888 Review

Biodata Pelakon Azlee Khairi ; Love You Mr Arrogant

Penulis : nurinafarhana Masa : 1:06 AM Comments : 0 Labels :
Aku tak tahu kenapa aku jadi berminat nak tahu pasal dia ni. Padahal dah lama je dia jadi pelakon tapi entah kenapa la baru-baru ni je jari aku ni ligat je cari tahu pasal dia. Penangan Love You Mr Arrogant agaknya. Walaupon cuma tengok cerita tu dekat tonton.com.my, cerita tu... macam dadahhh je. Macam dadahhh je. Macam addicteddd je. Macam addicteddd je. Kahkahkah. Motip sungguh nak taip banyak-banyak kali. Salah awek legoland la nih! Eh!

Ok... Azlee Khairi.


Nama penuh dia Azlee Khairi Zulah Hainee, berasal dari Kuala Kangsar Negeri Perak... Bekas Graduan UiTM dalam jurusan perfileman. Dilahirkan pada 19 Januari 1989. Merupakan anak kedua dari enam orang adik-beradik. Erm jangan tak tahu yang dia ni pernah jadi pemain bola sepak pasukan negeri Perak FA tau. Tahun bila tak pasti pula saya. Nanti saya buat pencarian yang lebih mendalam ye :)

Tu lah serba sedikit mengenai Azlee Khairi tapi kan, tapi kan.... aku tak puas hati betul bila kira-kira balik umur dia. Tak cukup dengan congak, aku bilang dengan jari. Tak cukup dengan jari, aku kira lagi guna kalkulator. Haa dah kenapa kau, kan? kekdahnya aku mengharapkan yang 24 tu bukan umur dia. Apa punya jahat la aku ni kan nak menuakan orang sebelum usia. Tapi siyes wehhhh... siyes aku ingat umur dia dalam lingkungan 26 ke 28. Paling muda pun aku agak dalam 26 tahun. Paling tua pun aku expect dalam 28 tahun. Kiranya baya-baya pelakon Zara Zya, si heroin dia tu la kan. Nampak tak yang aku tak rate langsung umur dia bawah 26? Nampak tak? Tapi rupa-rupanya baru 24 tahun! BARU 24 TAHUN OKEYH! Sama baya dengan sepupu aku yang aku selalu panggil abang tu. Terkejut aku. Dah la muka dia tak menampakan muka 24 tahun pun. Boleh tak nak kata macam tu? Ke muka sepupu aku tu yang baby face tak ingat seperti tidak dimamah usia?

Sampai sekarang aku macam tak boleh terima yang beza umur ktorang cuma 3 tahun je. Aku dah set dalam kepala hotak aku ni kot yang umur dia 28 tahun and probably beza umur ktorang 7 tahun la kan tapi beza cuma 3 tahun je rupanya. Aku juga tak faham kenapa aku nak kena menampakkan yang aku sangat-sangat kecewa dalam entry ni hanya kerana umur si Azlee Khairi tu baru 24 tahun bukan 28 tahun dan hanya kerana beza umur ktorang cuma 3 tahun je bukan 7 tahun. Tak relevan langsung kekecewaan ini. Apa-apa pun aku akan cuba untuk menerima hakikat ni. Itu tekad aku yang masa tengah menaip entry ni masih dalam kondisi tak boleh terima hakikat.


No comments:

Post a Comment