888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 7 : Sejauh mana pendidikan tu penting

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:53 PM Comments : 2 Labels :

"Asek tengok tibi je kau ni! Baca buku tak nak! Dah la mengeja pun merangkak lagi blablabla"

Kalau diundur ke masa jahiliyah aku yang membaca tak reti cuma tahu on off tibi je, aku tak nak. Rasa loser gila. Tapi biasa lah ... budak-budak umur 4 5 tahun, dalam otak pikir main je. Pikir seronok je. Belajar tu apa? Kuih bulan tak jadi ke? bhahaha (ingat lawak tahap maharajalawak la ayat kau?)

Oleh itu, pendidikan tu penting. Setakat tahu membaca, menulis dan mengira tu belum cukup tapi yaaa ... itu lebih bagus dari tak tahu satu apa pun. Need more improvement.

Aku sedar, dalam dunia yang penuh pancaroba dan sentiasa hauskan persaingan, pendidikan tu macam satu tiket untuk melepaskan diri. Kau ada degree, ok kau layak dapat kerja bagus (tapi tengok juga la degree tu tahap mana and diikuti soft skill juga. Baru ngam). Kau ada PhD, well ... senang-senang je kau dapat gaji 5 6 angka. Dapat pengiktirafan. The power of education. Katanya.

Because of that la aku rasa family aku sentiasa push aku dan semua orang dalam keluarga untuk BELAJAR BELAJAR dan BELAJAR lagi. Timba ilmu sampai ke negeri China sabda Nabi. See .. dari situ je dah tahu dah kepentingan pendidikan tu macam apa. Pendidikan tu ilmu lah. Ilmu tu datang dari pendidikan. Tak kesah la secara formal or unformal. Selagi boleh dijadikan sebagai panduan hidup, itu lah pendidikan.

Nak jadi cikgu kena ada pendidikan. Nak jadi doktor kena ada pendidikan. Nak jadi polis kena ada pendidikan. Even kerja-kerja yang orang pandang lekeh macam petani, pekebun, cashier and etc pun perlukan pendidikan okeyyy. Kau rasa petani kalau takde ilmu pasal bertani dia nak bertani apa? Ikan? Tu dah jadi nelayan pula. Bukan petani lagi. Kalau pekebun pula, tak arif pasal perkebunan, takde ilmu pasal memotong dan mencantas, rasa ada kemungkinan tak dia akan tercantas kaki sendiri. Semua tu ilmu. Pendidikan. Ye ... walaupun tak formal.

PENDIDIKAN ADALAH SATU KEBUTUHAN orang Indon kata.

Walaupun setinggi mana pun tahap pencapaian kita, pendidikan agama jangan dilupakan. Di situlah penanda aras kita samada menjadi manusia bijak yang kufur atau manusia bijak yang bersyukur.

2 comments:

  1. Salam perkenalan dik..
    Good topic. Yup pendidikan sgt penting. Dr kite lahir sampai la ke liang lahat wajib belajar x kire apa ilmu.. janji yg baik2 la.. hehe..
    Done follow ur blog. Jemput follow blog akk jugak.. :)
    http://vitaminsihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. You are nominated...

    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete