888 Review

Biodata Pelakon Playboy Itu Suami Aku

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 11:49 AM Comments : 19 Labels :


Playboy Itu Suami Aku (P.I.S.A) akan menggantikan drama Love You Mr Arrogant (L.Y.M.A) di slot akasia yang jadi fenomena tu selepas drama Setia Hujung Nyawa, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi dan Teduhan Kasih. Tapi kan, aku perasan yang sejak bermenjak-menjak ni ... kan ... semua citer dekat tv kebanyakannya adaptasi novel. Actually aku takde masalah pun dengan perkara yang boleh dikatakan fenomena juga ni (buat cerita based on novel). Omputih tu lagi la selalu buat ceghita ikut buku kan. Macam Harry Potter and Twilight tu. Box office jadinya. Since aku pun kaki novel, ada la masanya terfikir, kalau la cerita ni di jadikan drama atau filem, siapa la yang akan pegang watak-watak dalam buku ni blablabala. Haaa macam tu lah. Excited nak tahu macam mana gayanya bila cerita ni di dramakan. Lagi excited sebab aku tak familiar dengan hero and heroin cerita ni. Rasa nak tengok tu membuak-buak okeyh. Nak tengok kemampuan diorang menghidupkan watak :) Hidup ke. Kaku ke?



Ok... biodata para pelakon Playboy Itu Suami Aku. Nak bagi biodata hero and heroin dia je boleh kan?


Nur Risteena Munim

Nama penuh heroin drama P.I.S.A ni Nur Risteena Munim bt Zainul Ilyas. Lahir pada 19/11/1989. 24 tahun la (2013). Merupakan graduan MassCom UiTM. UiTM mana tak tahu pula saya ye. Hmmm. Haaa dia ni orang Penang tau. Selain berlakon, dia juga seorang model.

Done pasal heroin. Meh berkenalan dengan Heronya pula ....

Fattah Amin
Sekali imbas macam Zain Saidin pun ada dia nih ni kan.
Nama sebenar Fattah Amin ni Abdul Fattah bin Mohd Amin. Berusia 23 tahun. Tarikh lahir tak tahu pula bila tapi umur dia tahun ni (2013) 23 tahun la. Merupakan lulusan pengurusan seni di UiTM. Sama institusi dengan heroin dia lah. Tapi seperti biasa, saya tak tahu UiTM mana yang dia belajar. Hahhahhah (gelaktutupmulut). Oh! Dia ni... dia ni kan ialah finalis Hero Remaja 2012 tau. Siapa yang selalu beli majalah Remaja tu mungkin perasan kot si Fattah ni <<< tapi aku tak pernah perasan dia pun walaupon aku pengumpul majalah Remaja ==' kalau Imam Muda Fatah aku perasan. Eh!

Haaa... tu lah serba sedikit pasal tunggak utama drana terbaru ini .... selamat menonton ye nanti. Bermula dari Isnin akan datang.

19 comments:

  1. oh. saya dulu pun student UiTM gak.. *koff koff*

    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang saya belajar di UiTM gak ... Hehe

      Delete
  2. tak sabar untuk tgk cerita ni..
    isi tabung nuff awk: Churp2

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Aah ye. Pelakon baru. Sebab tu tak familiar.

      Delete
  4. Replies
    1. Yang lelaki ke yang perempuan budak Puncak Alam tu? Ke dua2?

      Delete
    2. Fattah amin study di UiTM Puncak Alam... :)

      Delete
  5. Fattah Amin study di UiTM Puncak Alam :)

    ReplyDelete
  6. Fatah uitm puncak perdana under fakulti filem teater animasi

    ReplyDelete