888 Review

Tip Memandu Di Jalan Berbukit

Penulis : nurinafarhana Masa : 12:04 PM Comments : 0 Labels :
Aku pernah sampai nangis-nangis belajar memandu dengan dadiku. Pagi, pergi belajar di sekolah memandu. Bila balik rumah pula, berguru dengan dadi yang tak dapat di sangkal lagi kegarangannya. Sebab tu la dia tak layak jadi cikgu. Jadi polis memang sesuai dengan sifat dia. Bila ingat-ingat semula pasal ni, rasa takde motif betul nak nangis-nangis sambil merajuk dan konon-konon tido bila dia panggil. Sungguh tak matang.

But now ... atas tunjuk ajar dia dan sumbangan dari kelas memandu, aku dah pakar dah main cilok-cilok nih. Baik punya cilok. Kalau bawa dekat highway tuuu ... hmmm memang tak sedar la dah tekan minyak dekat 120. Dah kena sound dengan dia sebab dia rasa macam dah terlebih laju, baru perasan yang kelajuan pemanduan aku dah hampir limit. Slow down lah aku memandu. Jarum dekat meter pun macam ikut kata. Turun sikit-sikit sampai ke 80 90 macam tu tapi tetap tak boleh pecut lebih dari 120. Kena saman nanti siapa nak bayar? Diaaa jugak. Dadiku jugak jadi mangsanya.



Satu hari ni aku rasa tercabar betul bila dia kata "setakat dekat highway ... semua orang pun boleh bertukar jadi pelesit. Try bawa dekat jalan berbukit yang berliku-liku tu, nak tengok sikit boleh pecut sampai habis meter ke tak." Ish! Ish! Ish! dadikuuu ... memang pakar menyedas orang. Aku tak boleh betul terima penghinaan. Akan ku buktikan Ya Abah.

Tapi yang bagusnya ... dalam menyedas-nyedas sampai anak dia terasa hati niii, dia langsung tak lokek ilmu berkongsi tip drive dekat jalan berbukit macam dekat Titiwangsa tu. Jalan-jalan berbukit ni pula hanya boleh dijumpai di area-area utara tanah air sana tu. Dia punya jalan berbukit .... wuuuuish! Maut tak maut lah. Tapi aku tengok relax je abah aku pecut dekat situ. Lagi berliku jalan, lagi sedap dia tekan minyak. Pecut.



Dia kata, dekat jalan berbukit ni gunakan gear rendah. Kalau kau lalu dekat jalan Jeli-Grik tu, tepi jalannya tu penuh dengan signboard arrow besar arrow kecik dengan signboard "GUNAKAN GEAR RENDAH". Kalau guna gear tinggi macam 4 5 macam tu, memang rasa tak selamat la kau dekat atas tu. Mengempor masuk jalan orang. Tu yang kalau excident sampai tak nampak rupa. Nauzubillah.



So, dekat atas jalan berbukit ni ... kena la pandai main gear. Tangan kena cekap. Cekap kawal stering. Cekap tukar gear. Sebab dekat sini asyik kena tukar gear 3 4, 3 4 tak pun 2 3 4. Haaa macam tu. Yang penting main gear rendah la. A big NO to gear tinggi. Terutamanya 5.

Lepas tu, bila dah tukar gear tu kan, kena la tekan minyak sikit supaya tayar lebih cengkam. Kalau tak, rasa macam tayar kereta tu seperti di awang-awangan. Tak jejak jalan. Tak caya? Try la buat. Saya dah cuba.

Then, abah aku memang pantang betul kalau anak-anak dia drive kereta asyik tekan brek. Dia kata brek cepat rosak kalau macam tu. Lagi-lagi kalau tekan brek taknak lepas-lepas. Redha jela kalau kepala kena ketuk. Tak dengar kata sangat.

Dia kata lagi, cara membrek yang baik ialah brek dalam kiraan 3 saat. kira 1 2 3, lepas. Kira lagi 1 2 3 dan lepas. Baru kereta akan berhenti dengan selamat dan tayar lebih cengkam jalan. Takde la tersondol bontot kereta depan. Yang jadi kereta terbalik sampai berguling-guling masuk jalan orang tu kes bawa laju and tekan brek taknak lepas la tu. Bebel abahku lagi sambil menyatakan hakikat yang selalu terjadi atas jalan. Kami adik beradik sangat-sangat menghargai bebelan berilmu ini. Walaupon panas telinga.

Lagi, dia selalu ingatkan kalau drive dekat atas bukit, tengok jauh. Maksudnya jangan had kan pandangan mata setakat dekat kereta depan kita je, tengok lebih jauh dari tu. Baru rasa tak cuak. Baru tak rasa macam bawa atas bukit. Yang ni pun aku dah cuba. Betul lah! Memang rasa kurang gabra but yet gabra juga sebab tak selalu memandu dekat jalan macam ni. Setahun tak sekali, mana tak but still tip abah sangat membantu aku.

Now dia kata aku boleh di kira PRO juga la dalam dunia pemanduan sebab dah berjaya membelah jalan Banjaran Titiwangsa. Bukan senang ok nak dengar pengiktirafan sebegitu keluar dari mulut abah. Mahal gila harga penghargaan tu semahal tekad aku yang berani-berani ketar lutut masa mula-mula nak redah jalan Jeli-Grik.

No more pandang I sebelah mata ye abah. Huihuihui ^^

No comments:

Post a Comment