888 Review

Soalan spot? Hmmm takpelah. Tak caya

Penulis : nurinafarhana Masa : 3:08 AM Comments : 2 Labels :

Dari zaman sekolah-sekolah dulu sampai la ke loooooni (bukan main panjang loni aku. Mengejek ke apa haha) hidup student-student asek nak bergantung kepada soalan spot saja (aceh! macam aku bukan student kan. Macam aku bukan salah sorang darinya kan) yang ntahkan betul ntahkan tidak semua pun tak berani nak kasi jaminan. Lecturer pun macam taknak bersekongkol pecahkan rahsia soalan-soalan yang bakal di tanya. Semuanya bagi jawapan yang selalu mengundang bunyi keluhan keluar dari mulut student-student. Contohnya macam ni, "awak baca jela buku tu. baca every single word. Apa yang ada dalam buku, itu yang akan ditanya". Pastu semua pakat-pakat buat muka macam ni ==' then mengeluh. Konon seksa sangat la tu nak baca 7 subjek yang ada berbanyak-banyak chapter last minute. Erk! Ayak! Last minute. Tapi kalau dah habit menelaah last minute, memang barai kepala otak. Berasap-asap. Berapi-api. Kalah magi kari berapi cakap luuuu. Tu memang seksa. Baca 7 subjek, setiap subjek ada 10 chapter, every chapter tak boleh skip-skip then soalan pulak guna format baru. Takde pilihan soalan, semua soalan kena jawab. Duh! Boleh berlaku pelanggaran fakta ni dalam highway neuron-neuron otak. Kebarangkalian untuk kelumpuhan otak dalam masa seminit dua atau mungkin jugak berminit-minit boleh berlaku dalam dewan hekzem nanti. Uwaaaa~ part tu memang sadis. Lupa fakta. Hilang ingatan kejap apa yang dah dibaca. Lepas tu nak jawab apa???? Takkan nak tulis twinkle twinkle little star-- how i wonder what you are~ Takkan nak tulis tu?! Tu sengaja nak kasi leher kena potong namanya.

Ok ok, macam dah melaut pulak cerita aku. Emo tetiba. Seremmmmm.

Kembali ke cerita soalan spot.

Macam biasa lah, dalam minggu-minggu hekzem belum setel nih, ada la bermacam versi soalan spot yang akan cuba mengganggu kefokusan otak. Pastu, mula la yang tanya sumber soalan spot ni dari mana. Kalau bukan dari Shah Alam atau Puncak Alam, semua orang macam nak sangsi. Macam taknak caya. Macam akan memulaukan spot-spot tu semua. Tapi kalau derang tahu sumber tu dari Shah Alam atau Puncak Alam, vice versa lah.

Bagi yang maleh nak membaca, dah penat nak menelaah last minute chapter yang banyak gilos tu... kehadiran spot-spot soalan ni macam rahmat turun dari langit bagi derang. Masa ni, derang dah tak kesah dah sumber tu asal dari mana. Boleh dipercayai ke. Betul ke tak ke. Derang tak kesah dah. Kiranya tawakal tu alallah la. Ingat Allah nak tolong? Hmph! Harapan la derrrr. Masuk bawah selimut sekarang pastu nangis senyap-senyap. Jangan nak menggangu ketenteraman awam.

Tapi kalau perasan, kenapa aku guna derang bukan ktorang dekat ayat yang aku bold sikit dekat atas tu (tuuuuu~ tengok. tengok. tuuuu~) Haaaa nampak? Sebab..... AKU. DAH. SERIK.


Ye~
AKU
SERIK
DAH
DENGAN
YANG 
NAMANYA
SOALAN
SPOT

Jadi apa kaitan dengan aku yang dah serik dengan perkataan ktorang dan derang dengan gaya penulisan aku yang nampak macam annoy sangat ni?

Kaitannya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dulu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

aku lah PEMBURU SOALAN SPOT. Pantang esok lusa ada paper, aku mula lah gigih. Bukan gigih menelaah. Tapi~ gigih CARI. SOALAN. SPOT. Macam-vangang-saje-aku-masa-tu. Apa la salahnya kan kalau aku baca je buku or menelaah slide yang lecturer kasi instead of duk gigih cari soalan tumpuk-tumpuk tahi untayul yang belum tentu betul kesahihannya tu. Tapi jiwa remaja memang sukar diramal. Bhahaha tampar diri sendiri laju-laju. 

Dan kerana konsep itu lah~ dari bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian~ gara-gara soalan spot, aku dah ubah kehidupan aku bersenang-senang dahulu, meraung-raung kemudian (ni cerita Lepas result dah keluar). Tapi menyesal kemudian memang tak berguna. Nangis sampai mata jadi macam Kasim Selamat pun belum tentu result aku selamat bertukar ke 3 pointer. Tapi oh ye~ ada juga beberapa yang selamat dekat sini

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SELAMAT MENDENGAR KHUTBAH
&
SELAMAT MEREDHAKAN DIRI UNTUK SEGALA NIKMAT DITARIK

Huuu~ hanya mampu tabahkan hati je masa ni sobsosb. Silap sendirikan. Dah dua sem aku terkena dengan soalan spot. Jatuh belepap belepok pointer aku. Padah percaya sangat. Kalau sem ni aku masih gigih jugak menjadi spot question hunter, aku memang patut dibenam dalam Sungai Melaka. Tak serik serik! Kebangangan jenis apakah itu?

Tanya Fatin Farhanah, nescaya dia ada jawapannya =='