888 Review

Identiti

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 10:35 AM Comments : 4 Labels :

Identiti melambangkan siapa diri kita. Sebab tu kita kena ada identity card. Id card kompem kompem menjurus kepada kita tanpa terpesong ke arah orang lain. Melainkan ianya hilang atau dicuri dan orang lain menggunaknnya sebagai lambang identiti mereka pula.

Heavy sangat ke gaya penulisan aku pada entry ni ?

Ok ! Kita cuba jadikan seringan mungkin gaya bahasanya. Moga mudah dihadam.

Baik, aku selalu kena marah pasal isu identiti ni. Aku kerap dikritik mengenai isu identiti juga. Untuk makluman, aku ada pengkritik setia. Family aku la. Opkos.

Menurut mereka, aku ada masalah dalam menentukan jenama diri. Aku mudah terikut-ikut. Nampak lawa kat orang, aku pun nak. Nampak best cara penulisan seseorang tu, aku pun tiru. Tanpa mengkaji, sesuai ke untuk aku ? Tanpa ambil kira, itukah aku ? Tak. Semua aku tak pedulik. Persaitonkan semua benda. Aku. Just. Nak. Tiru. That's it !

Korang kenal Fatin Liyana ? Mesti kenal. Harus la kenal, kan. Ok, dulu aku suka stalk blog dia. Sekarang pun sama. Bhahahaha. Sebabnya aku suka gaya penulisannya. Semua pun suka kan ? Santai. Kelakar. Berinfomatif. So aku decide nak tiru dia ! 


Tapi uolls ... buat sesuatu yang bukan diri kita ... hipokrik namanya. Sincerely, aku rasa aku tak enjoy menulis. Sikit-sikit kena rujuk kakak Fatin. Asek-asek kena taip honeykoyuki. Nak tengok ayat-ayat dia an. Lepas tu rasa kepala panas. Cuma tak nampak asap je. Mana taknya, otak gigih mencerna ayat demi ayat supaya sama level dengan kakak kat atas tu. Nangis. Then aku give up. Stop jap menulis. Idea nak menulis banyak. Susunan ayat tu, aku ciplak. Dimana letaknya origanality Nurinafarhana ? Tak ada ! Langsung takde.

Sebelum adore dengan penulisan Fatin Liyana, aku terlebih dulu cemburu dengan penulisan Irine Nadia. Selain tu aku jeles dengan kejayaan dia. Follower bukan main puluh ribu. Padahal. Umur baya aku je ! Aish ! Tak boleh jadi ! Aku pun stalk dia.


Sekali lagi aku buat keputusan yang salah. Cuba mewujudkan klon Irine Nadia. Ingat dapat ? Takde mananya lah. Unsuccesful ! Feel like a fool je tiru tiru orang nih. Hak cipta terpelihara tu tak dop. Frust again ! Sebab kepala asek berasap again coz again and again and again cuba jadi orang lain. Mengeluh kecewa dengan diri sendiri. Sekali lagi aku diam. Menyepi. Muhasabah diri sambil-sambil mengkaji, aku ni ... sebenarnya gaya penyampaian aku macam mana ek ?

Sampai la satu hari tu aku follow Ig Syafie Naswip. Ala ... Si Wadi yang sangat kasihan tu. Aku follow dia. Sebelum aku follow, aku stalk pichasnya. Aku baca caption every picha. Puitis. Simple. Tapi penuh makna. I bet dia budak sastera dulu masa zaman STPM.

Tak caya caption dia macam tu ? Follow la. Baru tahu.

After that, then I just realize yang cara penulisan aku, jiwa aku adalah sesuatu yang simple. Tak terlalu puitis serta mudah dihadam tanpa kona kona dan belok belok terlampau obvious. Sesuatu yang aku suka cakap hari-hari. Sesuatu yang takkan buat dahi aku berkerut dan takkan membuatkan stonehead aku ni panas berasap every time nak create new entry. Enjoy weh. Sangat enjoy bila kita tahu apa yang kita nak. Bila kita dah sedar apa identiti kita sebenarnya. Dan bila kita tahu orang boleh terima cara kita tanpa rasa janggal sampai tak menampakkan cara kita dangkal.

Thanks Syafie Naswip =)



4 comments:

  1. hurm setuju juga.sy sndri pun kkadnag bertukar cara penulisan.dulu2 mmg mcm hampeh.skrg pun nmpak hampeh juga tp kurang lah sikit hehehe.anyway mmg sedang cuba juga ubah2 cara penulisan tu.biar nmpk diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep it up k harith :) Selamat hari raya :D

      Delete
  2. Memang menulis kene dari diri sendiri..kalau tak rasa tak enjoy

    ReplyDelete