888 Review

Petanda Jodoh ?

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 1:45 PM Comments : 8 Labels :


Image result for petanda jodoh


Bila dah besar macam sekarang ditambah pulak tengok kiri kanan, kebanyakkan member dah jadi tunangan orang, ada yang kelek anak dan dah bergelar isteri ... hati ni ada perasaan nak berjodohan. Tapi dengan siapa ? Persoalannya.

Semua pun sedia maklum kan yang jodoh tu rahsia ALLAH. Dah ditetapkan sejak dalam rahim ibu lagi. Tapi tak bermakna perlu diam tanpa dicari. Tetap jugak kena berusaha. Sebab tu terjadinya bercinta-putus. Bercinta-putus. Couple-clash. Couple-clash. Macam orang gila talak sekali imbas. Sebenarnya, tu semua proses untuk menuju ke arah mr and mrs right kita. Yang ALLAH dah tetapkan di luh mahfuz satu katika dulu.

Aku berimpian untuk dapatkan jodoh yang terbaik kalau boleh. Terbaik dalam agamanya. Terbaik dalam akhlaknya. Terbaik untuk diri aku dan keluargaku. Terbaik untuk bangsa aku. Tapi memandangkan aku sedar ( jangan risau ... aku tak hidup di Wonderland ) aku ni so-so je so ... aku serahkan kat ibu je soal ni. Ibu seorang yang baik. In sya Allah, pilihan dia pun akan jadi pilihan yang baik juga =') Bukankah antara satu cara nak jodoh yang baik kena berpandukan suggestion orang yang baik-baik dah kalau kau malas sangat nak jadi baik, kan ? So, yeah! Ibu. And abah. Orang yang tepat. Untuk pilih seorang doktor yang islamik jadi jodoh anak dia ihik ( rasa nak cubit pipi sendiri ).


Image result for petanda jodoh

Ok ... petanda jodoh. Apa tanda-tandanya ?

1. Bersahaja


Dia boleh jadi diri sendiri bila dengan kau. Takde control cntrol. Semua pakat sebat je as long as dia selesa dan masih lagi menjaga adab-adab ketimuran. Kalau dia memang jenis gelak kuat takyah guna speaker, dia masih akan lakukan macam tu bila dengan kau. Cumanya dia akan cepat-cepat tekup mulut dia dengan tangan sebab malu. Orang pandang. Tapi still lagi gelak disebalik tangan yang menekup mulut tadi. Tu yang orang panggil gelak sopan. Ngerti ?

2. Terima kita seadanya

Walaupun kau jenis perempuan yang kalau makan mesti nak kena bertambah 2 3 pinggan, dia relax je tak kata apa. Paling-paling pun dia cuma geleng kepala sambil senyum sebab tak sangka. Mana ada pompuan yang sanggup nak rosakkan bentuk badan sendiri dengan makan berpinggan-pingan weh~ ! Kau je yang sanggup. So dia terima kau seadanya.


3. Sentiasa jujur

Walau ada perkara paling teruk berlaku kat dia pada masa tu, probability untuk dia menipu kau adalah rendah. Mungkin serendah 0.10 peratus. Yang penting dia jujur la. Tu je aku nak highlight. Kan kalau orang kona sana kona sini kan kita boleh detect. Relax a. Sebuah penipuan mudah je nak terbongkar sebab ALLAH tak redha.

4. Percaya-mempercayai

Dia takda hal nak berkongsi rahsia terbesar dalam hidup dia dengan kau. Sebab dia percaya kau. Dia selesa nak sharing story dengan kau. Dari situ kau pun terasa diri dihargai. Sebab bukan mudah ye kawan-kawan untuk seseorang tu share secret of life dia dengan sesiapa pun. Paling kuat pun mesti derang share dalam diari ( pompuan a selalunya ) pastu kunci. Dah kunci, masukkan dalam bilik kebal siap ada password. Penyudahnya password bilik kebal terlupa. Terpaksa beli diari baru ahahahahh. Tu imaginasi hiperbola aku je huhu.

5. Senang bekerjasama

Kita akan senang bekerjasama dengan dia. Dalam apa-apa hal pun. Masing-masing sentiasa ada solusi untuk masalah satu sama lain dikala salah seorang tengah kusut lagi berkerut nak pikir jalan keluar.

6. Memahami diri kita

Dia paham diri kita. Ok dah. Tu je huraiannya.

7. Tampilkan kelemahan

Dia tak segan silu tunjuk kelemahan diri dia. Dia sedar mana ada manusia perfect. Sebab tu antara jari dia ada ruang untuk selit jari orang lain. Eh ! Ada kaitan ?

8. Kata hati

Instinct. Nama lain untuk kata hati. Instinct jarang menipu. Sebab hati kita milik ALLAH. Bila ada instinct tu maknanya ALLAH yang gerakkan. Tapi kadang-kadang setan pun suka buat main hati ni. Bila ada terlintas perkara yang bukan-bukan cepat-cepat istighfar. Tau.

9. Istikharah dan Tawakkal

Akhir sekali, mintak la petunjuk kat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Kan kat atas tadi awal-awal lagi dah cakap yang jodoh tu rahsia ALLAH. Nak ALLAH cerita rahsia Dia, pergi la tanya Dia sendiri. Tanya orang lain, mana la orang lain tahu.

Sekian, wassalam =)





8 comments:

  1. good sharing

    selamat hri raya..:)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya :)
    jum blogwalking blog aliah
    www.sheiskrung.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya krung :)

      Will bw at ur page soon.

      Delete
  3. SAmbil baca, sambil teringatkan seseorang..

    adakah seseorang itu seperti yang digambarkan...

    ReplyDelete