888 Review

Selamat Hari Guru~ Terima kasih cikgu :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 11:14 PM Comments : 1 Labels :

Eh! dah 16 Mei la. Dah hari guru. Selamat Hari Guru~ 



Terima kasih cikgu hehe :)


Dulu. Dulu. Dulu. Dulu~ aku pernah ada cita-cita nak jadi cikgu. Di kala semua member-member aku duk jawab nak jadi labah-labahman lah, kelawarman lah, keluangman lah bila cikgu tadika tanya nak jadi apa bila besar nanti, aku dengan yakinnya cakap aku nak jadi doktor bhahaha (mesti semua ingat aku akan jawab nak jadi cikgu an? kikiki). Cikgu option kedua dalam list cita-cita aku. Namun begitu, aku cuma nak bagitahu pada masa tu hanya aku jelah kanak-kanak yang paling realistik dan berpijak di bumi yang nyata (bagi la aku peluang nak gebang-gebang sikit sekali-sekali). Cikgu tadika aku sumpah impress gila babas dekat aku wuwuwu~ cayalah haha.

Nak jadi doktor siottt~ Setakat labah-labahman dan sekutu-sekutunya tu~ sekali aku spray dengan serai wangi Afy Haniff terus mabuk lalu mamp. Tetiba terasa diri tersangatlah saikonya pon~

Makanya aku pun gigih belajar demi menjadi pengkarya yang berjaya. Aku sendiri jadi pelik dengan diri aku. Kejap nak jadi Doktor. Kejap nak jadi Cikgu. Kejap lagi nak jadi Novelis pulak. Tapi ah! persyaitonkan semua tu. Apa yang penting bukan kerjasama tapi realistik bukan plastik tu yang penting. Apa yang penting lagi adalah tiap kali kena isi borang cita-cita, aku tetap setia menulis doktor sebagai cita-cita pertama. Cikgu cita-cita kedua. Pensyarah cita-cita ketiga.

Memandangkan untuk jadi doktor dah tersasar dari landasan. Untuk jadi cikgu pula terkandas di peringkat temuduga, aku cuba untuk mencapai cita-cita ketigaku, PENSYARAH. Kalau jadi pensyarah satu hari nanti, aku mesti akan jadi pensyarah dalam bidang bisnes sebab aku belajar bisnes now~. Kalau tak dapat jadi pensyarah, kita tetap stick dalam bidang jual beli tapi kita taknak jual beli barang. Kita nak jual beli bakat which is kita nak jual bakat penulisan kita. Kita nak jadikan novelis sebagai kenyataan. Ok kan?

Namun begitu, biar apa pun cita-cita aku, semuanya hanya akan jadi seakan angan-angan Mat Jenin tanpa bantuan cikgu-cikgu. Samada cikgu yang memang cikgu mahupun cikgu yang bidan terjun. Terima kasih banyak-banyak atas segala tunjuk ajarmu sifu.

Terima kasih sebab ajarkan saya yang 1 meter bersamaan 100 sentimeter. Terima kasih sebab bagitahu dekat saya yang ayam tu bukan sebuah tapi seekor. Terima kasih sebab selalu diskriminasikan student laki dengan student pompuan (opss!). Terima kasih kerana telah mengajar erti cinta kepada saya (eh!), terima kasih cikgu. Selamat hari guru.


Terima kasih juga kerana ajar saya mengenal ABC cekodok basi lantas saya pandai mengeja lalu lancar membaca. Kemudian saya jadi teror menulis lalu saya mampu mencipta entry yang bertajuk Kris keluar Exo? Housemate dah bergenang yang dah pun mencapai 300 pageviews dalam masa kurang dari 1 hari di publish. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru. Jasamu dikenang :D




1 comment: