Cinta bukan sekadar di bibir sahaja, tapi mengotakan janji untuk mengharungi hidup berumahtangga bersama. |
Bukan sesuatu yang rare sebenarnya kalau nak mencari cinta. Cinta tu kan anugerah <<< Haaa kau, dah macam tajuk cerita pulak. Hehe. Dan sebenarnya, dunia tempat kita berpijak ni pun, dicipta dengan penuh rasa cinta sang pencipta kepada hambanya. Tahukan yang usia cinta tu lebih tua dari usia alam fana ni? Tapi kalau umur tu baru setahun jagung, berak cangkung, makan pun masih di tanggung, rasanya boleh la lupakan dulu pasal cerita rusuk kanan rusuk kiri tu. Fokus study dulu. Pesanan ikhlas dari kak Fatin kepada adik-adik akak yang baru nak up tu. Bukan apa ... kalau baru lepasan UPSR, baru habis jawab paper PMR dah meroyan dekat FB nak cari pemilik tulang rusuk yang kurang tu, apa fungsinya dik? waklek watcool sudah la. Dah umur besar-besar nanti. Dah lepas SPM, dah masuk U, kau nak cari, cari la. Gitu baru betul. Masa tu dah takde nak halang dah. Yang nak marah pun dah takde dah. Lagipun... dekat U lagi ramai yang handsome-handsome tau. Status masing-masing pulak bukan calang-calang. Yang anak kerabat ada. Yang anak Datuk ada. Yang anak orang ada-ada pun ada. Anak CEO syarikat pun ada juga. Yang pandai tahap setiap sem selalu 4 flat pun ramai. Banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih jadinya nanti. Sabar la sikit. Bukan nak mempengaruhi supaya kejar yang macam tu cuma bagi kata-kata semangat je. Rasa bersemangat tak? Hihihi.
Ok, berbalik kepada cerita jalan cinta sebenar. Hayati dialog ni ye :)
Awak : Maaf tumpang tanya, LORONG CINTA jalan SAYANG, kampung RINDU, daerah KASIH SAYANG, pekan HATI, bandar I MISS YOU dekat mana?
Saya : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI. Awak akan nampak simpang 3 masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH, sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar persiapan diri.
Haaaaaaa, tu tandanya awak berada di jalan yang betul, in syaa ALLAH. Semoga selamat sampai :D
Moral of the story, jalan cinta yang sebenar apabila kita ikut jalan yang telah ditetapkan oleh ILAHI dengan menikah contohnya bukan jalan yang di tunjuk oleh NAFSU seperti ber-couple contoh terbaik. Faham ke tak faham?
Bercinta selepas bernikah tu sangat manis dengar-dengarnya
No comments:
Post a Comment