888 Review

Kris keluar dari EXO? Housemate dah bergenang

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:45 AM Comments : 7 Labels :

Semalam, di petang yang sengaja aku jadikan seperti sangat kelam-kabut sebab malam tu ada meeting jam 8 malam kononnya, sorang housemate dari bilik depan belah kiri masuk bilik aku. Masa tu aku tengah nak gosok baju. Baju kurung pulak tu yang aku tengah nak gosok masa tu. Semacam buang tebiat jugak la kalau di perhati sekali imbas tingkah laku aku pada petang itu. Kau dah kenapakan, balik-balik dari kelas je terus nak gosok baju. Tak pernah-pernah pun buat perangai macam tu sebelum ni. Kelas seterusnya adalah dalam masa 24 jam lagi. Pergi kelas siang tadi elok je sarung jeans, pakai shirt and lilit juga belit shawl~

Acah-acah model

Macam ni. Takde pun nak berbaju kebanasaan semua (dulu aku eja kebangsaan macam tu. Sekarang aku boleh kalis dengan cakap itu TYPO mihmihmih). Alih-alih balik kelas nak bersalin kulit jadi perempuan melayu terakhir. Pelik member tu. Nak pergi mana la kan housemate dia ni dengan baju kurung bagai-bagai. Tapi walaupon pelik, dia tak tanya.

Aku pun macam takde inisiatif nak tegur dia masa dia masuk bilik aku nak hantar barang apa ntah dekat roomate aku yang sedang enak ngorok pada ketika itu. Aku cuba letakkan seratusduapuluhperatus kosentrasi dekat aktiviti penggosokan baju. Lagipun, telinga aku tersumbat dengan earphone. Tu yang bertambah-tambah tahap kemalasan nak bercakap tu. Mana nak dengar dia bercakap lagi, mana nak layan lagu lagi. Dari aku mencalar-balarkan hati dia sebab tak fokus dengan apa yang dia cuba sampaikan, better aku diam sambil gosok baju dan dalam masa yang sama menikmati kemerduan suara-suara dari mp3.

Tapi lepas tu aku terdengar suara halus macam berbisik dekat telinga aku. Haaa sudah! sejak bila dalam bilik aku ada hantu ni? Dah la nak dekat maghrib masa tu. Orang kata maghrib-maghrib ni masa untuk segala jenis hantu bermaharajalela termasuklah kacang hantu, pun bermaharajalela jugak time-time maghrib ni. Nak kata member tadi, aku rasa dia dah keluar (walaupun aku tak nampak betul ke dia keluar coz aku membelakangkan dia). 

Pastu aku pun toleh pelan-pelan. Macam gaya-gaya dalam movie seram tu~ bila kena kacau macam tu je mesti orang yang kena kacau tu akan toleh pelan-pelan dekat arah yang dia yakin datangnya suara tu. Masa tu jugak la hantu dengan rupa hantu, 'gaaaaa' depan muka. Pastu orang tu akan menjerit histeria atau lari macam tak cukup tanah.

Petang tu aku macam tu la. Toleh pelan-pelan pastu depan mata nampak 'hantu cantik' duduk elok je atas katil aku. Aku tak terkejut sangat la sebab 'hantu cantik' yang duduk depan mata. Kalau hantu yang hantu tu memang aku sembur dengan air yasin je. Dah takde kerja ke apa nak kacau orang di petang yang syahdu (tetiba).

'Hantu cantik' tu pun cakap dengan aku dengan mata yang dah bergenag-genang. "Fana~ Kris dah nak keluar dari EXO~". Dengan muka yang sarat dengan kesedihan yang tak tertanggung dia bercakap dengan aku. "Lepas ni dah takde dah la Kris yang handsome tu". Aku dengarkan jela. Aku tengok dia bercerita. Sambil bercerita sambil bergenang air mata, aku kata dalam hati 'hmmm sedih sangat nampaknya dak ni'.

Kris. Pakwe khayalan 'hantu cantik'.


Actually aku macam terkejut juga la dengan cerita tu coz aku dah terbiasa tengok Kris dalam group Exo. Kalau aku pergi bilik si 'hantu cantik' tu, dia mesti akan tengah tengok Exo showtime and aku mesti akan join sekatil sebab dia tengok atas katil. Sepanjang tengok show time, tiap kali nampak Kris, tiap kali tu jugak la dia akan baca mentera 'hensemnya dia~ hensemnya dia' takpun 'bongok la Kris ni~' sebab kadang-kadang Kris tu boleh tahan bongok jugak keletahnya. Kalau tak caya, pergi a layan Exo showtime. Aku gelak-gelak tengok show tu. Gelak sebab show tu memang kelakar and gelak sebab aku kelakar tengok member aku yang minat gila babas dekat Kris sampai tak jemu-jemu tengok Kris.

"Eh! eya ke? Kenapa?" aku tanya dia. Memandangkan aku bukan minat mana pun dengan kumpulan Exo, so aku tak amik kesah sangat pun Kris ada ke takde ke tapi untuk dia yang macam DIEHARD FAN dekat Exo sebab ada Kris, so opkoz dia kesah. Dia kata, Kris yang dia selalu duk kata pakwe dia-pakwe dia tu~ bengang dengan pihak pengurusan derang. Pihak SM la coz layan group derang tak macam manusia tapi macam objek. Derang sakit pun pihak pengurusan buat tak faham je.

Sedih aku dengar bila dia cerita macam tu. Aku rasa, memang patut pun kalau Kris decide nak keluar dari naungan SM. Kalau macam tu la cara derang kena layan. Eh! member aku yang pencinta kucing tu~ layan kucing dia lagi baik la dari pihak SM layan artis-artis bawah jagaan dia. Menyirap aku dengar kalau betul la pihak SM buat macam tu (tapi menurut si 'hantu cantik' tu lagi, sebelum ni ada jugak la beberapa artis bawah naungan SM berdepan masalah ni jugak. So, kes Kris ni bukan kes pertama. Kesimpulannya apa kalau macam tu?). Tapi siapa yang betul, siapa yang salah belum dapat dibuktikan lagi.

Apa yang pasti, sekarang ni Kris kaw-kaw punya kena kutuk dengan semua orang. Member group dia pun semuanya dah unfollow IG dia. Ni menurut cerita 'hantu cantik' aka member bilik depan belah kiri yang masuk bilik aku untuk pulangkan barang roomate aku yang sedang ngorok pada ketika itu.

Apa yang pasti juga, member aku tu memang sedih aaa dengan berita tu. Dia punya sedih sampai sanggup tengok Exo showtime ulang-ulang. Nak teroka Kris sampai muntah.

Dan apa yang pasti lagi, disebabkan aku melayan dia berborak, aku terpaksa hentikan aktiviti menggosok, aku terpaksa keluarkan earphone dari telinga dan berikan tumpuan sepenuhnya terhadap luahan hati dia.

But, it is okey~ Bukan ke member-member tu memang sepatutnya macam ni~


Tak dapat bagi pinjam bahu yang jatuh ni, dapat bagi pinjam telinga yang tak capang ni pun ok lah. As long as dapat kurangkan rasa yang terbuku dalam hati dia pasal Kris.


Kris, tata. Until meet you again oppa (oppa sangat. ntah-ntah baya adik aku je dak ni *sigh)

Mesti korang nak tahu kan apa jadi dengan baju kurung yang aku gosok dengan gigih pada petang tu sebab konon-kononnya nak pakai untuk pergi meeting malamnya nanti. At last aku pakai t-shirt and sarung jeans jugak ke meeting malam tu. Baju kurung tu? Hmmm~ baju kurung tu pakai untuk kelas esok jela, (hari ni la maksudnya) esokkan Jumaat. Kena sopan-sopan sikit.

Macam tu la penamat cerita Kris yang nak keluar dari Exo sampai membuatkan mata housemate aku bergenang dan merencatkan aktiviti gosokan baju kebanasaan kepunyaan aku.



7 comments:

  1. Saya pun fans kris jugak, rasa terkejut pun ada. Tapi kalau saya jadi kris pun akan buat keputusan yang sama jugak. Sm ni daripada dulu kot memang cam tu, kalau boleh sapa2 yang nak keluar dari Sm ni , dia akan pastikan rekod artis tu buruk. Cuba tengok apa jadi kat JYJ. Eh, membebel pulak kita, hehehe

    ReplyDelete
  2. kris takkan tinggalkan EXO hmm :'( ...
    #webelieveinyoukris

    ReplyDelete
  3. bagus la akak ni.. haha sanggup tangguhkan aktiviti 'senaman tangan' utk dengar cerita kawan akak. Saya pun pernah lalui situasi sama masa duk asrama dulu.. Orang lain dah tidur tapi kitaorang duk bergosip dalam bilik gosok tu .. Yang hairannya, satu pasang baju ambil masa sejam ==' Apa kess nih ! hahaha

    ReplyDelete
  4. penangan exo. haha
    haih msti rindu kris :'(

    ReplyDelete
  5. tu la, sekarang semua tengah kalot2 pasai si kris ni

    ReplyDelete