888 Review

Komen haruslah membina :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:16 PM Comments : 7 Labels :
Komen tu ada 2 jenis ; membina dan menjatuhkan . Aku lebih suka komen yang membina daripada komen yang menjatuhkan sebabnya ayat-ayat menjatuhkan ni biasanya dihantar sekali dengan aura -ve . Ayat membina pulak package dengan aura +ve . Korang prefer yang mana?

Kalau perasan, bila kita dapat je komen -ve, mesti lepas tu rasa nak marah, rasa macam nak pengsan,rasa macam " baby are u DOWN,DOWN,DOWN,DOWN ", rasa macam nak cakap " DIAM KAU SEKARANG " dan macam-macam rasa la yang ada . Dah macam astro kan, MACAM-MACAM ADA... Tu perasaan kalau pengomen ada depan mata . Kalau pengomen tu wujud dalam laman sesawang pulak mesti rasa nak buat macam ni " Aku REMOVE ko karang . Aku REMOVE . Takut tak? Takut tak? " .

Komen yang +ve pulak akan membuatkan kita awet muda . Mana taknya, dapat komen yang best-best je mesti senyum sampai ke telinga ( tu aku la ... Orang lain tak tahu la pula saya ) . Kadang-kadang sampai kejung otot muka sebab senyum tapi takpe perasaan rela mengatasi segalanya . Pipi keras kejung macam baru lepas suntik botox pun sanggup diredahi . Punya la positif aura komen membina ni .

Gara-gara komen yang membina tu jugak, kawan blog aku, Anys, berjaya cari masa untuk update entry terbaru dia . Yeay! Tahniah Anys =) Aku cakap dekat dia yang masa semua orang ada 24 jam, jadi cuba la cari masa untuk dia buat entry baru . Terus rasa terharu bila nasihat aku tu dia ambik dan wujud lah entry baru dia Bicara Kampus - part ii . Tahniah jugak untuk aku . Haha =) Terus aku rasa macam aku ni kawan yang sangat-sangat berguna kepada kawan dia . Korang fikir macam mana? Komen please . ( Jangan tinggalkan komen -ve . Nanti aku pengsan 2 minit . Siapa yang susah? )


Entry Anys selepas komen aku .

Entry ni la yang aku komen =)