888 Review

Drama tak ok tapi it's ok lagu dia best

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:34 PM Comments : 12 Labels :




Dah masuk minggu ke-2 rasanya drama Playboy Itu Suami Aku (PISA) ditayangkan tapi pada pemerhatian aku ... rata-ratanya bagi feedback yang tak memberangsangkan aku untuk tengok cerita tu. Member aku pun sampai boleh kata " Kau baca novel lagi best dari kau tengok cerita tu ". Aku pun macam " Erk! Sampai macam tu sekali? " then kawan aku cuma hadiahkan muka kecewa. Hmmm tak best lettew. Pastu lagi sorang member pulak bagi komen macam ni dekat citer tu " Tak best pun citer Playboy Suami Aku tu ( dah la tajuk citer dia sebut tonggang langgang. Haha ) Muka laki tu tak playboy langsung. Kalau Aeril Zafril tu nampak la jugak playboy. Apsal bukan dia yang pegang watak tu? " Wahhhh bukan main panjang berjela-jela dia punya komen. Gelak-gelak aku. Di tambah bila aku teringat tajuk citer yang tonggang terbalik di sebutnya tu. Kahkahkah.

Dekat twitter pun aku tengok bukan main merungut-rungut lagi kengkawan aku pasal cerita ni. "Tak tengok pun takpe lah, tak rugi ". " Pelakon tak best " Lah dan macam-macam lagi lah komen juri-juri awam kita tu. Tapi aku tahu, bukan mudah nak olah satu-satu drama tu jadi best, bom, meletup, kedebabooommm! seterusnya jadi fenomena macam Love You Mr Arrogant misalannya dan macam Setia Hujung Nyawa tu. Tambah-tambah lagi bila cerita tu adaptasi novel. Mesti akan kena compare punyalah. Tu yang member aku boleh kata macam tu dekat aku. Ni pun boleh jadi sebab-sebab producer stress. Saya ada tips handle stress, nak baca tak? Share-share. Hehe.

Tapi, tapi, tapiiii lagu-lagu dalam cerita ni kind of interesting la. Salah satunya yang aku selalu dengar masa nak layankan perasaan jiwang karat, lagu RINDUKANLAH by Encik Mimpi. It's ok kalau taknak layan cerita tu tapi jangan la pulaukan lagu dalam cerita tu jugak. Best kot. Cer dengar. Cer dengar.

12 comments: