888 Review

Pengalaman Pertama Masuk Rumah Hantu

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 8:59 PM Comments : 12 Labels :
Macam kesian je kan baca title entry aku kali ni. First time masuk rumah hantu? Biar benar? Biar betik? Biar jambu? Ok, stop! Stop! Stop! Baik aku stop sebelum segala jenis nama local fruit dengan nama fruit yang tak berapa nak local aku sebut. Enough! It's enough! 

The truth is ... bukan la first time sangat, ada la beberapa kali tapi aku tak tahu la kenapa umah hantu yang kali ni betul-betul berhantu. Eh, chop! tak boleh panggil rumah hantu juga sebab tempat yang dijadikan rumah hantu tu cuma sebesar kanopi orang buat kerja kawin je. Patut ke aku tukar tajuk entry jadi .... Ha! PENGALAMAN PERTAMA MASUK KANOPI HANTU. Should I, uolls? Tapi serius seram. I think this the horror one rumah hantu ever. Tak pernah-pernah aku masuk rumah hantu tutup mata pastu jerit-jerit kata "Taknak la" sekuat hati, at that time i did it. Dari mula masuk sampai la ke pintu keluar aku buat macam tu. So malu ok. Macam orang takde iman je. Padahal hantu ol-ol je pun lahai <<< gelakkan aku kuat-kuat.

Nak bagi korang lebih faham, biar aku cerita dengan panjang lebar tanpa ada rasa nak selitkan satu gambar pun dalam entry kali ni.

Actually rumah hantu ni one of the activity yang disediakan UiTM student itself sempena Karnival Usahawan Muda dekat Taman Rempah yang terkenal dengan River Cruise di Melaka. Atas dasar nak tolong kawan, sama-sama support perniagaan masing-masing kan ( Kelas aku jual benda alah makanan macam dadih, cendawan goreng and banyak la lagi kalau nak list kan dekat sini while kelas diorang pula buat rumah hantu ) aku pun masuk la. Dekat luar kanopi tak rasa takut pun. Berdebar pun tak. Cuak pun takde. Siap boleh gelak-gelak dengan riang gembiranya lagi pastu nganjing-nganjing orang. Jahatkan? Tak berkhemah sangat perangai aku. Eh! tak berhemah sangat perangai aku.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai dah ada berapa banyak tunggu daaa aku tunggu giliran nak masuk, finally sampai la juga ke turn aku and kawan aku. Masa tu, masing-masing kalut " Kau la depan " " Kau la! " " Kau la! " main tolak-tolak depan pintu masuk sampai member yang jaga depan pintu tu naik bosan and cakap " Tak takut la dekat dalam tu ". Akhirnya aku yang kena jalan depan. What the ... sangat la wehhhh! Kenapa mesti aku? Kenapa? Aku ni nampak je macam gagah perkasa sebab selalu ratah milo tapi sebenarnya agak rapuh di dalam juga macam errrr macam ... macam benda-benda yang rapuh-rapuh la. Susah juga rupanya nak cari contoh benda yang rapuh ni. 

Masuk-masuk je ada lembaga rambut panjang, pegang kepala iring perjalanan ktorang. Bodoh! Aku kata dalam hati. Mesti korang pelik kan, kata tutup mata tapi boleh pulak nampak lembaga tu. Remember, aku tak buta, of course aku nampak.(  Perghhh! Ayat dia ). Tak, tak, actually aku ada biarkan sikit jari-jemari aku ni renggang-renggang supaya bila berjalan dekat dalam tempat yang gelap di malam yang hening tu, aku tak terlanggar anasir-anasir jahat yang menunggu di situ. 

Aku pun berjalan, berjalan dan terus berjalan. Macam panjang je kan perjalanan dalam kanopi tu tapi serius panjang walaupun pada hakikatnya pendek dan tak berapa besar pun tempat tu. Kanopi kan. Main chop-chop tiang pun tak puas. Apa pun tak boleh. Tapi entah la kenapa la aku rasa lamaaaa sangat aku dengan member aku dekat dalam tu. Member aku apa dia buat? Menyorok belakang aku la, apa lagi. Stress aku. Aku pula kena jadi perisai dia. Dia sedap je dekat belakang tutup muka guna badan aku. Huh! 

Sepanjang perjalanan asyik kena kacau dengan hantu je. Pocong tepi jalan duduk loncat-loncat. Hantu bawah meja duk sedap tarik kaki. Payah aku nak jalan. Pastu si lembaga yang pegang kepala tu pula duk hukur-hulur kepala dia suh aku sambut. Memang tak boleh la aku nak sambut. Kan aku guna tangan aku buat tutup mata. Kahkahkah. Pastu, pastu, pastu ... dah aku taknak sambut kepala dia, eh boleh la pulak dia pergi pegang bahu aku macam taknak lepas. Bodoh punya hantu!!!! Bodoh! Bodoh! Bodoh! Masa tu la aku jerit " Tak nak La! " tu. Hehe.

Dah dapat lepas dari hantu tu, lalu pula depan kubur sorang makcik ni. Dengan muka dah rupa muka hantu. Berdarah-darah. Bernanah-nanah. Sopak. Buruk. ( I wonder siapa yang baik hati sangat sedekah make up dekat hantu-hantu tu ) dia merayu-rayu dengan nada hantu dia tu " Tolong makcik nak ... tolong makcik ". Dah la ngensot-ngensot macam suster ngensot. Kubur boleh pula kan nak gegar-gegar. Sakit hati aku. Tak, sebenarnya aku nak kata hampir luruh jantung aku. Nak lepasi hantu-hantu durjana tu ... Mak aihhhh! Cuma aku, kawan aku and orang yang dah tempuhi laluan berliku tu je yang tahu apa rasanya. Rasanya macam nak maki berbakul-bakul. Selamat je keluar aku jerit " BODOH! BODOH! BODOH! ". 'Cantikkan' bahasa aku? Maafla ... Semuanya adalah refleks.

Aku rasa hantu-hantu tu kenyang makan maki je. Semua yang keluar dari 'Villa Nabila' tu asyik je cakap BODOH! Termasuk la aku ( sori ). 

12 comments:

  1. baca pun dah meremangg. scaryyy hahhaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lalui sendiri lagi ummmpphh scary dia. Sungguh.

      Delete
  2. wahhh! Pernah try nak masuk, pastu tak jadik! haha ... >.<
    Last - last , naik yg mcm Roda tu , yg tinggi tu .. haha .. *lupa apa nama dia* =D

    ReplyDelete
  3. pernah masuk umah hantu banyak kali sbb orang ajak tp sumenya tutup mata dari awal masuk sampaila nak kuar, ngendeng kat member je kejenyer...hhaahah..takut gilerrrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kawan saya je akak ni. Belum apa2 ngendeng dekat orang dulu2 dah. Hahaha

      Delete
  4. Simple Mini Giveaway.....come and join...hehe

    lollista.blogspot.com/2013/11/mini-giveaway-kai-exo.html

    ReplyDelete
  5. Simple Mini Giveaway.....come and join...hehe

    lollista.blogspot.com/2013/11/mini-giveaway-kai-exo.html

    ReplyDelete
  6. uihh.. sat g terkejut jmpa antu tertendang si hntu bru padam muka..hehhe

    datang singgah dan follow #749

    ReplyDelete
  7. Biasa la tu maki hamun lps keluaq umah hantu haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa ey? Boleh tarik nafas lega la ni duk maki-maki orang hari tu. Hehe :P

      Delete