888 Review

Kusinero Cinta

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:14 PM Comments : 1 Labels :

Kusinero Cinta? Terus keluar berjuta-juta question mark dalam kepala. Banyak kali juga aku duk ulang sebut. Kusinero Cinta. Kusinero Cinta. Dengan dahi berkerut. Part cinta tu aku paham. Paham sangat. Tapi part kusinero tu haa~ Adik-beradik kuini ke muahaha. Ok, sangat tak sopan perangai iolls.



Oh!!!! Kusinero tu chef lelaki ghupenya~ Bahasa tagalog pulak tu~ Padan la aku macam galok sangat buat andaian merepek. Lain kali buat la andaian sendiri lagi ye FF ye. Merepek-repek je dia punya andaian *pang. Dah macam mak nenek dah iolls ni membebelkan diri sendiri mihmihmih.

Patut la pelakon lelaki dia pakai baju chef

Am I  look handsome in this OOTD? 

Oh! Yes! Yes! U are so handsome Jericho. I crush U *pang supaya kembali ke alam nyata.



Kusinero Cinta gantikan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta.


Jumlah episod 60. Eh! stok-stok cerita dekat Astro HD (astro HD pun boleh~ Padahal Astro Mustika. Maya yang HD) memang tak pernah kurang dari 30 episod ey? Nak lawan panjang episod sinetron ke macam mana cerita dia ni? Jenuh nak tengok. Kalau best, rasa semangat juga nak tengok. Kalau tak best pun rasa macam dah ada penyuntik semangat dah. Jericho Rosales hehe *pang sekali lagi coz nampak macam hampir lost control.

Adakah Kusinero Kuini ni adaptasi novel jugak?


1 comment: