888 Review

" Oooo macam ni rupanya perasaan ada adik perempuan"

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 7:37 AM Comments : 2 Labels :

Bila bercerita mengenai adik perempuan dengan seseorang yang merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga~~ Respon mereka hanyalah " OoooO macam ni rupanya perasaan ada adik perempuan". Perkara tu semacam satu pelajaran yang baru bagi mereka. Semua nak di OOOOO kan. Macam baru tahu fakta baru. Aku cuba memahami perasaan teruja mereka bila dah dapat tahu perkara itu walaupun aku merasakan tak perlu kot nak teruja sangat.

Semuanya bermula dengan kisah ... aku belikan lip jenis kekal dekat adik aku (tu pun sebab dia minta. Bukan aku ingat dia sangat pun kalau dia tak minta apa yang dia nak). Dah alang-alang beli untuk adik, belikan lah sekali untuk diri sendiri. Mana tahan weh untuk orang lain ada tapi untuk diri sendiri takde. Boleh menimbulkan perasaan tak puas hati nanti. Bahaya tu. Huhu


Lepas tu aku cerita la dekat dia yang satu lip tu untuk adik aku actually. The pink one tu yang adik aku punya. As a result, dia respon "Macam ni rupanya perasaan ada adik pompuan, apa yang kita beli mesti kita akan ingat dekat dia dan belikan juga" sambil buat muka teruja + jelik sebab aku balas bila dia ada adik ipar nanti, dia akan macam tu la. Semua benda yang dia beli, dia akan belikan sekali untuk adik ipar dia. Tambah-tambah kalau tu adik ipar kesayangan bukan in bracket.

psss ... kadang ada adik pompuan ni best. Boleh kongsi semua benda sama-sama. Contohnya kalau lip balm habis, rembat je dia punya. Part yang tak bestnya ... kalau nak apa-apa asek minta orang belikan. Bermodalkan air liur je pulak tu. Sesen pun tak kua kan. Menyirap juga kadang-kadang. Hmmm semua perkara ada pro and cons.




2 comments:

  1. adk prmpn dan adik ipar perempuan adalah berbeza. tak sama. even cx anak tunggal perempuan. cx lebih prefer adik lelaki. lg best. tk byk kerenah hahaha

    ReplyDelete
  2. bes ada adik atau kak bleh share memacam... luahan perasaan pn ada gak...

    ReplyDelete