Sambil tengok video klip Gee sambil perati kaki sorang-sorang penyanyi group SNSD. Eh! pehal kaki korang kurus sangat ni??? (sambil ramas bantal smiley sampai lunyai). Pehal paha korang kecik weh~ (sambil tengok paha sendiri pastu nangis guling-guling atas katil).
Kaki ke ranting ni? Aku geram! Grrrr |
Kepada girls yang mendambakan kaki-kaki seramping kaki-kaki Girl's Generation, meh nak share caranya. It's all about diet ok. Kena la ada gaya pemakanan yang bagus baru la dapat paha yang memang saiz paha, bukan saiz drumstick ayam kepciii.
1# Makan Kekacang
Kacang sebenarnya bagus untuk pembakaran lemak dalam badan (kadang-kadang bagus juga untuk tumbesaran jerewat. Mitos ke fakta?). Selain tu, kacang ni dapat kurangkan risiko penyakit kanser. Sebab tu Rasulullah takde kanser sebab baginda love kekacang-kekacang ni. Jadi aku nak kata yang statement makan kacang tumbuh jerawat adalah auta. Tu semua sebab hormon lah! Jangan salahkan kacang. Ok?! Aish!
2# Kurangkan makanan berlemak dan berkalori
Kan dah cakap tadi it's all about diet. Terbukti pun. Bukan setakat nak badan yang ramping je kena kurangkan pengambilan makanan-makanan macam ni. Nak kaki yang cantik macam SNSD pun sama haa. So, banyakkan la makan makanan yang berzat, berserat, bervitamin, berprotein dan berkalsium. Teh hijau salah satunya yang boleh diamalkan.Teh hijau ni bagus untuk bakar lemak tau tapi teh hijau tanpa gula la. Faham tak? Ok good.
3# Banyakkan minum air putih
Air putih bagus untuk meneutralkan gula dalam badan dari pengambilan gula berlebihan dalam makanan selain dapat membantu tingkatkan kadar metabolisma badan tapi pastikan minum air putih tanpa gas la. Korang ni bukan boleh caya. cakap air putih saje, tak specific-kan, mula la nak buat loklak. 100 plus pun putih juga, maknanya boleh la minum banyak-banyak. Hei! ada yang nak kena ni!!!!
4# Riadah
Dengan beriadah pun boleh membentuk paha dan kaki yang cantik. Caranya? Berjalan kaki around 20 ke 30 minit. Aktiviti ni mampu memecahkan sebahagian besar lemak yang ada di paha.
5# Senaman
Buat senaman angkat dua belah kaki, agak-agak setinggi 15 ke 20 cm dari lantai. Buat banyak-banyak kali sampai lenguh dekat bahagian paha. Boleh amalkan sebelum tidur.
6# Bongkokkan badan
Berdiri tegak, kaki rapat macam nak nyanyi lagu Negaraku. Regangkan tangan dan bongkokkan badan sehingga jari tangan dapat capai jari kaki. Tahan beberapa minit dan ulang banyak kali sampai penat.
Dah dapat tips. Dah tahu cara. Dah ada petua. Apa lagi? Sepantas kilat la buat. Semoga berjaya. Harapnya bermanfaat :)
Adios xoxo
Hahaha...kalau kaki kecik gitu...tak balance la sally berdiri..hahaha
ReplyDeleteKena la imbangkan dengan saiz badan juga Sally. Baru balance hehe.
Deletepergghhh tu dah terlebih kecik kot. hahaha . kalau kite susah sangat nak diet ni. comfirm failllllll >.<
ReplyDeleteTry la dulu Tashira. Belum cuba belum tahu kan? hehe
Deletehehhehe..kena try nih ;)
ReplyDeleteHehehe... sila, sila :)
Deleteeihhh.. geramnya !! kena istiqamah buat bende nih
ReplyDelete