888 Review

Sakit rupanya nak tumbuh gigi ni. hmmm

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:11 AM Comments : 13 Labels :


Dah 2 3 hari jugak la aku berperang dengan rasa sakit dengan gusi paling jauh. Gusi yang paling kedalam mulut. Gigi bongsu nak tumbuh la ni. Orang kata, selagi gigi bongsu belum tumbuh, selagi tu lah orang tu adalah kanak-kanak. So, selama ni aku ni kanak-kanak la ye? Kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh orang dewasa. Sejak-sejak ni je baru nak bertukar jadi orang dewasa benaran.

Rupa-rupanya sakit ey nak tumbuh gigi ni. Patut la baby-baby tu sampai boleh demam-demam. Aku yang dah 22 tahun ni pun dah acah-acah nak demam je rasa suhu badan. Orang kata apa tu? Ha! dedar. Bukan dadar. Dadar tu dadar telur. Ni bukan entry masak-masak or makan-makan so takde dadar telur. Yang ada cuma dedar. Means, suhu badan yang nak ke arah demam tapi belum demam so kita panggil acah-acah demam. Boleh faham? Ok bagus.

Pipi aku ni dah nampak macam mengandung sebelah dah ha aku tengok. Sebelah bengkak. Sebelah normal. Dekat bahagian yang bengkak tu, nak kunyah makanan pun sakit. Nak telan air pun payah. Usahkan air yang macam-macam tu, air liuq pun rasa seksa je nak telan. Nak makan pun tak boleh benda keras-keras. Merana terseksa la aku lepas tu. Aduhai! Terasa baby sangat diri ini. Terasa macam orang tua yang takde gigi cuma ada gusi je pun ye jugak.

Auch! Sakit la~ Telinga rasa berdesing. Urat telinga macam ditarik-tarik. Nangis.





13 comments:

  1. Hehe...klu nk tumbuh geraham bongsu, mmg sakit sangat. Akak kalau kena ni, mmg stiap kali akan demam taw. Boleh makan bubur jer....tu pun x lalu nak makan. HUhuhu...
    *Singgah sambil menabung Lactacyd (^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la~ saya macam tu la sekarang ni T.T

      Delete
  2. Yup memang seksa kalau gigi bongsu tu nak tumbuh huhu
    Ada juga yang sampai demam 2-3 hari

    Datang BW & FOLLOW rakan sponsor GA Syira :)

    ReplyDelete
  3. tahniah gigi bongsu nak tumbuh :p

    ReplyDelete
  4. Memang sakit sgt2. Ana dlu kene sampai demam panas. Haha. Sakit betul. Ni dah tumbuh alhamdulillah lega. Hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu lega tu la yang tak kunjung tiba T.T

      Delete
  5. sakit gg tampal koyok..hhee..ciannya cik paten kta nih..cuba try tengok boh isi lidah boya,tempek kat tpt yg sakit tu..kot sejuk hilang rsa sakit..tak pun cuba try ggit bunga cengkih ka or lau ada gambiaq srwk,asah cket amik ayaq dia,lumuq kat gusi yg doj sakit sangat tu..kot bila kebaih,hilang rsa skit tu..dah cuba..try pulak no..gd luck n smoga cik paten cpt smbuh..sonok bca celoteh n ngomelan cik paten..i lap u..oopps..i laik u..hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thanks Adzym H untuk semua saranan.

      Delete
  6. done follow sini
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/06/june-giveaway-oleh-ma.html

    ReplyDelete