#1 Mr Perfection
Mr Perfection is really perfect. Dia ni jenis yang serba serbi tahu. Ok fine. Aku tak kesah pasal tu. Tapi bila dia dah rasa dia tahu banyak perkara, lecturer pun asyik bagi perhatian dekat dia, sayang dia lebih, mula la nak angkuh. Tunjuk bagus. Tunjuk sempurna. Show off tak kena tempat dan masa. Eh, annoying la! Berbulu mata aku tengok.
#2 Gossip Girls
Drama bersiri Gossip Girls memang menunjukkan real life gadis-gadis yang suka sangat bergosip dan bergosip ni takkan menjadi kalau cuma ada sorang je. Harus lah berjemaah,kan. Selalunya jenis-jenis macam ni memang akan ambik tahu pasal semua orang dan semua benda di sekeliling dia. Diorang akan update sentiasa. Baru best nak buat cerita. Sebijik Mami Jarum. Ergh! Annoying.
#3 Mr Macho Man
Mr Macho Man. Tersangatlah maskulin penampilannya. Body sadur. Tough tak ingat. Selalu pergi gim kan. Bina badan. Takpe la tu. Hak dia. Tapi bukan hak dia ey untuk tunjuk muscles dia tu tak tentu hala. Kau dah kenapa nak buat presentation dekat depan nampak macam gaya orang tengah masuk pertandingan bina badan? Tayang-tayang benda alah ketak-ketak kau tu! Takyah annoying sangat boleh kan?
#4 Ms Clumsy
Ms Clumsy ni memang sentiasa berjaya je buat darah aku mendidih. Annoying sangat jenis nih. Kau bayangkan lah, meja study yang besar tu pun dia boleh langgar. Habis comot kertas. Mata letak dekat mana entah. Pastu, bila kena provoke sikit dia punya gelabah over sangat! Sampai main rampas-rampas je barang orang asalkan dia terselamat. Bagi penampar sedas baru tahu. Aish!
#5 The Geek
Tak pernah bosan dengan segala tugasan and bagi fully komitmen tapi tak tahu la ek kenapa mesti nak rasa annoying dekat The Geek ni? Sebab dia terlalu berusaha sampai orang nampak macam dia tunjuk bagus ke apa?
#6 Ms Observer
Ms Observer ni dah nak lebih kurang dengan Geng Gossip Girl tu. Cuma Ms Observer ni bergerak secara solo. Gossip Girl pula bergerak dalam kumpulan. Biasanya Ms Observer ni dalam bahasa melayu yang lebih mudah untuk difahami ialah kaki penyebok, kaki menyampok. Haaa kalau tengah korang borak-borak dengan member tetiba ada manusia yang tak diundang mencelah, tu la dia Ms Observer nak habak hang. Annoying kan dia ni? Rasa tak jemu-jemu nak hadiahkan jelingan paling tajam dekat spesis ni.
#7 The Devils
90% perkara yang jenis ni fikir berkisarkan perkara negatif. Siap ada partner lagi. Senang la nanti. Kalau kena sembur, ada yang akan back up kononnya. Yang back up dia tu mesti la The Devil juga. Memang takkan mungkin The Angels nak defend setan.
#8 Sleeping Beauty
Kalau dah nama pun sleeping beauty, kerjanya asyik tido jela. Bukan kesah apa pun. Asalkan boleh tido dan dapat tido, benda lain sila ke tepi. Jangan mengganggu. Tak pernah rasa bosan. Lepas tu, mula la gelabah tak faham apa lecturer ajar lah. Nak pinjam nota lah. Nak pinjam homework lah itu lah ini lah. Haaa besarkan tido lagi. 24/7 tido je kerja kau kan. Heiiii... ringan je tangan ni nak mengetuk kepala orang!
#9 The Angels
Suppose takde orang yang patut annoyed dengan group nih. Angels kan .... haruslah baik. Tapi kalau dah baik gaya manusia tu ... mesti la akan terselit sifat syaiton sikit. I mean sifat negatif. Manusiakan tak sempurna. Cuma diorang ni bagus sikit la dari The Devils. Tapi hati-hati ye dengan yang baik ni. Kadang-kadang yang nampak baik ni la yang paling suka buat orang rasa annoying. Sungguh.
#10 Mr Happy Go Lucky
Yang jenis peramah sangat pun annoyed juga kadang-kadang. Sikit-sikit senyum. Sikit-sikit senyum. Kena marah pun senyum. Kena maki depan muka pun boleh senyum lagi. Asyik senyum aje. Tak pernah rasa bosan ke? Otot pipi tak kejang? Positif sangat. Geram aku.
#11 Childishly
Memang sakit hati dengan orang keanak-anakan sangat nih. Tak matang langsung. Gaya bercakap. Cara buat kerja. Cara berfikir. Semua macam budak-budak. Nak manja-manja dengan member pun agak-agak la juga. Kalau dah semua benda tak boleh nak decide sendiri, cuma pandai merungut je, lama-lama geram juga.
#12 Ms Loudspeaker
Jenis attention seeker ni memang ramai yang meluat. Bercakap tak reti slow. Padahal orang yang bercakap dengan dia tu bukan jauh sebatu pun. Ton suara tu asyik nak tinggi je bila bercakap. Mana taknya, nak orang tahu apa yang jadi dekat dia. . Motif betul nak bercakap macam tengah menjerit. Sumbat stokin dalam mulut baru padan muka dia!
Korang selalu terjebak dengan jenis-jenis ni? Ke korang sendiri tergolong dalam golongan ni?
Banyak sungguh jenis manusia dalam kelas dye hehe :p
ReplyDeleteKan.. Haha. Cerita sebenarnya tak seramai tu tapi ada la sikit. Seketul dua.
Deletebnyak ja dlm kelas mcm ni. huhu
ReplyDeleteBetul tu Busyra.
DeleteHahhaha. Betul tu :D Akak jenis yg mana >_< Lol :DD
ReplyDeleteJemput lah join :D
http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/11/end-year-giveaway-by-sabrina-sa-nur.html
Susah nak kata. Haha
Deletemanusia memang pelbagai ragam dan kita takkan dapat elak dari manusia2 macam ni. cumanya kita perlu jadi seorang yang flexible dan jadi diri sendiri. :)
ReplyDeleteYe, betul3. Hihihi
Deletedalam setandan pisang ada macam2 jenis pisang...dan dalam satu kelas ada macam2 jenis perangai... *_^
ReplyDeleteTrue true.
Deletebiasalah tu..ragam manusia :)
ReplyDeletekita x boleh nak ubah org, biarkan saje. as long as dia x ganggu kita
chill :)
Kadang-kadang ganggu juga la. Haha. Dan sebenarnya sikap tu boleh di ubah. Bukan permenant pun kan?
Deletehaha,, biasalah tu.. fitrah manusia memang mcm nie :)
ReplyDeleteSemua di atas ni ada dalam situasi saya juga. Jumpa macam2 orang kat univ ni. And classmate saya pun ada semua sifat nie. Kadang2 kelakar pun ada tengok gelagat masing2.
ReplyDeleteKadang-kadang macam annoying.
Delete