888 Review

Tip 'Jatuh Cinta' dengan subjek yang dianggap Susah

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:25 AM Comments : 2 Labels :

Aku jenis yang cepat give up dengan subjek-subjek susah. Sebagai contoh, Ekonomi masa zaman form 6 dulu. Subjek ni~ aku cuma sentuh bukunya masa nak exam je. Buat latihan sikit. Baca sikit. Kalau tak exam tapi ada kerja, kerja aku main copy paste jawapan orang jela. 

Sekarang pulak, aku mesti akan main combat-combat dengan subjek law. Berperang habis. Dengan nak ingat nama kesnya. Nak ingat definisi setiap tajuk. Tu belum lagi nak kena ingat fakta kes. Memang payah. Tabiat aku dari dulu, kalau subjek tu susah, memang aku tinggal terus. Jengah pun masa nak exam jela. Sebab tu kalau lepas exam orang tanya apa-apa pasal subjek yang selalu dianaktirikan tu, mata aku mula la melilau kiri kanan cari orang mintak tolong jawabkan. Apa lahai nasib aku tetiba nak kena belajar pasal law pulak. Padahal tak pernah ada cita-cita jadi lawyer pon. Selalu buat ayat menyesali takdir macam tu tau aku ni.



Dan actually aku baru je mengalami kebosanan terlampau akibat baca buku law sambil cuba mencerna segala nama kes dan kes yang ada. Tapi gagal. Penyelesaiannya~ bukak magazine. buku law? Sodakollah hul azimmm~

Dalam duk syok membelek helaian demi helaian magazine tu, tetiba ada tip belajar la pula~ dimana tajuknya adalah TIP CINTAI SUBJEK YANG DIANGGAP SUKAR. Serta-merta aku rasa macam baru je lepas diperli.

Tapi dalam masa terasa bagai diperli, aku teroka jugak la isi kandungannya. Nampak menarik jugak. Kalau dapat dikongsi pon sodap coz aku tahu bukan aku je yang ada dalam situasi macam ni. Macam cuba nak jadi baik sebab nak baca subjek yang tak minat tapi lepas tu kecundang lalu tewas. Macam tu la.

Jadi, apa kata tip cintai subjek yang dianggap sukar tu dekat aku?


  • JANGAN MEMPUNYAI SIKAP ACUH : dia kata dekat aku~ kalau eya pun rasa tak suka dekat subjek tu~ jangan la terus tutup buku (hehe aku rasa macam kena tampar). Sikap acuh tak acuh akan merugikan aku je nanti. Kalau aku sendiri dah malas nak sayang subjek tu, macam mana nak berjaya nanti? Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Haaa sempat dia selitkan kata pepatah untuk tatapan aku yang sengal boleh tahan ni. Padan muka aku kena sedas =='


  • ILMU TU PENTING : dia kata lagi yang tak semua orang berpeluang untuk belajar. Macam aku. Jadi kenapa aku nak kena jadi manusia yang kufur nikmat? astaghfirullah al azimm. Jadi dia sarankan kepada aku supaya tetapkan dalam hati dan setkan dalam minda bahawa ilmu tu penting gila babas untuk masa depan. Insaf sobsobsob.

  • PERSEDIAAN AWAL : So, dia sarankan dekat aku yang cepat give up ni untuk ulangkaji dulu apa yang bakal aku pelajari pada hari tu. Teknik touch and go. Dengan harapan aku akan mudah faham dan paling cepat faham berbanding orang lain. Aku mesti praktikkan.

  • BELAJAR DAN BUAT LATIHAN : Belajar dan buat latihan ni bukannya perkara seronok macam makan kitkat ke atau macam main game super mario. Lagi-lagi nak buat dalam kuantiti yang banyak dan lama. Dua perkara ni, kalau taknak buat memang takkan jadi apa sampai ke sudah la tapi dia nasihatkan dekat aku~ walaupun tak minat macam mana sekalipun, cuba-cuba la paksa diri. Dari paksarela boleh jadi sukarela nanti. Perkara ni akan jadi enjoy gila-gila bila dah cuba-cuba dan cuba sampai orang baru nak bukak mulut tanya soalan je, kita dah boleh jawab dengan panjang lebar (tipu). Praktis make perfect wei~ Kena ingat ni sampai ke anak cucu cicit piut miut. Okeng~?



  • BERDOA : Berdoa kepada Allah semoga apa yang dipelajari mudah difahami dan semoga rasa cinta terhadap subjek susah tu tak pernah padam macam api biara majusi (akhirnya padam jugak lepas Nabi lahir).

  • SABAR : Sabar tu perlu. Eventhough nama hang Sabariah pun, hang kena jugak ada sifat sabar ni. Sebab apa? Dengan sabar, kita takkan mudah putus asa. Takde benda yang senang dapat actually kalau tak berusaha dan cepat give up. Macam aku huhu.


  • SELALU BERFIKIRAN POSITIF TERHADAP GURU ATAU PENSYARAH : Tak boleh nak merungut-rungut atau membebel-bebel dekat pensyarah atau cikgu bila derang kasi homework lebih atau kena buat latihan past year banyak-banyak. Sebab derang cuba lakukan yang terbaik untuk anak didik derang. Aku yakin geng-geng sebelah sini memang memahami sangat niat murni para pensyarah dan cikgu. Cuma geng-geng belah planet namey je yang tak paham~ Derang tak tahu ke kalau simpan perasaan negetib dekat para pengajar tu macam sengaja je mencipta tembok antara dia dan ilmu pensyarah atau cikgu tu? Eh! aku tahu geng belah sini tak macam tu. Geng belah planet namey yang selalu buat perangai macam ni ni~
       
Tersipu malu aku sepanjang membaca amanat yang secara tak langsung dituju khas untuk aku tu. Rasa macam ouch! sangat~ Betul-betul kena setepek-pek-pek atas muka. Allah~ Alpanya aku. Baru susah sikit nak give up. Macam mana nak maju? Terus rasa gigih nak 'bedah siasat' law hehe :D






2 comments:

  1. Thanks share info ni kak! Memang berguna sangat untuk pelajar2 yang tak semangat nak belajar subjek yang rasa susah.. Hihi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terpaksa kongsi sebab akak pun salah sorangnya haha.

      Delete