888 Review

Cabaran 30 Hari | Hari 8 : 5 Lagu Cinta Favourite

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:03 AM Comments : 7 Labels :

Malam ni nak pecah rahsia. Aku kalau nak tido malam-malam memang aku akan sumbat earphone dekat telinga. Pastu pasang volume paling kuat. Macam orang pekak. Disebabkan aktiviti aku yang 'baik' sangat ni ... aku kena say sori dekat roomate tersayang coz dah mengganggu ketenangan malam dia untuk fly naik penerbangan yang dia je yang tahu cap apa untuk ke alam mimpi.


"Roomate, maaf mengganggu malam-malam awak"

Kau tahu je la kan kalau manusia tido ni lasak dia dah rupa nak bersilat. Semuanya nak terbang. Kalau boleh. Asalkan selimut yang pada asalnya ada atas badan pun sedar-sedar dah terperosok bawah katil ... Ini kan pula earphone dekat telinga yang senang nak tercabut. Bergerak sikit pun dah tercabut. Ini kan pula bergerak banyak. Lagi-lagi kalau orang tu jenis tido sambil bersilat. Earphone ke mana, aku ke mana. Pastu roomate aku bangun tercanguk atas katil sambil baca jampi serapah kat aku sebab telah mengganggu lena dia dengan bunyi muzik yang kuat. (Sila rujuk perenggan pertama).

Selalunya lagu yang aku dengar bergenre pelbagai. Rock kapak aku layan. Lagu Korea lagi lah sentiasa menjadi halwa telinga. Cuma tu lah, cakap Korea tetap juga fail sampai sekarang. Nasyid pula wajib dengar bila otak dah serabut dan dah tak mampu nak terima jeritan rock dan gelombang halyu. Dan lagu yang aku dengar bukan pasal cinta saja. Kadang-kadang jadi menyirap juga dengar lagu cinta yang overdose ni sebab ayat dia macam kisah dongeng.

Apa-apa pun ... lagu cinta favourite aku ialah ... 

1. Kasihku Abadi - In team

Bagus lagu ni. Dia macam doa dalam lagu. Aik! dah jadi tajuk lagu Heliza dengan Mawi la pula hehe. Tapi sungguhhh lagu ni dia ajak kita berdoa supaya dikurniakan sebuah keluarga yang dirahmati dan diredhai Allah. Dikurniakan suami/isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Lagu ni sentiasa win dalam gegendang aku. Tak pernah ianya tak berjaya menjinakkan halwa telinga aku yang liar menggila kerana dahagakan lagu-lagu masyuk lagi menyentuh hati, jantung, limpa dan segala organ dalaman. Kadang-kadang bulu roma aku pun turut terangsang sama dengan lagu ni sampai naik meremang. Fuh! Dahsyat.


2. Lafaz yang tersimpan by UNIC



NO DESCRIPTION.


3. Antara Jodoh dan Cinta oleh Zizie




4. A year without rain, Selena Gomez



Aku suka lagu ni sebab lagu ni best bukan sebab 'tupperware' aku kasi. Kalau aku kata aku suka sebab dia kasi maka aku telah membongak. Sebab apa? Sebab dia kata bila aku takde dengan dia, kehidupan dia macam A YEAR WITHOUT RAIN tapi sekarang aku tengok tak macam kemarau pun dia. Happily ever after je nampak. Bermanis mulut sungguh kau dulu dengan aku ye encik 'tupperware'. Macam mana la aku boleh terjebak dengan kau. SEDIH!


5. Be Mine - Infinite



Tajuk pun BE MINE, mestila lagu cinta kan. So aku masukkan sekali lagu ni dalam list since lagu ni pun antara lagu yang kerap aku play bila dengar mp4.







7 comments:

  1. suka jugak lagu nasyid. tak bosan dengar :)


    jemput singgah
    http://amardhiahkamal.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Be mine? Boleh tahan lagu2 infinite ni kan. :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak dengar lagu A Year Without Rain. hehe.

    Scha follow sini dan letakkan ina dlm bloglist scha ek :)

    ReplyDelete
  4. Wah..selamat join cabaran n goodluck ye :)

    ReplyDelete
  5. Hai! Kite pun join jugak cabaran ni :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. wah suka nya dia tido b'temankan music ye.. same like me (:
    btw done follow anda #1165jom singgah sini plak http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. rajinnya join cabaran ni...

    p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    ReplyDelete