888 Review

Biodata Pelakon Arianna Rose

Penulis : nurinafarhana Masa : 10:23 PM Comments : 5 Labels :
Haiiii... lama dah tak update. Nak dekat seminggu dah. Maklumlah busy. Sekarang baru senang sikit. Sikit la. Haha.

The Wedding Breaker
By Evelyn Rose

Siapa pernah baca novel ni angkat tangan. Hahaha. Bajet nampak. Ngekngox. Aku dah baca novel ni and aku bagi rate ... 5 bintang lah. Cerita dia best. Ada unsur-unsur islamik, cintan-cintun and drama melayu sikit. Kihkihkih. Jadiiii apa kaitan THE WEDDING BREAKER dengan drama ARIANNA ROSE nih? Kaitannya ialah ... drama tu adaptasi novel ni la. Arianna Rose tu nama watak utama perempuan dalam novel wedding breaker tu. Meh berkenalan dengan pelakon drama adaptasi novel ni.

Fathia

Nama penuh Fathia, awek kepada Aiman Hakim Ridza ni ialah Nur Fathia binti Abd Latiff. Lahir pada 1/9/1987. Tahun ni (2013) 26 tahun la. Asal Ayer Hitam, Pulau Pinang. Bukan Ayer Hitam, Johor ye. Orang-orang Johor jangan nak bangga dulu. Baca betul-betul dulu. Kang termalu. Hahaha << tak memasal tapi tu pesanan ikhlas tau :p. Merupakan anak first dari 4 orang adik-beradik. Merupakan pelajar UiTM yang mengambil jurusan undang-undang. Aku sangat suka tengok dia dalam iklan sunsilk. Korang macam mana pula? 

Dah selesai dah sesi berkenalan dengan heroin drama Arianna Rose. Now kita berkenalan dengan hero dia pula. Siapa?

Keith Foo

Eh, macam kenal je hero nih. Macam pernah kuliht je hero nih tapi di mana ya? Hahaha. Ok, ini lah Keith Foo. Hero drama Arianna Rose. Bakal memegang watak Tengku Adam. Dulu masa dalam cerita Love You Mr Arrogant, dia jadi sepupu si Angkuh lagi bongkak tu. Tu yang macam kenal, macam pernah kau lihat tu. Nama sebenar Keith Foo ialah Foo Chuan Chin. Sebenarnya macam takde banyak benda nak kongsi pasal dia selain dia dah 8 tahun jadi pelakon. Tapi kenapa macam baru-baru ni je kenal dia? Sebab dia memulakan karier lakonan dia di Indon sana tu. Jangan tak tahu yang dia ni sebenarnya warganegara Malaysia dan asal Gemas, Negeri 9. Dan dia sangat-sangat family man sebab ... alasan dia balik ke Malaysia dan berlakon dalam cerita-cerita produser Malaysia kerana nak luangkan masa dengan parents dia yang semakin tua tu. Hmmm sweetnya lahai. Cair hati den ni haaa. Macam spongebob yang tengah mencair tu gayanya diibaratkan << pengaruh cerita kartun sangat kau.

Kesimpulannya ... selamat menonton cerita ni dalam slot Akasia. Ganti cerita Playboy Itu Suami Aku ( PISA ) agaknya. Nanti kan la ye gandingan mantap 2 pelakon ni :) Harap-harap tak mengecewakan. Cerita dalam novel dah best dah. Hope cerita lakonan diorang pun best and boleh jadi drama 'berhantu' juga lah macam L.Y.M.A dan seangkatan dengannya sampai ada yang sanggup rushing balik umah semata-mata nak target pukul 7 dah boleh duduk depan tv. Hahaha lawak sangat perangai masing-masing :D tapi apa boleh buat... dah cerita tu ada aura tersendiri kan. Takde la nanti aku baca tweet-tweet kecewa lagi dekat twitline aku pasal drama dalam slot akasia macam sekarang. Kecewa sungguh tweet masing-masing.

Keith Foo dan Fathia. Teraju utama. Saksikan.

5 comments:

  1. wah wah, sekarang ni novel semuanya nak diadaptasi jadi drama kan. moga2 tak mengecewakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu. Tak dinafikan dah banyak drama adaptasi novel lately. I hope so too. Harap-harap best pembawaan watak dalam cerita ni :)

      Delete
  2. wah, baru lah best cam ni..hero yg ku tunggu2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sabar kak ye. Disember nanti akak akan dapat tengok dia di kaca tv :)

      Delete
  3. SALAM KENAL , ,dah add awak nanr=ti awak add kita yer

    ReplyDelete