Nak cari kawan niii nampak je macam mudah, hakikatnyaaaa cari jarum dalam timbunan baju lagi mudah. Ok, tu aku tipu. Tapi betul apa aku kata, nak cari kawan yang betul-betul kawan yang boleh bawa kita kearah kebaikan tu sangat payah. Stok-stok member macam ni macam barang-barang LIMITED EDITION bak ang. Tak banyak di keluarkan. So, hanya yang bertuah je la yang dapat. Yang tak berapa bertuah tuuuu please try later je la jawapannya ye.
Tahu takkk mak aku, makcik aku, jiran aku semua bukan main bersungguh-sungguh pesan dekat aku supaya cari kawan-kawan yang baik. Mereka kelihatannya sangat risau dan serius. Kenapa? Sebab siapa kawan kita melambangkan siapa kita. Kalau kita kawan dengan orang berakhlak, sejuk perut ibu mengandung. Kihkihkih. Ada kaitan tak antara 2 perkara tu? ( kawan dengan orang yang baik dgn sejuk perut ibu mengandung ). Takde nak kutuk-kutuk belakang punya. Takde drama melayu kisah persahabatan terhalang. Ibumu pun tersenyum gumbira. Oh, tidak dilupakan juga ayahmu. Ah! senang citer the whole family lah boleh tarik nafas lega sikit sebab tahu kawan-kawan anak dia jenis yang macam mana. Tak perlu risau lagiii.... Hehehe. Cuba pula kalau kau kawan dengan orang-orang yang perangai tak semenggah tu, bukan setakat orang kutuk-kutuk belakang. Silap-silap depan muka kau diorang hina kau, perli kau. Siap kaitkan dengan nama mak bapak lagi. Aish!!! typical malay. Tak ke berdesing telinga kau. Kalau aku .... berdesing weh ... berdesing. Sumpah! Ini boleh membawa kepada pergaduhan <<< Hahaha. Tak menyudah buat ayat gengster aku nih =='
Oleh itu, aku nak kongsikan dengan korang pesanan Imam al-Ghazali tentang kawan. Mudah-mudahan, kau dan aku sama-sama dapat jadikan ini sebagai panduan dalam mencari kawan dan mudah-mudahan kita sentiasa di bawah perlindungan-NYA dan dikurniakan kawan-kawan yang baik disekeliling kita. Aminnn ...
nice sharing :)
ReplyDeleteTQ :) Semoga bagi manfaat.
DeleteKawan memainkan peranan penting pada kita sebenarnya. Kalau elok kawan tu eloklah kita. Tapi yang penting pd diri kita sendiri macam mana nak handle situasi ada kawan yg mgkn kurang elok sikit perangainya. Yang penting amar makruf nahi mungkar...
ReplyDeletejom singgah dan lihat entri terbaru dari saya:
http://mindakabur.blogspot.com/2013/11/jobstreetcom-berwajah-baru.html
Apa yang awak kata pun betul :)
Deletenice entry :)
ReplyDeleteNew Entry : Hujan :)