888 Review

Pasal Takaful !

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 8:54 PM Comments : 0 Labels :

Beberapa hari lepas, saya terbaca blog Buasir Otak.
Pasal sisi gelap perniagaan insurans/takaful. Katanya.
Dalam entry tu, owner blog mengetengahkan pendapat Puan R ( bukan nama sebenar ).
Dalam entry pada masa itu ...
saya dapat simpulkan yang Puan R ( bukan nama sebenar ) sangat kecewa dengan perkhidmatan insurans yang dikhidmatkan.
Puan R ( bukan nama sebenar ), saya bersimpati. 

Tapi puan, yang puan kata SEKARANG. Trend jual insurans/takaful, pada pendapat saya puan silap.
Dari dulu lagi kan ada institusi ni.
Dari dulu lagi 'trend' ni dah ada. Puan bukan baya-baya saya kan ?
Paling-paling pun baya-baya mak abah saya.
Cuma dulu tak nampak sangat sebab orang tak tahu.
Mungkin sebab tak nak ambik tahu. Macam sekarang.
Lebih selesa dengar cakap-cakap orang dari experience sendiri.

Sebelum kita teruskan dengan lebih lanjut, saya nak kata yang saya tak suka dengan panggilan agen.
Bunyi macam ulat. Macam murah. Macam sangat perhambaan.
Saya lebih sukakan istilah consultant.
Lebih profesional dan kedengaran terpelajar.
Perlu tahu ye, yang ada dalam bisnes insurans/takaful bukan orang yang sengkek pendidikannya.

Berbalik kepada cerita kita tadi.
Dari ayat Puan R, saya nampak nada kurang senang bila dia kata agen ni hidup mewah.
Boleh pergi overseas siap payung sanak sedara.
Tapi tak salahkan Puan R pun kalau di tak tahu yang bukan semua agen berpeluang ke luar negara.
Dan bukan salah dia lagi kalau salah satu cara company untuk naikkan semangat agen untuk keep momentum bekerja tu dengan bagi reward ke overseas.
Tu pun bukan semua agen nak grab opportunity.
Kebanyakan masa, mereka hanya memandang sepi dan melihat semua tu sebagai sesuatu yang hambar. Takda nafsu. Nafsu mati.
Padahal, offer ke overseas yang paling merepek pun ke Sabah. 
Tak pun Langkawi.
Kira okey la jugak. Merentas laut. Over the sea.

Selepas bekerja keras, salah ke nak reward diri sendiri Puan R ?
Bukan senang ye nak convince orang.
Tambah-tambah pulak dengan pengalaman buruk yang pernah dialami dengan agen tak jujur.
Lebih memburukkan keadaan dengan kehadiran sumber-sumber yang sangat diskriminasi.
Hanya ambik pandangan client.
Taknak langsung ambik pandangan consultant tu sendiri.
Ni lah yang kita panggil berat sebelah.
Tak keterlaluan jugak kalau kata pilih kasih. Betul ?

Puan R ( bukan nama sebenar ),
saya dulu pun, masa kecik-kecik dulu ...
saya pun rasa bidang insurans ni sangat jahat. Kejam. Zalim. Semua ada.
Mana taknya, asek dengar orang marah-marah. Merungut tak berenti kat agen masing-masing.
Abah saya sendiri pun mengeluh.
Pakcik saya sendiri pun tak puas hati.
Makan duit orang katanya.
Memang betul pun. Dulu.

Sebab dulu agen tu sendiri akan collect duit dari client dia.
Kiranya dulu mereka bersandarkan kepada konsep percaya-mempercayai.
Kalau kena dengan agen bertanduk.
Memang sodakollahhulazim je la duit tu.
Boleh say babai tanpa rela. Kat duit tu.
Yela ...
bayangkan la sekali collect dapat sampai ratus-ratus.
Mungkin juga ribu-ribu.
Tak berpinar bijik mata ?

Tok imam pun boleh kalah bila main dengan duit.
Tu pun kalau Imam tanpa Iman la.
Tambah pulak dulu company insurans yang ada, prudential, zurich etc etc.
Mana la ada Takaful Ikhlas. 
Image result for takaful ikhlas
Ada Takaful Malaysia pun, agen tak seramai prudential yang ghairah cari client baru.
Prudential tu ...
Zurich tu ...
kepala dia bukan bumiputra. Bukan Islam.
So setakat menipu sikit-sikit ni bukan masalah.
Tengok la siapa yang handle. Selak balik.
Dulu la. Dulu.

Puan R ( bukan nama sebenar ),
pasal jual produk guna hadis tu ...
kami ni bukan lah apa yang orang kata berselindung di balik Kaabah,
atau pun berselindung disebalik agama semata nak menipu orang. Katanya.
Tapi dah kami jumpa dengan orang Islam, sama agama dengan kami macam Puan R (bukan nama sebenar ), murni kan kalau saling ingat mengingatkan pasal al-quran dan hadis ?
Kadang-kadang kita ni Islam pada nama je.
Tidak pada pelaksanaan sehari-harian.
Tu yang sampai ostad ostajah terbabas ke insurans tu.
Dah tu, dah bagi penerangan pasal takaful pun buat beku je.
Dah draw perbezaan takaful dengan insurans pun buat keras je.
Sayang sangat kat syarikat konvensional dia tu.
Ngotot! 

Ok done pasal jual produk.
Sekarang kita gerak ke savings and medical card.
Untuk pengetahuan, zaman dulu...
Dulu dulu lebih kurang 20 30 tahun dulu, saya pun belum lahir lagi masa tu ...
menurut super duper senior consultant, memang savings client-client insurans ni sikit dulu.
Sebabnya komisen agen dulu dekat 50 percent.
So after 4 5 tahun baru lah client ada saving. Tu pun ciput dalam 100 macam tu.
Sekarang ni ... komisen agen separuh dari dulu.
Akan datang akan jadi separuh dari sekarang.
Tapi sekarang ni pun, selepas tahun ke-2, komisen dah jadi separuh.
So takyah la risau pasal savings sekarang ni.
Tahun pertama dah start ada savings dah.
Cuma jangan harap savings yang banyak macam kat bank sebab insurans/takaful more to perlindungan.
Yang lebih kepada simpanan adalah bank.

Ha! pasal medical card.
Yang gatal mulut buat suggestion wujudkan medical card tu bukan orang lain.
Client juga.
" Kan bagus kalau insurans/takaful ada sediakan medical card "
Lepas medical card dah launch. Lain pulak permintaannya.
" Tak ada ke medical card yang penggunaannya unlimited ? "
Hei ... pulak.
Lepas tu nak buat ayat macam agen ni terhegeh-hegeh sangat nak offer medical card.
Padahal korang-korang yang perlukan sangat. Yang nak sangat.
Nak bilik mahal lah. Nak servis tiptop lah. Nak doktor pakar lah. Request macam-macam.
Tahu tak? Orang yang banyak duit tu la yang paling kedekut keluarkan duit untuk perubatan dan perawatan.
Mereka ni la yang banyak request medical card.
Sebab kos rawatan syarikat insurans/takaful yang tanggung.

Tapi ...
sampai part nak claim, taknak bagi kerjasama dengan agen masing-masing.
Bila claim lambat, nak bising.
Bila dokumen tak lengkap, salahkan kita claim payah.
Padahal salah siapa sebenarnya ?
Bidang ni perlukan komunikasi 2 hala tau.
Jangan nak salahkan agen je tiap kali kalau diri sendiri pun tak bagi komitmen.

Puan R ...
Saya nampak yang agen puan tak bagi penerang betul kat puan.
Ke puan yang tunjuk serba tahu kat agen puan hingga dia tak perlu jelaskan lanjut ?
Sebenarnya puan,
Insurans/takaful bukan perniagaan yang kaut keuntangan dari kematian orang, paling teruk dari kematian darah daging sendiri ( memetik kata-kata Puan R ).
Kita cuma nak ringankan beban waris si mati.
At least bila si mati, mati ...
takde la dia tinggalkan hutang.



Sekalipun ada hutang, duit pampasan insurans/takaful boleh melunaskan hutang.
Tak perlu nak harapkan duit isteri yang tak bekerja mahupun duit saudara mara yang ada komitmen masing-masing untuk bayar hutang tertunggak.
Kita ni puan ...
dah penat penat bekerja, kena lindung aset kita.



Bukan ghairah melabur tanpa ada ikhtiar nak melindungi.
Melabur bukan melindungi aset ye.
Sebaliknya mempertaruhkan aset.
Pelaburankan bergantung kepada ekonomi negara.
Ekonomi cantik,
Pulangannya memang terbaik.
Kalau ekonomi semput macam sekarang ?
Kena pergi klinik sedut gas la jawabnya.


*mungkin akan ada entry susulan pasal ni.


No comments:

Post a Comment