekat tahap tu juga. Bawak-bawak la berehat. Wah! Dah macam pakar motivasi pula hehe.

Sekali lagi aku berfikir sejenak sambil menopang dagu dengan tangan. Apa yang menguatkan aku sebenarnya? Susah juga rupanya nak analisis perkara yang menguatkan kita ni. I mean aku. Karang ada pula yang marah-marah kata "wei ... yang rasa payah tu ko sorang. Orang lain rasa senang je nak kasi jawapan" "Ok fine!"Kalau tanya perkara yang sentiasa win buat aku down sampai nak nyanyi baby are you down down down down banyak. Malangnya, cabaran ni nak tahu pasal perkara yang menguatkan bukan melemahkan. Ni baru betul-betul bukan cobaan. Aisehman! Jadi aku kena kuat untuk selesaikan task ni and aku rasa ... sesuatu yang menguatkan aku ni salah satunya ialah TEKAD aku sendiri. Contohnya macam sekarang. Aku bertekad nak selesaikan cabaran ni jadi aku jadi kuat. Bila aku jadi kuat maka wujud la entry ni. Dari terwujudnya entry ni dah terbukti la TEKAD adalah sesuatu yang membuatkan aku terus tabah. Dunia ni tak selalunya indah mannn. Dunia ni nampak je macam simple-dimple-pimple macam cabaran hari ke-3 ni tapi hakikatnya pecah kepala juga nak fikir.

Selain tu, opkos family adalah kekuatan aku. Takde family takde la aku. Mungkin nampak cliche tapi nak buat macam mana dah betul macam gitu. Bukan cliche tu yang betul tapi tang family adalah sumber kekuatan yang betul. Jangan salah paham. 

Supplement! Supplement pun salah satu kekuatan aku juga. Dalam zaman-zaman yang macam-macam penyakit yang tak pernah didengar jadi sentiasa didengar, supplement dan segala mak neneknya antara faktor-faktor yang menguatkan aku untuk menentang sebarang penyakit yang tak kronik dan tak merbahaya macam jerawat dan sekutu-sekutunya tapi kutu dekat kepala takde kaitan dengan mereka ni (jerawat dan sekutu-sekutunya.) Dalam bab ni ... aku mengamalkan prinsip 'MERAWAT LAGI BAIK DARI MENGUBATI'.

Makanan pun menguatkan aku. Haaa dan minuman juga. Aku rasa semua orang pun kalau tak makan dan minum akan jadi lemah, lembik, lemau dan tak bermaya lalu mulalah berjalan macam manusia nazak. Makan dan minum tu penting ey lagi-lagi breakfast. Dengan ber-breakfast berat badan boleh turun sebab pembakaran kalori lebih efisien waktu pagi. Mengikut teori logik sains pula aku tak belek lagi kenapa jadi macam tu. Nanti aku belek tapi tu lah, cuma nak bagi tahu siapa-siapa yang mulut asek potpet potpet pasal berat badan naik taknak turun-turun elok la korang amalkan breakfast. Selain tu, breakfast juga dapat tingkatkan daya tumpuan untuk setiap manusia yang mengambilnya terutamanya aku, as a student. Daya tumpuan tu penting. Baru la masa belajar jadi berkualiti. Siapa yang asek hilang fokus tu je, ceyyy tak amik sarapan. Ianya juga dapat mencegah sakit jantung. Tu pun kalau korang sarapan oat atau nestum la pagi-pagi atau apa-apa je jenis bijirin macam corn flakes. Kalau pagi-pagi asek bersantap nasi lemak teh O, mungkin korang nak menuju ke arah penyakit jantung. Bila dah membebel panjang lebar pasal nutrisi dan kepentingannya, tetiba je rasa macam diri ni pakar nutrisi terulung hikhik (jentik dahi baru tahu. Gedik nau.)

Akhir sekali, buku-buku yang berunsurkan motivasi lah antara sesuatu yang menguatkan aku. Lagi win kalau buku motivasi tu siap ada petikan hadis atau ayat Quran. Rasa sebak je baca. Rasa macam ... Oh, Allah sentiasa bersama orang-orang yang kuat dan tabah. sobsob. Sedih. Tapi bukan sedih sedih tu tapi sedih yang terharu tu. Boleh beza, kan?

Akhir kalam, kita sudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.


2 comments:

  1. milo menguatkan saya sejak sekolah rendah lagi...hehehe..enyibuk plak

    ReplyDelete
  2. wah panjang lebar.. hebat2. semoga terus kuat untuk hari2 yang mendatang ok.

    Jemput singgah blog http://ismahasmi.blogspot.com/

    ReplyDelete