888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:03 AM Comments : 3 Labels :

Zaman jadi budak kecik ... semua benda best. Semuanya indah-indah belaka. Tak pernah la ada benda yang tak indah. Cuma ada la konflik kecil-kecilan dulu-dulu macam ... merajuk sampai menyorok bawah katil sebab mak tak kasi beli ais krim.

Tu belum cukup lucu. Ada yang lagi lucu dari tu.

Aku ingat lagi masa tu umur aku dalam 7 tahun. Dulu lepas maghrib je aku akan pergi kelas Qirati, belajar mengaji, tajwid, belajar tulisan jawi and macam-macam lah lagi yang sewaktu dengannya. Nak dijadikan cerita ... ustazah kelas aku tak datang, so kelas aku kena gabung kelas dengan kelas lain. Pada hari itu ... kelas tu belajar pasal huruf-huruf hijakyah. Alif. Ba. Ta sampai lah Ya dan wassalamu. Aku dah teror dah dengan huruf-huruf ni. Makanan aku ni. Tetiba terasa ayat sendiri tersangatlah poyo.

Arahan ustazah kelas gabung ni simple je. IKUT APA YANG SAYA SEBUT. So, ikut lah. Dia suruh ikut,kan? Walaupon aku dah teror namun begitu tak boleh riak. Nanti Allah sedut ilmu aku. Ada yang kena belajar dari darjah satu balik. Tak mahu aku. Jadi aku turutkan saja.

Dia sebut Alif, aku sebut Alif. Dia sebut Ba, aku sebut Ba. Dia sebut Ta, aku sebut Ta dan begitu lah seterusnya. Tapi sampai huruf Dal ... dia sebut Alif lagi sekali. Patutnya sebut la huruf lepas Dal sebab lepas Dal ada huruf lagi. Huruf-huruf jawi belum lengkap lagi ni. Baru berapa je yang di sebut. Namun disebabkan aku dah set minda KENA IKUT APA YANG USTAZAH SEBUT ... Aku pun sebut sama. Dengan kuatnya. Peliknya orang lain takde pula sebut. Maksud aku ... ulang semula apa yang ustazah cakap. Cuma aku je yang buat. Tanda tanya besar tu pada ketika itu.

Rupa-rupanya ... Ustazah tu tengah dalam cubaan nak marah student dia yang nama ALIF. Tak dengar kata sangat budak tu. 

Aku pula sangka ustazah nak semua orang sebut huruf Alif semula. Dahhh baik-baik nak marah, ustazah tu tak jadi nak marah. Semua bantai gelak dekat aku haha. Aku pun gelak sama selepas pending aku pasal tu selesai kahkahkah. Lambat effect.

3 comments: