888 Review

Cerita lawak seorang setiausaha

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 6:49 PM Comments : 6 Labels :

Dalam banyak-banyak jawatan yang ada dalam organisasi~~ aku paling nak elak jawatan setiausaha (selain kena lantik jadi biro makanan). Sebab apa ... aku agak ramai juga yang tahu tugas seorang setiausaha ni seperti apa. Nampak je macam mudah. Seriously mudah. Semudah mudah.com. Mudah untuk disebut. Mudah untuk tunding jari dekat orang tapi tak semudah nak melaksanakannya ye kawan-kawan.

Kalau kita tengok cerita-cerita melayu ke bukan melayu ke ... seorang setiausaha ni di gambarkan sebagai seorang yang sangat busy. Busy dengan komputer. Busy dengan telipon. Busy dengan kerenah bos. Tu belum campur lagi busy nak layan perangai gedik awekz-awekz bos dan yang sewaktu dengannya. (Tetiba terbayang cerita Yes, Boss! dalam kepala otak ni).

Ish! tu cerita dalam drama la~~~ Aku tak berdepan dengan kerenah 3 terakhir itu~~~ Tapi aku berdepan dengan masalah terlupa format surat kiriman rasmi. Al-maklum lahhhh zaman sekolah pun dah 3 4 tahun berlalu. Pastu dekat U pula takde lecturer suh tulis surat kiriman rasmi as homework. Asek-asek suh kaji jurnal sampai muntah pastu come out dengan report. Mana la tak lupa.

Jika diimbau kembali zaman sekolah dulu, aku la manusia yang paling dicari oleh member-member yang menggelabah kambing nak aku reka surat untuk guru kelas tercinta akibat bercuti tanpa kebenaran doktor. Dahhhh tak memasal aku terpaksa berlakon jadi mak/bapak sesiapa. Kalau surat tu atas nama mak member, aku yang tandatangan. Kalau surat atas nama bapak member pulakkk aku arahkan mereka cari member laki lain untuk turunkan tandatangan as fake father.

Hmmmm bila fikir-fikir balik, benda ni boleh dijadikan bisnes kan? Kau nak aku tuliskan surat untuk kau? Bayar aaaa. Hahaha. Tak terpikir. Zaman anak-anak innocent kan~~ tolong kawan seikhlas hati katanya. Cet!

Mmmm dah jauh kebelakang pulak aku undurkan masa. Moh la kita kembali ke masa sekarang semula. Kita sambung cerita pasal jadi setiausaha semula.

Walaupun aku taknak jadi setiausaha, aku terpaksa juga untuk kata nak. Kalau dah semua orang nak jadi biro kebajikan, biro multimedia and etc~~ siapa nak jadi setiausaha? Akuuuu~~~ jugak ha akhirnya.

Maka bermulalah kisah lawak seorang setiausaha yang dah terlupa format surat kiriman rasmi dan takde effort nak google dan terlalu mengharap kepada orang lain.

Oh! setiausaha tu kena buat surat permohonan ke U Bandung untuk academic visit next two weeks. Dia pun buat lah. Tapi ayat adalah ayat rekaan rakan lain. Dia main copy paste je atas letter head tanpa mengambil pusing samada itu format yang betul atau format yang telah diajaran sesatkan (ish!rosak bahasa aku).

Tak cukup dengan format yang salah, dia buat keadaan jadi bertambah pecah perut apabila satu surat rasmi ada 3 tandatangan serentak. Kemudian, surat rasminya dah macam surat untuk sahabat pena. Siapa ada tanda soal lagi dalam surat kiriman rasmi. Tak dibuat dek setiausaha lain.

Nak masukkan gambar tak boleh pula. Pandai-pandai la bayangkan sendiri surat tu serupa apa ye melalui segala gambaran yang telah gigih dinyatakan dekat atas tadi.


Ps: rasa loser gila. Format Surat kiriman rasmi pun boleh lupa? Dah kenapa kau? Saje nak kasi peluang lecturer and Koordinator Fakulti gelakkan kau ke hape? 


6 comments:

  1. Memang segalanye kelam kabut klau kita lupe..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, pernah ada pengalaman jadi s/u gak. sakit kepala.. studioous.blogsot.com

    ReplyDelete
  3. dulu teringin nak jadi setiausaha....

    ReplyDelete
  4. hahaha. jadi s/u penatttt. tak sanggup nak amekk.

    btw, awk ditag :)

    http://www.schanazri.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete