888 Review

Group Assignment

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 12:25 AM Comments : 1 Labels :

Nama pun assignment group, mestila kena buat in group. Tapi kalau dah sorang ke kanan, sorang ke kiri, sorang ke utara, sorang ke selatan then decide nak buat kerja senirik-senirik~ valid lagi ke nak dipanggil group assignment?


Lagi pening kalau ada partner yang macam picha atas tu ha. Muncul masa mula-mula pastu invisible kejap tapi last-last muncul balik. Nak tunjuk dia ada. Sekurang-kurangnya dia boleh bercakap macam ni nanti kalau orang condemn-condemn dia "at least~ aku tolong. Dari tak tolong langsung". What the~ la wehhh~ Baik kau kena sorok di alam bunian tu lagi bagus la!

Lagi menyirap kalau dalam group ada jenis manusia yang suka menabur janji-janji manis. Tahap potong kaki lah senang citer manis dia tu. Konon nak tolong~ nak tolong~ tapi sampai ke sudah tak nampak bayang. Bayang dia kena sedut dengan pencuri bayang kot. Menyirap~ Menyirap!

Kalau berdepan dengan partner yang sentiasa 'hilang ingatan' pula pasal apa yang berlaku dalam perbincangan group memang menguji tahap kesabaran. Asek-asek tak tahu apa yang jadi. Asek-asek takde idea. Idea dia beku sangat kot. Dah lama sangat agaknya simpan dalam peti sejuk beku semua idea-idea dia. Tu yang take time tu nak cair tu.

Penyudahnya, manusia yang betul-betul rasa bertanggungjawab atas tugasan tu lah yang selesaikan kerja. Yang lain-lain tu cuma watak picisan yang muncul hanya untuk memeriahkan keadaan dan tak kurang jugak untuk menyemakkan hati dan perasaan. Hanya muncul untuk ada-ada je. Hanya muncul untuk memastikan nama derang tak tersingkir dari assignment group.


Apa-apa pun~ tak dinafikan yang buat group assignment bukanlah semudah ABC. Nak form group untuk buat assignment pun dah huru-hara. Jadi jangan nak harap la nak setelkan group assignment akan jadi semanis kurma. Dalam mimpi pun belum tentu akan jadi suweetsuweet.



1 comment:

  1. kadang2 saya sendiri pun xberminat sgt keja2 group ni, mesti ada yg escape hishhh

    ReplyDelete