888 Review

Gatai nak kawin nampak!

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:40 AM Comments : 3 Labels :



Apa kena la dengan housemate aku malam ni. Konfius aku kejap. Berapa la ek umur ktorang actually? 22 tahun ke 22 bulan haha. Boleh pulak derang buat 'malam berinai' waktu-waktu macam ni hehe. Macam tugasan hakiki dah selamat di setelkan. Padahal~ esok ada test tu. Ntah apa-apa jela. 


Yang paling tak menahan, sambil pasang inai siap pasang lagu Selamat Pengantin Baru lagi. Dari versi kumpulan Hijjaz sampai la ke versi Anita Sarawak. Aku tukar lagu semua jeritkan aku "WOOOOIIIII!!!" sebijik halilintar. Tanjat iolls uolls. Tapi apakan daya, aku jenis hati kering. Jeritkan aku sampai keluar suara abang-abang ketak pun bukan aku peduli. Tukar tetap tukar mihmihmih. Takyah nak selamat pengantin baru sangatlah (krikkrok krikkrok).


Pastu pasang inai taknak macam penuh satu badan pulak. Tak cukup dekat jari, tambah dekat tapak tangan. Tak cukup tapak tangan, tambah pula dekat jari kaki. Tapi ek eh! tak cukup lagi nampaknya. Pasang pulak dekat keliling tapak kaki. Sebijik cara berinai orang-orang hindustan dalam cerita-cerita bollywood. Aku terfikir, derang ni buat preparation untuk cerita bollywood tajuk apa la. Hero? Hero? Siapa hero? Bersungguh betul persiapan bhahaha.

Dah la, maleh nak layan perangai gonjeng derang. Baik aku take a nap pastu bangun awal sikit (5 minit sebelum 6.30 pagi haha) baca slide (zaman sekarang buku tak ubah macam perhiasan~ jangan rungsing. Slide memang menjadi sumber bacaan utama budak universiti) untuk test esok.

Adios xoxo.
Wassalam :D

3 comments: