888 Review

Aku Bukan Nurse !

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:00 AM Comments : 0 Labels :


Ini kaki adik aku. Dah macam bulan dah. Buruk ada bintik-bintik noda. Tapi aku bukan nak mintak fokus kat kaki tu tapi kat tampalan kaki dia tu.

Sejujurnya tampalan tu lagi hodoh dari permukaan kaki adik aku. Tampalan tu semua kerja aku lah. Padan tak mampu nak jadi nurse pun. Padan jugak la tak pernah simpan cita-cita jadi nurse. Kalau tak mesti semua bakal patient aku akan sangat kasihan. Serupa kaki adik aku yang kena paku karat nih.

Hmm ... apa punya teruk la cara tampal kapas. GAGAL! ( eja besar-besar ).


Kain Batik !

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:14 PM Comments : 2 Labels :

Image result for kain batik

Kain sarong. Aku selalu panggil benda alah kat atas tu kain sarong walaupon hakikatnya nama dia ialah kain batik. Pasal apa ? Pasal pakai dia just sarung dan ikat. Jangan sampai terlucut. Unless ... ko berniat nak buat free show. Hehe.

Bila aku menengokkan benda ni ... aku rasa nak gelak. Pasal apa ? Sebelum nak pecah rahsia aku nak tanya, siapa yang paling tak suka pakai kain batik kat sini ? Pasal aku ada kisah pasal ni.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/

Kisahnya dulu, aku paling tak suka kain batik. Bukan kain batik je aku tak suka, segala jenis pakaian yang berbentuk kain atau ada kain aku tak suka. Makanya dulu sangat sukar untuk aku bertahan lama dengan skirt dan baju kurung. Kegemaran aku adalah seluar. Seluar dan selamanya seluar.

Pada suatu hari lebih kurang 9 tahun yang lalu, aku telah disuruh pakai kain batik. Dia macam satu pembelajaran untuk aku la. Sampai bila asek nak berseluar je. Karang nak deliver baby kena pakai kain jugak. Aku pakai seluar karang tersepit baby aku. So kena belajar la. Tapi aku tak sangka yang aku akan nangis teresak-esak macam kena pukul sebab kena suruh pakai kain batik je.


Hmmm kenapa la aku boyish sangat ? Sian bakal suami aku.

Jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:06 PM Comments : 3 Labels :

Dah cuti-cuti ni, member-member pun start la menggila kat wasap grup. Adaaaaa je benda nak buat bahan gelak, nak buat modal berborak. Kalau tak ... hmmm ' kawan-kawan ... kenapa krikkrik kawan-kawan ?' Haaa sampai macam tu sekali tau. Punya la sunyi grup.

Ni, pagi tadi, tetiba member aku wasap " Kalau raya nanti orang tanya soalan bila nak kawen nak jawab apa ?" beserta smiley gelak sampai keluar air mata. Aku pun gelak sama masa baca soalan dia tu. Tapi sekejap je. Tak sempat keluar air mata sebab otak aku tetiba macam ' aah ek, nak jawab apa ?' Dah raya raya ni ramai jumpa golongan mak-mak yang mak joyah. Korek rahsia je kerja. Spoil mood raya orang je tahu. Hilang mood nak beramah mesra.

So ... ikuti lah suggestion jawapan dari member-member yang sudi memerah otak. Sambil-sambil kaut jawapan untuk 'selamat' kan diri sendiri in case di tanya.

  1. Kerja dulu, baru kawin.
  2. Saya kawen kalau makcik sponser saya.
  3. Kalau makcik cerai dengan suami, saya boleh la kawen (haha)
  4. Bila anak makcik putus dengan bf dia boleh la ktorang tetapkan tarikh.
Mengarut ngarut je jawapan dari member pun ! Tapi mana yang rasa releven tu hembus jela. Selain jawapan nombor 3. Melainkan ko betul-betul sanggup, why not ? Kan. (Gila !)


Tak pening lagi dengan RHB Lifestyle App

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:49 PM Comments : 3 Labels :

Hmmm pening kan kalau cari ATM tak jumpa jumpa. Bukan kat depan mata takde ATM but bukan dari bank yang kita nak withdraw.

Well kawan-kawan ... sometimes kita tak berniat untuk jadi berkira atau terlampau cerewat dalam segenap hal. Namun apa kan daya, kita hidup di zaman nothing is free. What I try to say here is ... withdraw duit kat ATM lain kena cas. Sekali keluar kena cas 1.60 sen dah sepuluh kali keluar ? Tak free free je hilang 16 ringgit ? Uish! 16 ringgit tu duit. Boleh dapat 1 foldover full set. Tau.

So ... ini adalah berita baik untuk pemegang kad RHB ! ( mari sebut yeay bersama-sama ). Pihak RHB yang kreatif metif lagi inovatif telah merekacipta satu app yang memudahkan engkorang semua detect kat mana branch RHB mahupun ATM RHB yang terhampir dengan lokasi engkorang sekarang. Wah ! Rasa lega kan ? Dan yang bertambah rasa leganya ialah ... app tu boleh didownload dalam iphone mahupun mana-mana phone yang ada android. Vavava ! RHB sangat tak pilih kasih. So pemegang RHB, mari lah bergoyang dengan pelancaran app yang memudahkan pencarian mesin ATM engkorang.


Info lanjut. Sila lah layari laman RHB sendiri * kenyit mata *

Petanda Jodoh ?

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:45 PM Comments : 8 Labels :


Image result for petanda jodoh


Bila dah besar macam sekarang ditambah pulak tengok kiri kanan, kebanyakkan member dah jadi tunangan orang, ada yang kelek anak dan dah bergelar isteri ... hati ni ada perasaan nak berjodohan. Tapi dengan siapa ? Persoalannya.

Semua pun sedia maklum kan yang jodoh tu rahsia ALLAH. Dah ditetapkan sejak dalam rahim ibu lagi. Tapi tak bermakna perlu diam tanpa dicari. Tetap jugak kena berusaha. Sebab tu terjadinya bercinta-putus. Bercinta-putus. Couple-clash. Couple-clash. Macam orang gila talak sekali imbas. Sebenarnya, tu semua proses untuk menuju ke arah mr and mrs right kita. Yang ALLAH dah tetapkan di luh mahfuz satu katika dulu.

Aku berimpian untuk dapatkan jodoh yang terbaik kalau boleh. Terbaik dalam agamanya. Terbaik dalam akhlaknya. Terbaik untuk diri aku dan keluargaku. Terbaik untuk bangsa aku. Tapi memandangkan aku sedar ( jangan risau ... aku tak hidup di Wonderland ) aku ni so-so je so ... aku serahkan kat ibu je soal ni. Ibu seorang yang baik. In sya Allah, pilihan dia pun akan jadi pilihan yang baik juga =') Bukankah antara satu cara nak jodoh yang baik kena berpandukan suggestion orang yang baik-baik dah kalau kau malas sangat nak jadi baik, kan ? So, yeah! Ibu. And abah. Orang yang tepat. Untuk pilih seorang doktor yang islamik jadi jodoh anak dia ihik ( rasa nak cubit pipi sendiri ).


Image result for petanda jodoh

Ok ... petanda jodoh. Apa tanda-tandanya ?

1. Bersahaja


Dia boleh jadi diri sendiri bila dengan kau. Takde control cntrol. Semua pakat sebat je as long as dia selesa dan masih lagi menjaga adab-adab ketimuran. Kalau dia memang jenis gelak kuat takyah guna speaker, dia masih akan lakukan macam tu bila dengan kau. Cumanya dia akan cepat-cepat tekup mulut dia dengan tangan sebab malu. Orang pandang. Tapi still lagi gelak disebalik tangan yang menekup mulut tadi. Tu yang orang panggil gelak sopan. Ngerti ?

2. Terima kita seadanya

Walaupun kau jenis perempuan yang kalau makan mesti nak kena bertambah 2 3 pinggan, dia relax je tak kata apa. Paling-paling pun dia cuma geleng kepala sambil senyum sebab tak sangka. Mana ada pompuan yang sanggup nak rosakkan bentuk badan sendiri dengan makan berpinggan-pingan weh~ ! Kau je yang sanggup. So dia terima kau seadanya.


3. Sentiasa jujur

Walau ada perkara paling teruk berlaku kat dia pada masa tu, probability untuk dia menipu kau adalah rendah. Mungkin serendah 0.10 peratus. Yang penting dia jujur la. Tu je aku nak highlight. Kan kalau orang kona sana kona sini kan kita boleh detect. Relax a. Sebuah penipuan mudah je nak terbongkar sebab ALLAH tak redha.

4. Percaya-mempercayai

Dia takda hal nak berkongsi rahsia terbesar dalam hidup dia dengan kau. Sebab dia percaya kau. Dia selesa nak sharing story dengan kau. Dari situ kau pun terasa diri dihargai. Sebab bukan mudah ye kawan-kawan untuk seseorang tu share secret of life dia dengan sesiapa pun. Paling kuat pun mesti derang share dalam diari ( pompuan a selalunya ) pastu kunci. Dah kunci, masukkan dalam bilik kebal siap ada password. Penyudahnya password bilik kebal terlupa. Terpaksa beli diari baru ahahahahh. Tu imaginasi hiperbola aku je huhu.

5. Senang bekerjasama

Kita akan senang bekerjasama dengan dia. Dalam apa-apa hal pun. Masing-masing sentiasa ada solusi untuk masalah satu sama lain dikala salah seorang tengah kusut lagi berkerut nak pikir jalan keluar.

6. Memahami diri kita

Dia paham diri kita. Ok dah. Tu je huraiannya.

7. Tampilkan kelemahan

Dia tak segan silu tunjuk kelemahan diri dia. Dia sedar mana ada manusia perfect. Sebab tu antara jari dia ada ruang untuk selit jari orang lain. Eh ! Ada kaitan ?

8. Kata hati

Instinct. Nama lain untuk kata hati. Instinct jarang menipu. Sebab hati kita milik ALLAH. Bila ada instinct tu maknanya ALLAH yang gerakkan. Tapi kadang-kadang setan pun suka buat main hati ni. Bila ada terlintas perkara yang bukan-bukan cepat-cepat istighfar. Tau.

9. Istikharah dan Tawakkal

Akhir sekali, mintak la petunjuk kat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Kan kat atas tadi awal-awal lagi dah cakap yang jodoh tu rahsia ALLAH. Nak ALLAH cerita rahsia Dia, pergi la tanya Dia sendiri. Tanya orang lain, mana la orang lain tahu.

Sekian, wassalam =)





Vaseline Vavavoom !

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:43 AM Comments : 0 Labels :

Wah ! Vaseline ada produk baru. Kerlas gitu.

Well, kat umah den ni memang banyak stok-stok lotion vaseline. Ada pengguna setia. Yang penting bukan aku. Aku tak minat pakai lotion tapi selalu dipaksa pakai lotion. Tambah-tambah pulak dengan cuaca panas kering macam sekarang. Cepat la kulit jadi bersisik then menggelupas. Lebih memburukkan keadaan, sinaran UV berada di paras tertinggi. Paras kanser kulit. Kemungkinan boleh kena strok haba kalau tak betul betul.


So, bertitik tolak dari itu, aku tetiba jadi rajin nak ber-lotion bagai. Syukur vaseline ni bau dia memang layan. Wangi. Rasa terbuai-buai. Masyuk. Macam bercerita pasal dadah pulak aku nih hohoho.

Apa-apa pun vaseline memang terbaik. Sekarang saya dah ada vaseline saya sendiri. Gabak punya. No kongsi-kongsi ey. Nak jadi kedekut. Ada masalah ? Hehe. Tak lah saja je. Mintak la kalau nak tapi jangan banyak. Memang aku beli vaseline tu untuk kau sorang je guna * hidung keluar asap *


Wall's Magnum Raya !

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:21 AM Comments : 0 Labels :

Dalam cuaca panas macam ni, ditambah pulak tekak kering sebab puasa ... mula la imaginasi jahat memainkan peranan. Nak kasi tekak jadi kecur liur. Jahat permainan imaginasi.


Tapi sungguh ... craving for magnum right now. Walaupun harga dia mahal tapi tetap jugak nak magnum brownies sekarang jugak. Jebek.

Tapi kalau chuolls pergi Indonesia, magnum yang tak pernah ada kat Malaysia akan ditemui di sana. Sungguh ! Aku ... masa pergi Jogja-Bandung tahun lepas, melopong tengok eskem magnum derang. Sampai ambik gambar sebab jakun. Kena kecikkan perkataan tu. Nak jaga harga diri muahahahha. Motip ?

Image result for wall's magnum

Image result for wall's magnum

Akhir kata, selamat datang ke dunia imaginasi jahat den tatkala cuaca tengah membakar ni. Ngehngehngeh.


Identiti

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:35 AM Comments : 4 Labels :

Identiti melambangkan siapa diri kita. Sebab tu kita kena ada identity card. Id card kompem kompem menjurus kepada kita tanpa terpesong ke arah orang lain. Melainkan ianya hilang atau dicuri dan orang lain menggunaknnya sebagai lambang identiti mereka pula.

Heavy sangat ke gaya penulisan aku pada entry ni ?

Ok ! Kita cuba jadikan seringan mungkin gaya bahasanya. Moga mudah dihadam.

Baik, aku selalu kena marah pasal isu identiti ni. Aku kerap dikritik mengenai isu identiti juga. Untuk makluman, aku ada pengkritik setia. Family aku la. Opkos.

Menurut mereka, aku ada masalah dalam menentukan jenama diri. Aku mudah terikut-ikut. Nampak lawa kat orang, aku pun nak. Nampak best cara penulisan seseorang tu, aku pun tiru. Tanpa mengkaji, sesuai ke untuk aku ? Tanpa ambil kira, itukah aku ? Tak. Semua aku tak pedulik. Persaitonkan semua benda. Aku. Just. Nak. Tiru. That's it !

Korang kenal Fatin Liyana ? Mesti kenal. Harus la kenal, kan. Ok, dulu aku suka stalk blog dia. Sekarang pun sama. Bhahahaha. Sebabnya aku suka gaya penulisannya. Semua pun suka kan ? Santai. Kelakar. Berinfomatif. So aku decide nak tiru dia ! 


Tapi uolls ... buat sesuatu yang bukan diri kita ... hipokrik namanya. Sincerely, aku rasa aku tak enjoy menulis. Sikit-sikit kena rujuk kakak Fatin. Asek-asek kena taip honeykoyuki. Nak tengok ayat-ayat dia an. Lepas tu rasa kepala panas. Cuma tak nampak asap je. Mana taknya, otak gigih mencerna ayat demi ayat supaya sama level dengan kakak kat atas tu. Nangis. Then aku give up. Stop jap menulis. Idea nak menulis banyak. Susunan ayat tu, aku ciplak. Dimana letaknya origanality Nurinafarhana ? Tak ada ! Langsung takde.

Sebelum adore dengan penulisan Fatin Liyana, aku terlebih dulu cemburu dengan penulisan Irine Nadia. Selain tu aku jeles dengan kejayaan dia. Follower bukan main puluh ribu. Padahal. Umur baya aku je ! Aish ! Tak boleh jadi ! Aku pun stalk dia.


Sekali lagi aku buat keputusan yang salah. Cuba mewujudkan klon Irine Nadia. Ingat dapat ? Takde mananya lah. Unsuccesful ! Feel like a fool je tiru tiru orang nih. Hak cipta terpelihara tu tak dop. Frust again ! Sebab kepala asek berasap again coz again and again and again cuba jadi orang lain. Mengeluh kecewa dengan diri sendiri. Sekali lagi aku diam. Menyepi. Muhasabah diri sambil-sambil mengkaji, aku ni ... sebenarnya gaya penyampaian aku macam mana ek ?

Sampai la satu hari tu aku follow Ig Syafie Naswip. Ala ... Si Wadi yang sangat kasihan tu. Aku follow dia. Sebelum aku follow, aku stalk pichasnya. Aku baca caption every picha. Puitis. Simple. Tapi penuh makna. I bet dia budak sastera dulu masa zaman STPM.

Tak caya caption dia macam tu ? Follow la. Baru tahu.

After that, then I just realize yang cara penulisan aku, jiwa aku adalah sesuatu yang simple. Tak terlalu puitis serta mudah dihadam tanpa kona kona dan belok belok terlampau obvious. Sesuatu yang aku suka cakap hari-hari. Sesuatu yang takkan buat dahi aku berkerut dan takkan membuatkan stonehead aku ni panas berasap every time nak create new entry. Enjoy weh. Sangat enjoy bila kita tahu apa yang kita nak. Bila kita dah sedar apa identiti kita sebenarnya. Dan bila kita tahu orang boleh terima cara kita tanpa rasa janggal sampai tak menampakkan cara kita dangkal.

Thanks Syafie Naswip =)



Tugas Hakiki !

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:51 AM Comments : 0 Labels :

Tugas hakiki,
maksudnya tugas wajib.
Nak taknak kena buat.
Rela tak rela kena hadap.

Misalnya,
tugas hakiki seorang pelajar.
Adalah belajar.
So takyah nak serabut kepala fikir pasal kerja part time.
Cuma ...
Kalau rasa ada banyak masa,
kalau bijak manage masa,
sila kan la buat part time.

Contoh lain ...
Cikgu.
Cikgu ni ...
tugas hakiki dia mengajar.
Tapi sekarang ni,
makcik den duk kata cikgu sekarang lebih kepada belajar komputer dari mengajar budak.
Payah tugas cikgu sekarang.
Semacam ada persimpangan dan kekeliruan.
Kena mengajar ke kena master IT ni ? 
Hm hm hm.


Kerja Sekolah ?

Penulis : nurinafarhana Masa : 8:32 AM Comments : 0 Labels :

Aku ada satu tabiat suka buka laptop dan acting busy. Saja. Nak tunjuk macam bekerjaya sangat-sangat haha.

Dari start dapat laptop sampai la ke sekarang ( masa ni bateri lappy dah mula meragam ), asek-asek acting busy. Asek-asek busy menaip. Menaip apa pun tak tahu sebab suka sekerat jalan.

Kalau masa zaman jakun dapat laptop sendiri, mungkin kita boleh consider as hati berkobar-kobar nak godek sistem komputer. Berfungsi cara mana. Tapi kalau sampai sekarang asek dengan lappy, kita nak consider as apa ? Buat kerja sekolah ? Harharhar. Rasa macam kecik takkan besar besar je asek buat kerja sekolah.



Home Sweet Home !

Penulis : nurinafarhana Masa : 7:40 AM Comments : 0 Labels :

Lagi 3 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita.Syawal pula menjelma kemudiannya. Persoalannya ? Mungkinkah kita akan bertemu Ramadhan semula ?

Image result for ramadhan

Ya ... mudah-mudahan kita dipanjangkan umur 100 tahun ( walaupun masa tu harus mati ) lagi untuk bertemu Ramadhan lagi dan lagi.

Image result for ramadhan

Well ... 3 hari lagi in sya allah kita bakal meraikan kejayaan kita, so semua dah beli tiket bas ke ? Ke ... semua balik kampung berkereta ? Soalnya, semalam aku teman member beli tiket pulang ke kampung tapi ... tiket banyak lagi.  Setiap masa ada bas. Macam kalau dia beli hari ni pun tetap jugak akan ada tiket. Tapi. Bila pikir-pikir semula, mungkin jugak sebab dia beli tiket ke Key Ell. Tiket ke KB beberapa minggu yang lalu lagi dah habis. Hmmm.

Image result for aidilfitri

By the way saya dah sampai rumah. Dah lepas rindu kat katil. Dah peluk cium ketat-ketat semua orang. Alhamdulillah lega gila. Gila pun tak selega aku. I had been at Melaka almost 2 months without return home. Lama kan ? Selalu mesti seminggu atau 2 minggu sekali akan balik rumah. Takpe lah, ni la namanya pengorbanan. As long as sedar lagi asal tu dari mana ... tahu lagi bumi di pijak tu kat mana ... It's more than enough =) Because tak lupa diri. Kekal sebagai anak diredhai.

Ok guys, selamat pulang ke kampung. Pandu cermat jiwa selamat. Baca doa perjalanan banyak-banyak. Tawakal kat ALLAH lebih-lebih ye. Semoga Aidilfitri bakal menjelma ni dirai dengan air mata kegembiraan bukan air mata kesedihan atau air mata yang penuh kekesalan.

Image result for home sweet home

Love ya.
XoX0 * kenyit mata *