888 Review

Kain Batik !

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:14 PM Comments : 2 Labels :

Image result for kain batik

Kain sarong. Aku selalu panggil benda alah kat atas tu kain sarong walaupon hakikatnya nama dia ialah kain batik. Pasal apa ? Pasal pakai dia just sarung dan ikat. Jangan sampai terlucut. Unless ... ko berniat nak buat free show. Hehe.

Bila aku menengokkan benda ni ... aku rasa nak gelak. Pasal apa ? Sebelum nak pecah rahsia aku nak tanya, siapa yang paling tak suka pakai kain batik kat sini ? Pasal aku ada kisah pasal ni.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/

Kisahnya dulu, aku paling tak suka kain batik. Bukan kain batik je aku tak suka, segala jenis pakaian yang berbentuk kain atau ada kain aku tak suka. Makanya dulu sangat sukar untuk aku bertahan lama dengan skirt dan baju kurung. Kegemaran aku adalah seluar. Seluar dan selamanya seluar.

Pada suatu hari lebih kurang 9 tahun yang lalu, aku telah disuruh pakai kain batik. Dia macam satu pembelajaran untuk aku la. Sampai bila asek nak berseluar je. Karang nak deliver baby kena pakai kain jugak. Aku pakai seluar karang tersepit baby aku. So kena belajar la. Tapi aku tak sangka yang aku akan nangis teresak-esak macam kena pukul sebab kena suruh pakai kain batik je.


Hmmm kenapa la aku boyish sangat ? Sian bakal suami aku.

2 comments: