888 Review

Kecoh! Esok ada test ke tak

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:49 PM Comments : 3 Labels :

Grrr kusut~ Kusut~ Gelabah? No lah! Gabra tu ada la.

Semua duk gelabah malam ni. Bunyi alert whatsapp pun dah macam taknak diam dah haa aku tengok. Aku dengarkan jela member-member aku duk membebel dekat whatsapp kelas tu.

Dalam keadaan ni, of coz la class rep atau budak-budak sekolah menengah panggil ketua tingkatan akan menjadi retis-satu-malam. Semua duk cari. Semua duk seru-seru (mungkin lagu Misha- Kau Kuseru tu ideanya datang dari sini). Semuanya disebabkan nakkan kepastian esok ada test ke tak.

Mana tak gelabahnya kalau chapter yang belum habis cover bakal kena jawab esok. Ini semua kerja gila madam. Ini~ memang mengundang kertas yang putih suci yang madam bagi, putih suci juga yang madam dapat. Kalau ada contengan pun, hanya ada nama student, nama kelas, nombor kad matrik dan sedikit bebelan yang berunsurkan logik digaul kisah dongengan sedikit. 

Masa ni la student-student akan bertukar jadi chef. Menggoreng ayat baik punya. Yang tak tahu apa itu dapur pun boleh bijak menggoreng secara tetiba. Kau mampu cipta suasana macam ni? Boleh ubah orang 360 darjah in a blink of an eye. Madam IE je yang mampu buat macam ni. Alah! mana-mana madam dengan sir lah senang citer.


Ehem madam, ada markah tak untuk hasil gorengan yang tak berapa nak hangus tu? Oh! dan juga untuk nama dan kelas dan nombor matrik tu. Masa darjah kecik-kecik dulu semua tu ada markah madam hehe
Pastu madam pun jawab
Awak ingat saya ajar awak subjek kulinari ke? Saya ajar awak subjek ekonomi tau. INTERNATIONAL ECONOMIC (siap capslock tau madam ni. Takut sangat maksud percakapan dia tak sampai) dan~ awak student Universiti bukan budak sekolah rendah!
Macam kena penampar plus penampar plus penampar lagi dekat muka. Nasib ni semua ilusi aku je. Huh

Makin lama conversation dilanjutkan, semakin menggelabah semua orang. Bukan kelas aku je yang gelabah, kelas gabung dengan kelas aku pun gelabah sama dengan berita tahap boleh bagi lemah jantung ni. 

At last class rep cakap apa? " Nak tahu cerita tak? Kelas Amal <-- merujuk kepada kelas yang gabung dengan kelas ktorang) tahu yang ada test esok dari kelas kita pastu kita tahu ada test esok dari kelas dia. Nampak tak game dia macam mana? " then dia gelak.

Maksudnya~ kemungkinan besarnya~ perkhabaran mengenai test esok tu hanya khabar angin sahaja. Pengkhabaran stok-stok CPR (dari mulut ke mulut la tu maksudnya~) ni memang wajar dibalas dengan riak wajah sangsi beserta ayat eya ke kau ni? Boleh caya ke?. Elok sangat la tu. Kelas aku gelabah sebab kelas derang. Kelas derang gelabah sebab kelas aku. Semua ni memang mengundang bunyi cengkerik yang panjang. Krik krik! Krik Krik!



Yeah! Inilah dia quote yang sesuai untuk aku hadiahkan kepada member kelas aku dan member kelas gabung dengan kelas aku malam ni. No Stress~ ye kawan-kawan. Gaya jari macam Saeda mainkan peranan besar ye ketika sebut ayat NO STRESS tu. Harap maklum, terima kasih.



3 comments:

  1. time study mmg standard..slalu cm tu

    ReplyDelete
  2. hahaha.. selalu mcm ni bila kelas dah 2-3 minggu start.. masa tu huru hara bila bab ade test/kuiz ni.. haha

    ReplyDelete
  3. haha jgn stress nanti lg habis lupa semua

    ReplyDelete