888 Review

Biodata Pelakon Fizo Omar dan gambar pertunangan beliau (3 gambar)

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:57 AM Comments : 2 Labels :





Tahniah... Tahniah... Tahniah.... kepada abang handsome semalaya, Fizo Omar di atas pertunangannya semalam dan pernikahannya hari ini. Diorang tu memang sepadan kan? Macam pinang dibelah dua :) Congratulation.

Nak kenal tak dengan Fizo Omar? Meh :)



Nama penuh dia Wan Hafizol bin Wan Omar. Asal klate *ehem kita sama* Hahaha. Lahir pada 19 Julai 1985. (Eh, saya lahir pada 22 Julai. Tak jauh birthday kita. Tahun je jauh). Merupakan anak kedua daripada 4 beradik. Bekas graduan Kejuruteraan Awam di UiTM Arau Pegheless. Berketinggian 179cm dengan berat 74kg  melayakkan dia berkecimpung dalam dunia modeling. Haaa tahukan yang dia ni bekas Hero Remaja? Sezaman dengan Kamal Adly. Hero Remaja tahun 2007. Dia di tempat ke-2. Kamal Adly, first. Jangan tak tahu yang Fizo ni selain ada bakat berlakon, berniaga dan sebagai-bagainya tu ... dia juga ada bakat menulis buku. So, dia ni penulis juga la. Buku apa yang dia pernah tulis tu ... tak tahu pula saya :p

Nak tahu tak? Masa zaman dia ni bertanding dalam hero remaja, bukan main lagi aku dengan sepupu aku mempertahankan kekacakan hero remaja masing-masing. Sepupu aku kata Fizo yang handsome. Aku pula kata " Tak.... Kamal Adli yang lagi handsome..." Hahaha. Kanak-kanak sangat walaupon umur masa tu dah 15 tahun. Tengah dalam arena PMR pun boleh duk sibuk menelaah pasal hero remaja pada ketika itu. Tapi dalam duk Fizo Handsome lah, Kamal Adli lagi handsome lah, Ktorang tak pernah menyumbangkan satu undi pon dekat hero-hero tu semua. Harammm takdok. Sekadar jadi penyokong di balik tabir je. Gitu kau. Bhaahaa. Bila dah lama-lama, aku rasa Fizo ni agak kacak juga ye. Hehe.

Selamat bertunang dan berkahwin Fizo Omar dan Mawar. Semoga kekal sampai syurga. Amin :)

2 comments: