888 Review

Jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 2:06 PM Comments : 3 Labels :

Dah cuti-cuti ni, member-member pun start la menggila kat wasap grup. Adaaaaa je benda nak buat bahan gelak, nak buat modal berborak. Kalau tak ... hmmm ' kawan-kawan ... kenapa krikkrik kawan-kawan ?' Haaa sampai macam tu sekali tau. Punya la sunyi grup.

Ni, pagi tadi, tetiba member aku wasap " Kalau raya nanti orang tanya soalan bila nak kawen nak jawab apa ?" beserta smiley gelak sampai keluar air mata. Aku pun gelak sama masa baca soalan dia tu. Tapi sekejap je. Tak sempat keluar air mata sebab otak aku tetiba macam ' aah ek, nak jawab apa ?' Dah raya raya ni ramai jumpa golongan mak-mak yang mak joyah. Korek rahsia je kerja. Spoil mood raya orang je tahu. Hilang mood nak beramah mesra.

So ... ikuti lah suggestion jawapan dari member-member yang sudi memerah otak. Sambil-sambil kaut jawapan untuk 'selamat' kan diri sendiri in case di tanya.

  1. Kerja dulu, baru kawin.
  2. Saya kawen kalau makcik sponser saya.
  3. Kalau makcik cerai dengan suami, saya boleh la kawen (haha)
  4. Bila anak makcik putus dengan bf dia boleh la ktorang tetapkan tarikh.
Mengarut ngarut je jawapan dari member pun ! Tapi mana yang rasa releven tu hembus jela. Selain jawapan nombor 3. Melainkan ko betul-betul sanggup, why not ? Kan. (Gila !)


3 comments:

  1. Hahaha Nangis laa mak cik joyah dengar jawapan macam nie. XD

    ReplyDelete
  2. Jika ade jodoh yang I cinta, mestilah kahwin ngan nya segera, Hahaha...
    Cend Kahwin

    ReplyDelete