888 Review

Tips Handle Stress :)

Penulis : nurinafarhana Masa : 2:55 PM Comments : 11 Labels :



Stress kan hari ni? Kenapa la hari ni rasa stress sangat? Dada rasa macam kena hempap batu. Kepala rasa macam takboleh nak angkat. Muka kelat macam buah tak masak. Orang nak tegur pun jadi takut. Arghhhh! Sesungguhnya perasaan ni memang tak best. Sumpah tak best weh.

Well .... stress biasanya terjadi when we cannot go any longer dengan pressure yang sedang press-press hati kita dan kepala kita sampai hati dan kepala rasa terseksa yang amat lalu menyebabkan emosi terganggu. Pada masa tu lah bila orang tercuit sikit pun kita dah melenting macam besar sangat la kan kesalahan si yang kena marah tu. Biasalah, emosi tengah tak stabilkan. Kena la faham. Tapi kasihan juga ye pada orang tu, terkulat-kulat kena marah. Jadi belajarlah kawal emosi <<< guna nada berbisik.



Ada banyak perkara sebenarnya yang mendorong kita untuk jadi stress misalannya masalah kewangan. Nak beli topup tak mampu. Makan pun kais pagi makan petang. Hahah. Nak pergi JJ pun macam blurghhh! Terus stress. Banyak kerja pun boleh kena stress. Yela, nak jenjalan dekat Kg Morten tak boleh. Kikiki. Kena memerap je dalam bilik 24/7 buat kerja. Serupa takyah cuti kalau macam tu. Grrrr! Haaa... menunggu seseorang dalam tempoh masa yang lama. Memang stress babe.... stress. Sumpah stress. Aku pernah sampai nangis-nangis kot tunggu abah aku amik aku balik sekolah masa darjah kecik-kecik dulu. 1 jam eyh aku tunggu. Semua dah balik, tinggal aku sorang je dah macam penunggu sekolah masa tu. Dah la sekolah tu memang ada penunggu pon! Stress aku. Merajuk dengan abah 2 minit. Wuuuu :'( .Biasalah, budak-budak. Tak matang. Sekarang matang dah. Bhahaha. Selain tu, Kena buli pun adalah penyebab stress. Kadang-kadang boleh jadi penyebab kematian juga. Jangan main-main dengan buli-buli ni. Tapi ada satu benda yang aku pasti akan ramai bersetuju dengan aku bila aku kata perkara ni penyumbang terbesar kepada stress semua orang dalam dunia. TRAFFIC JAM! Aku tengok ... kalau traffic jam je mesti " Tintinnnnnnn " bunyi hon. Kejap lagi " pooonnnnn " bunyi hon lagi. Hon lori. Takpun " Bodoh eyh parking kereta macam tu? " tu hon mulut pula. Haha. Atau pun anak-anak kecil merungut " maaa, lama lagi ke kita dekat sini? " . Nak tunjuk betapa stressnya bila tersekat dalam lalulintas yang sesak. Anak-anak kecil pun turut merasai akibatnya.

Jadi, jadi, jadiiii .... Aku nak berkongsi TIPS TO HANDLE YOUR STRESS. Tips ni aku dapat direct dari hospital. Ni doktor-doktor la punya saranan ni bukan rekaan aku semata-mata. Jadi apa kata doktor?

  1. Be Calm : Tenang ok. Tenang.
  2. Tarik nafas dalam-dalam : Tarik nafas dalam kiraan 8 saat, tahan nafas selama 6 saat dan hembus dalam kiraan 5 saat.
  3. Say : JUST RELAX...
  4. Lakukan aktiviti berfaedah : Aktiviti berfaedah disini maksudnya sapu sampah ke baca buku ke buat solat-solat sunat ke (islamik la sikit) or apa-apa jelah yang berfaedah. Bukan main game sana tu. Tu hanya menambahkan lagi stress kau je kalau 10 kali main 20 kali GAME OVER. hahaha. Aku gelak sebab benda tu macam tak logik.
  5. Luahkan pada seseorang : Dalam keadaan stress, kita kena bercakap dengan seseorang yang boleh mendengar luahan hati kita supaya rasa beban dalam hati kurang sikit tapi kena pastikan orang tu boleh dipercayai dan mampu buat kita rasa comfort. Insan yang terbaik untuk kita berkongsi cerita adalah mak kita :)
  6. Dapatkan urutan : Kenapa dapatkan urutan bagus untuk kurangkan stress? Sebab orang yang emosi tengah tak stabil ni dia perlu dibelai. Itu pasal la kena urut-urut sikit tapi pastikan urutan tu tak menambahkan stress. Takut ada yang makan penampar nanti.
  7. Berehat dan dengar muzik : Pastikan muzik tu bukan yang heavy punya. Makin rasa nak pecah la kepala otak kau nanti. Muzik paling bagus adalah zikir. Dengar alunan ayat-ayat Allah. Mengingati Allah kan hati jadi tenang. Allahurabbi :)
  8. Lakukan aktiviti fizikal macam berbasikal ke main bola ke main pondok-pondok ke. Eh! Main pondok-pondok tu hanya cadangan untuk adik-adik yang stress je. Untuk abang-abang dan kakak-kakak yang stress, lakukan aktiviti lain.
  9. Exercise : Setiap 10000 langkah boleh kurangkan banyak juga la kalori selain boleh hilangkan stress.
  10. Fikir Positif macam All Is Well.
Ok done dengan tips handle stress kita pada hari ni. Lepas ni kalau stress-stress dah takyah nak lari ke Klebang atau pergi JJ and tengok wayang. Hilangkan stress kononnya. Padahal bertambah stress. Just ikut je 10 langkah mudah tu. Duit pun save. Hehe. Kan? Kan? Kan?





11 comments:

  1. good tips.. keep it up.. sebenarnye sembahyang kalau betul ,.. akan jadi tenang.. tak tenang sembahyang tak tenang hidup.. :)

    ReplyDelete
  2. Erm... betul tu. Tak ingat pulak nak letak dekat entry pasal ni. Hehe :) Tapi harap ramai yang tahu and sedar.

    ReplyDelete
  3. bila stress kena tenangkan diri dan istighfar banyak2 ...baru tenang jiwa... betul tak? anyway nice tips dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak :) Ingat Allah penawar terbaik stress. Btw thanks kak :)

      Delete
  4. nice tips..nk tenang,amik wuduk,smyg..minx pada yg satu insya allah dia permudahkan ;)

    ReplyDelete
  5. best thing about stress is we are able to go a step further from our comfort zone. stres ni macam pemangkin.. kadang time leisure sgt, sy suh kawan tlg give mission and push me to do somting yang belum dibuat..mula2 stres tp pas berjaya selesaikan misi tu, fuhh, prsnnya puas sgt..VICTORY!

    ReplyDelete
  6. sy slalu buat positive thinking, cheer up dan wat routine exercise. hehe..

    ReplyDelete
  7. nak fikir positif tu yg agak rumit bila tengah stress

    ReplyDelete