888 Review

Home Sweet Home !

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 7:40 AM Comments : 0 Labels :

Lagi 3 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita.Syawal pula menjelma kemudiannya. Persoalannya ? Mungkinkah kita akan bertemu Ramadhan semula ?

Image result for ramadhan

Ya ... mudah-mudahan kita dipanjangkan umur 100 tahun ( walaupun masa tu harus mati ) lagi untuk bertemu Ramadhan lagi dan lagi.

Image result for ramadhan

Well ... 3 hari lagi in sya allah kita bakal meraikan kejayaan kita, so semua dah beli tiket bas ke ? Ke ... semua balik kampung berkereta ? Soalnya, semalam aku teman member beli tiket pulang ke kampung tapi ... tiket banyak lagi.  Setiap masa ada bas. Macam kalau dia beli hari ni pun tetap jugak akan ada tiket. Tapi. Bila pikir-pikir semula, mungkin jugak sebab dia beli tiket ke Key Ell. Tiket ke KB beberapa minggu yang lalu lagi dah habis. Hmmm.

Image result for aidilfitri

By the way saya dah sampai rumah. Dah lepas rindu kat katil. Dah peluk cium ketat-ketat semua orang. Alhamdulillah lega gila. Gila pun tak selega aku. I had been at Melaka almost 2 months without return home. Lama kan ? Selalu mesti seminggu atau 2 minggu sekali akan balik rumah. Takpe lah, ni la namanya pengorbanan. As long as sedar lagi asal tu dari mana ... tahu lagi bumi di pijak tu kat mana ... It's more than enough =) Because tak lupa diri. Kekal sebagai anak diredhai.

Ok guys, selamat pulang ke kampung. Pandu cermat jiwa selamat. Baca doa perjalanan banyak-banyak. Tawakal kat ALLAH lebih-lebih ye. Semoga Aidilfitri bakal menjelma ni dirai dengan air mata kegembiraan bukan air mata kesedihan atau air mata yang penuh kekesalan.

Image result for home sweet home

Love ya.
XoX0 * kenyit mata *

No comments:

Post a Comment