888 Review

In love with Lindsey Stirling

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:00 PM Comments : 2 Labels :

Bermula dengan video bawah ni ....


Baru aku kenal Lindsey Stirling.


Sebelum-sebelum ni tak kenal langsung. Semuanya sebab siang tadi la. Aku masuk kedai Vivo nak cari baju sejuk kononnya tapi takde la pula. Ada pun saiz kanak-kanak. Dengan badan aku yang saiz selayaknya seorang mak beranak satu, mana la nak muat dengan saiz baju budak tu. Kalau 12 tahun lepas muat la juga.

Kerana kecewa, aku berdiri di ambang pintu kedai. Kebetulan kedai tu pasang muzik yang siap ada video sekali, jadi aku nikmati hiburan tu sebaik mungkin. Hati tengah kecuwa kan. Tambahan pula member-member aku tengah galak survey-survey baju. Sabar lah aku menanti.

Bila dengar lama-lama ... eh! layan juga gesekkan biola minah saleh ni walaupun dia nampak macam terkinja-kinja buat baley. Takpelah, mungkin tu trademark dia. Sebuah identiti dia dalam bidang ni. Hati dah terpaut. So, hati macam nak tanya dekat akak cina yang dekat kaunter kedai tu, tu siapa tu dalam tibi tu tapi hati juga yang melarang. Jangan tanya. Jangan tanya. So aku tak tanya. Tapi hati juga turut bertekad untuk cari siapa dia tu. Ish hati ni, memang tau! Kena hati-hati dengan hati yang suka berbolak-balik nih. Aiyaaa.

Memandangkan aku tak tahu nama si pemain biola, so aku taip je PEMAIN BIOLA WANITA ANTARABANGSA. Memang betul-betul antarabangsa yang keluar. Cakap je nak pemain biola dari mana. Indon? Rusia? Korea? semua ada. Yang tak menahannya ... pemain biola lelaki pun terselit sama. Padahal aku dah specifickan jantina pemain biola yang aku nak. Eh! tetap je ada yang terselit. kumbang di antara kuntuman bunga. Nasib la gesekan biola dia pun layan juga. Ok la.

Dari satu video ke satu video aku pergi semata nak dapat tahu siapa pemain biola tu. Akhirnya jumpa juga lepas aku baca satu komen ni ...

And sekarang aku asek ulang-ulang je dengar muzik CRYSTALLIZE by Lindsey Stirling ni. 



2 comments:

  1. salam perkenalan, Murni singgah sini & follow blog ^_^

    ReplyDelete
  2. dia memang best dik...pernah kena reject masa ujibakat lagik.Tapi dia bangkit n be the best!kagum taw. akk follow sini ye....ada kelapangan,jemputlah ke blog akk pulak,kita kenal2 :)

    http://www.yayansmum.com

    ReplyDelete