888 Review

Mereka Histeria, Kami Balik Awal

Penulis : Fatin Farhanah Masa : 5:37 PM Comments : 10 Labels :
Dah 2 hari adik-adik aku balik sekolah awal. Semua gara-gara histeria. Bukan sorang. Bukan 2 orang tapi berorang-orang. I mean ramai la. Lebih 15 orang yang 'tumbang'. Ini apa yang saksi di tempat kejadian ceritakan kepada aku. Adik-adik aku la orangnya. Kalau diorang tipu aku, kesimpulannya korang la pula kena tipu dengan aku. Tapi kalau betul.... Ni baru betul KAMI HISTERIA.

Semalam lagi la, kecoh satu rumah. Bukan pasal histeria tapi pasal diorang balik awal. Lagi 5 minit nak pukul 1 dah sampai rumah. Biasa paling awal diorang sampai umah dalamm 1 setengah macam tu. Paling awal. Paling lambatt pula nak dekat pukul 2 baru nampak bayang. So jadi kecoh kejap takut-takut diorang buat terejal ponteng kelas tambahan ke apa ke, kan. Kadang-kadang adik-adik aku ni bukan boleh caya. Datang mengong dia, aku yang tengah syok menaip ni pun dia pergi pukul tanpa belas. Ada kaitan tak? Haha


HISTERIA. Saje je aku pilih gambar macam ni sebab aku takut nak pilih gambar yang horor-horor tu. Takut ada yang terhisteria baca entry ni. Hahah alasan suci sesuci-sucinya. Rasa nak cubit-cubit paha sendiri. Agak-agaknya kan aku cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya tak? Dah la eja PAHA jadi PEHA. Nasib tak PEHE. Memang sebutan mempengaruhi ejaan. Hancur BM aku. T.T

Sambung pasal kecoh-kecoh dalam rumah semalam.

Dengar je bunyi motor aku yang adik-adik aku pinjam bawa ke sekolah dengan diorang sengaja je bunyikan hon motor pin, pin! masuk dalam garaj, mak aku bising.

  "Eh! Awalnya diorang balik. Bukan biasa 1.30 baru habis kelas ke?"

  Hmmmm orang tu balik awal jadi isu. Balik lewat jadi perang. Aku musykil. Musykil pasal ayat mak aku. Musykil juga pasal adik aku yang balik awal ni. Mengganggu betul. Kalau diorang pergi sekolah aman sikit. Tak serabut kepala. Eh! Jahat pula aku ni. Macam kakak tiri Snow White. Snow White ada kakak tiri?

Sampai depan muka pintu, aku pula yang jadi kecoh. Ambik peranan mak aku.

  "Awal balik, pehal?"

  Gangster kemain pertanyaan aku. Kalah gangstarzz.

  "Ada budak kena histeria"

  Ek eh, penuh perasaan pula budak ni bagi pemberitahuan. Aku kutuk adik sendiri dalam hati. Tanpa bersalah. Tu yang nak di highlightnya.

  "Oh... Histeria"

Macam biasa berlaku je kan kejadian tu bila jawapan aku macam kedengaran sangat santai. OH... HISTERIA. Sepatutnya biar la bunyi macam terkejut terkejut risau. Aku sepatutnya buat ayat macam ni "Hah! Histeria! Teruk ke?". Nampak prihatin sikit. 

Dah lama aku tak dengar citer sekolah lama aku diserang histeria. Sekarang baru dengar balik. Last budak-budak kena penyakit berjangkit jerit-macam-tarzan-beramai-ramai-mengundang-penampar ni masa aku form 5 dulu. Tahun 2009. 5 tahun kemudian jadi semula. Tahun ni la. Semua gara-gara pergi camping. Balik dari camping bawa hantu. 5 tahun sudah  pun macam tu juga. Patutnya takyah nak bercamping-camping bagai. Buat cikgu-cikgu jadi lelah je. Handle benda-benda yang takde langsung dalam silibus dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Tapikan, aku rasa adik-adik aku macam hepi je bila sekolah kena serang histeria. Sebab boleh balik awal dari biasa. Diorang kata MEREKA HISTERIA, KAMI BALIK AWAL. Sambil buat gelak jahat. Cepat-cepat aku bagi penampar sedas. Takut tersampuk. Ingat aku pandai handle orang histeria,hah? Bisu seketika lepas kena tampar. 

Ada juga yang sampai mintak dia yang kena semata nak balik awal. Adik aku bagitahu dekat aku. Ingat best agaknya ye? Mintak benda bukan-bukan je. Kalau dah budak tu memang tak pernahnya nak matang. Sih! Mintak la benda best-best sikit macam kereta Ferari sebuah ke. Rumah sebesar istana sebiji ke. Now, aku pula yang nampak kanak-kanak dari kanak-kanak tu. Pengaruh barbie kuat.

Sebenarnya ada benda yang aku tak cerita tadi. Lepas adik aku kata ada budak kena histeria, depan pintu juga ktorang nyanyi lagu Kami Histeria. Kbye.


10 comments:

  1. haha sempoi lah pulak entry nie =P

    ReplyDelete
  2. teringat pulak orang2 yang kena histeria masa sekolah dulu...

    ReplyDelete
  3. hahaha. kamiii histeriaa. hahaha. nice entry :D

    ReplyDelete
  4. ade 2 makne ni..betul2 histeria dan movie kami histeria..hehehe

    ReplyDelete
  5. masa bace tajuk tadi, ingatkan nak review filem kami histeria. hehe..

    jemput join contest
    http://isyapurple.blogspot.com/2014/02/contest-teka-gambar-dan-menang-topup.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh haha salah faham lettew. Takpe, lepas tgk Kami Histeria saya buat reviewnya ye :) Hehe

      Delete
  6. masa bace tajuk tadi, ingatkan nak review movie kami histeria. hehe

    jemput join contest
    http://isyapurple.blogspot.com/2014/02/contest-teka-gambar-dan-menang-topup.html

    ReplyDelete
  7. Tahun lepas sekolah saya pun histeria. Dekat 50 orang pulak tu. Seb baik kami yg duk asrama nie boleh awal. Dah tu boleh pulak ade series 1 n 2. Series 1 bulan 4. Series 2 bulan 6. Hahaha :D

    Alhamdulillah, saya tk kena. taun nie tk tau la sebab dah pindah

    ReplyDelete