Cerita kasut aku ni sepatutnya kasut aku lah yang tulis sebab cerita dia kan. Tapi apa kan daya ... ianya hanya sepasang kasut yang hanya bijak mengalas tapak kaki aku tapi tak tahu menahu pasal blog, blogging dan sewaktu dengannya. Ntah-ntah blog pun dia tak kenal. Kasut la kata kan ... suku-sakat dia jela yang dia kenal. Tu pun kalau kenal =='
Ni kasut sekolah aku dulu. Cap Converse tapi yang celup punya la. Aku mana la mampu nak beli yang ori. Mahu berterbangan ke angkasa macam tu je 2 3 ratus aku semata nak pakai Converse. Tapi ... nak beli yang celup punya pun rasa berkira juga sebenarnya. Nasib mak aku yang bayarkan. So aku tengokkan je RM50 yang dia keluarkan dari purse sambil aku duduk berpeluk tubuh. Jahatnya aku. Sekarang baru rasa jahat. Dulu tak berhati perut. Dush! Dush!
Budak-budak zaman aku sekolah duluuu ... tengok kasut cap cina berkung fu mana nak. Termasuk la aku. Tak trend katanya. Amboi! Berlagak. Bahana nak ikut trend, melayanglah RM50 mak aku. Padahal masa tu, RM50 tu boleh dapat 5 6 ekor ikan jaket and beberapa jenis sayur. Namun, kerana Converse sepasang, RM50 tu diperuntukkan untuk dia 'sorang' je.
Lepas habis sekolah ... aku bagi adik aku sambung legasi Converse aku. Dia ambik. Dia pakai. Rasa dihargai walaupun dia cuma pakai masa nak main dekat padang je. (Huhuhu). Jadi lah kasut aku kasut padang. Sentiasa bersalut dengan lumpur. Padang sekolah berlecakkan. Busuk pula tu. Kesian kasut aku. Nak buat macam mana, dah kerja dia alas kaki orang. Kalau orang seret masuk lumpur, nak tak nak kena terjun juga.
Lepas masuk UiTM, aku beli lagi satu kasut. Untuk bersukan kononnya ( sampai ke looo aku asek memerap dalam bilik. Sukan ke mana aku dengan kasut ke mana). Kali ni beli cap bum equipment kaler coklat. Of course la bukan yang ori punya. Beli masa tengah sale pula tu. Aku kan tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Mak tak nak support dah. Mak suh beli guna duit PTPTN. Menggigil juga tangan aku nak kua kan duit bayar harga kasut. Baru tahu nak kua kan duit tu rasanya seperti apa. Rasa macam nak catu je semua benda.
Bukan kedekut. Berjimat. Hahaha
dulu masa zaman sekolah menengah pun pakai kasut converse. Tapi harga bawah RM100. Nak beli atas RM100 den tak mampu masa tukan zaman sekolah. Ingat lagi, even pakai sampai setahun lebih pun insyallah masih tahan lagi, Alhamdulillah ...
ReplyDeletekasut murah2 nie kadang2 tahan lama.. dan kita tak risau kalau koyak..hihihi
ReplyDeletesama lah dengan kita. kalau nak beli benda semua berkira. ambik yang paling murah sekali..kikiki :)
ReplyDeletesame goes to me. hahaha kalau nak beli yg ori tu jgn haraplah. sayang sgt dgn duit haha
ReplyDeletesayu tengok kasut sekolah :( rindu sekolah sangat2... itulah kasut yang paling lamaaaa pakai....
ReplyDeleteJauhnya umur kita..zaman kakak dulu belum ada kasut converse tapi kasut "Spark"..pernah dengar tak..? hehe
ReplyDeletePernah dengar dan pernah pakai pun masa sekolah rendah dulu. Bila dah besar je berlagak sikit. Nak Converse je. Hehe
Deletecun je kasut tue... hehhe
ReplyDeletekasut ni memang popular pun kan.. Convers tahan lama even pakai lasak2 pun... suka jenis kasut ni..even im a mommy 2kids .. tapi jiwa muda hokey... hihi... salah ukhwah
ReplyDeletekasut converse mmg kasut faveret jugak. selesa..hihi
ReplyDeletejom jln sini plak :D
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-14-cerita-kasut.html
dh keja nanti blh lah beli byk2 kasut hehe
ReplyDeleteRindu zaman sekolah T_T
ReplyDeleteblogwalking here. Salam kenal.
ReplyDeletedone follow.
Btw. Nice blog.
ai suka converse
ReplyDeleteme too
Deleteakak pakai kasut getah je masa sekolah dulu.. tahan lama tau..
ReplyDeletetahniah anda ada blog yg banyak info..
jemput ke blog kak YA
www.yatiadam.com