888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 cara memenangi hati den

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:51 PM Comments : 1 Labels :

5 cara memenangi hati aku? Aku sendiri pun tak tahu nak kasi tips apa atau jenis hint apa yang patut aku klu kan pasal cara memenangi hati sendiri. Hati aku ni payahhh.

Ada satu waktu dulu, one guy ni asek kasi duit dekat aku. Masa tu aku dengan guy tu dalam darjah rendah-rendah la. Mula-mula aku bingung juga. Pehal la mamat ni bermurah hati sangat kasi RM1 dekat aku, banyak duit sangat sampai dah tak tahu nak buat apa dengan duit tu ke? Aku tak argue lebih-lebih. Orang nak kasi, kita ambik. Orang taknak kasi, diam-diam sudah. Diam-diam pandang dia lama-lama sampai dia rasa eh, aku tak kasi duit dekat dia la hari ni. Bhahaha keji betul taktik aku tapi siapa suruh dia biasakan aku dengan rutin tu. Rasakan. Dek kerana rutin tu, ramai rakan-rakan aku yang baru berada di tahap cuteness saja pada masa tu dengki dekat aku. Derang tak dapat seringgit extra tiap-tiap hari. Aku je yang dapat. Mahunya tak jeles. Siap ada yang buat konspirasi jahat lagi. Tak baik betul. Tapi tu la, sayangnya apa yang guy tu buat sikit pun tak dapat menangi hati aku. Duit je habis tapi hati aku tak dapat (tetiba terasa ayat sendiri keji tahap gampang) sebab tu aku kata hati aku ni payah. Kalau orang lain mungkin dah tangkap lentuk sampai leher tak center. Kepala senget sebelah. Bahana lentuk terlalu lama dan kerap. Walaubagaimanapun, apa yang guy tu buat ada kalanya membuatkan hati kanak-kanak aku terasa kembang kuncup dalam keadaan terkawal. Tu boleh dikira sebagai dah menangi hati aku ke? Belum lagi annn. Tu cuma isyarat hati aku telah dicuit dan tercuit je. 

Tapi takpe lah, aku cuba juga lah fikirkan and kaji diri sendiri kejap macam mana lah caranya nak menangi hati aku yang boleh tahan pelik nih.



5 cara memenangi hati seorang Fatin Farhanah

1. Layan aku selayaknya seorang manusia di layan. Korang kena tahu yang aku bukan sejenis bunga atau seekor binatang. I AM A HUMAN. Bukan robot juga. So layan aku macam mana korang nak korang di layan. Rasa macam nak aku layan korang dengan keji, silalah layan aku dengan keji juga.

2. Jadilah seorang member yang berhati murni. Aku memang pangkah awal-awal member yang jenis asalkan tengkuk dia dah terlepas, tengkuk kawan-kawan lain kena NGAP Lantak pi. Aku pantang ey. AKU. PANTANG. Nak member, member betul-betul. Nak jadi musuh, kabor awal-awal. Jangan nak main kotor.

3. Sila kawal percakapan anda. Mulut tu jangan nak made in lancang sangat. Sesuka hati sesedap rasa je nak bercakap. Tak fikir-fikir perasaan orang. It is not good la. Kita kan hidup bermasyarakat jangan la ajar mulut tu tak hormat perasaan orang lain. Bila orang berlancangan dengan kita, tahu pula nak kecil hati. Dah tu yang selama ni orang sentiasa berkecil hati dengan kau tu macam mana pula? Nak kasi pampasan apa untuk hati yang dah terluka dek mulut kau tu? Cer citer.

4. Hormat family aku nescaya hati aku dah beberapa peratus korang menangi.

5. Jangan jadi terlalu caring. Ni khas untuk guy. Atau terlalu sweet. Anda hanya membuatkan saya rasa rimas. Yang sedang-sedang saja sudah la. TERLALU tu elakkan.




1 comment:

  1. All the best

    Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

    Happy weekend!

    Jemput singgah
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete