888 Review

Hati-hati dengan Jolly Shandy

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 4:00 PM Comments : 4 Labels :
JOLLY SHANDY! Hati-hati dengan dia. Hati-hati okeyh! Tolong berhati-hati.

Haaa mesti ramai yang tertanya-tanya apa benda la Jolly Shandy tu. Nama pelakon baru Hollywood kah? Nama binatang yang baru di temui kah? Apa bendanya sampai dak Patin ni duk suruh berhati-hati sangat ni dengan yang namanya Jolly Shandy.

Macam ni ceritanya .....


Jangan terpedaya! Arak alaf baru
Haaa si Jolly Shandy ni adalah cucu-cicit-piut-miut si Carlsberg. Minuman haram ni dikeluarkan dalam 2 perisa. Perisa oren 1. Lemon 1. Yang tak boleh blah sebab corak dan warna tin tak jauh beza pun dengan tin-tin air minuman yang biasa di jumpai dan di beli macam F&N, PEPSI dan sebagainya lah. Tapi yang super duper tak boleh blahnya bila perkataan "contains alcohol" dia cetak kecik macam semut je dekat belakang tin. Jadi tolong la alert. Kalau nak beli air tin tu, tolong tolong tolong la belek-belek sikit. Jangan main ambik je tanpa mengira halal haram. Tahu haus tapi tolong la jangan diikutkan nafsu tu sangat. Kalau boleh beli je air mineral. Tak pun bawa bekal air dari rumah. Save bajet sikit. Tak gitu? Benda ni akan jadi darah daging kot. Lagi pun arak diharamkan ey dalam islam. Ingat tu! Jangan nak memandai buat fatwa sendiri.


Dan dan dan .... air ni dah pun ada dalam pasaran kita. Gambar dekat atas tu tunjuk yang air tu di dapati di 7-Eleven. Alert please! Jadi lebih alert boleh kan?! Tolong ingatkan dan sebarkan dan bagitahu dekat semua pasal kewujudan air ni. Sekian terima kasih.

Bersamalah kita membanteras jenayah!

4 comments: